Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

10 Cara Terbaik Mengecilkan Liang Pori di Muka

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi kecantikan pada wajah. Semua wanita mengimpikan wajah yang bersih, cerah putih dan licin. Namun, jika liang pori di wajah anda terbuka dan nampak besar, kecantikan anda semestinya tidak sempurna dan kelihatan sedikit cacat.

Lebih teruk lagi, ada yang mengatakan wajah yang mempunyai liang pori yang besar dan terbuka disamakan seperti kulit limau!

Malah, kehadiran liang pori yang terbuka menyebabkan kulit muka lebih tua dan kusam serta tidak bermaya. Biasanya, kulit yang berminyak, tekanan, genetik dan penjagaan kulit yang tidak sihat menyumbang kepada faktor-faktor utama menyebabkan liang pori terbuka dan kelihatan lebih besar. Liang pori yang besar bukan sahaja menyebabkan kecantikan anda terhalang, malah membawa kepada masalah lain seperti kehadiran bintik hitam, jerawat dan jeragat.

Pada zaman yang serba moden ini, sebenarnya sudah ada banyak produk-produk kecantikan yang dapat membantu mengatasi masalah liang pori terbuka ini. Namun, tips yang ingin kami kongsikan ini adalah tips yang mudah, cepat dan ringkas tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Malah, tips ini sesuai untuk anda yang rajin dan sabar mecubanya.

Telur Putih

Telur putih mampu mengecilkan liang pori. Caranya mudah, ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning. Ambil telur putih dan sapukan pada wajah. Kemudian biarkan selama 30 minit dan bilas dengan menggunakan air sejuk. Untuk kesan yang lebih baik, anda juga boleh jadikan telur putih ini sebagai topeng muka dengan mencampurkan putih telur dan tepung beras atau putih telur bersama oat dan dua sudu teh jus lemon. Cuba langkah ini dua kali seminggu dan anda akan lihat kesannya. Langkah ini juga sesuai untuk liang kulit yang tersumbat dan dapat menggelakkan kehadiran jerawat di muka.

Jus Timun

Jus timun sangat baik untuk kulit.

Jus timun sangat baik untuk kulit.

Timun sering digunakan sebagai salah satu bahan dalam kecantikan kerana khasiatnya yang pelbagai. Selain telur putih, timun juga membantu mengecilkan liang pori di wajah. Jika anda tidak suka menggunakan langkah pertama di atas kerana tidak mahu berbau hanyir, jom mulakan langkah yang mudah ini!

Campurkan jus timun yang telah diblender dengan tepung jagung untuk menjadikan likat. Campuran ini akan menjadikan topeng muka yang mudah. Sapu di sekeliling muka, lebih-lebih lagi di liang pori yang terbuka itu selama 15 minit, kemudian bilas sebaik-baiknya menggunakan air sejuk. Topeng timun ini bukan sahaja dapat merawat liang kulit, malahan membantu mencantikkan lagi tekstur kulit wajah anda.

Tomato

jus tomato

Selain timun, tomato juga mampu mengecilkan liang pori yang terbuka. Sapukan jus tomato yang telah diblender pada muka dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas dengan air sejuk. Tomato bukan sahaja membantu mengecilkan liang pori yang terbuka, malah membantu mengatasi masalah parut di muka dan membantu menghaluskan lagi wajah anda.

Ais

kecilkan pori

Ya, ais! Ais perkara yang paling ringkas dan mudah untuk mengatasi kulit wajah yang mempunyai liang pori yang besar dan terbuka ini. Ambil ais yang telah dipecahkan (kecil) atau kiub-kiub ais dan balutkan dengan menggunakan kain. Kemudian, gosokan kain tadi di sekeliling wajah. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur. Anda akan lihat kesannya dalam masa 1-2 minggu, malah ia juga membantu menghaluskan kulit muka. Anda akan lebih selesa ketika tidur dan pada keesokkan harinya wajah anda akan kelihatan lebih segar dan berseri-seri.

Soda Penaik (Bicarbonate of Soda)

Mesti anda sedikit terkejut bukan. Ya, soda penaik bukan sahaja boleh digunakan ketika membuat kek, malah merawat wajah juga boleh! Hal ini kerana soda penaik mempunyai beberapa ciri-ciri antibakteria dan anti-radang yang membantu mengurangkan liang pori yang terbuka dan juga masalah lain seperti jerawat. Ambil campuran yang sama, paling sedikit, 2 sudu besar soda penaik dan 2 sudu air suam. Kemudian, sapukan dan tekan sedikit di muka, lebih-lebih lagi di kawasan yang mempunyai liang pori-pori yang terbuka. Lakukan selama 30 saat atau seminit menggunakan gerakan membulat. Bilas dengan teliti menggunakan air sejuk. Langkah yang muda ini bukan sahaja membantu mengecilkan liang pori, malah membuang sel-sel mati dan kotoran lain yang ada pada wajah. Soda penaik mampu mengawal kandungan asid yang berlebihan pada kulit, malah mengekalkan keseimbangan pH.

Sumber : http://www.healthambition.com/baking-soda-uses/

Madu dan gula perang

madu lebah

Sudahlah madu, gula pula. Ya, memang serius, kedua-dua bahan ini mempunyai keistimewaan sendiri dalam mengatasi masalah liang pori yang terbuka. Langkahnya cukup mudah, ambil 1 sudu besar gula perang, 1 sudu besar madu dan campurkan sedikit jus lemon. Campuran ini akan kelihatan seperti skrub. Gosok dan urut perlahan-lahan pada kawasan yang mempunyai liang pori yang terbuka selama 3-5 minit, kemudian bilas menggunakan air sejuk. Anda juga boleh menukar bahan seperti the hijau dan gula sebagai skrub.

Betik

betik untuk kecantikan

Betik bukan sahaja sedap dimakan, malah boleh dijadikan sebagai bahan untuk rawatan kecantikan juga. Jika kebetulan ada betik di rumah anda, jangan sia-siakan langkah yang mudah ini. Ambil dua potongan kecil, kemudian lenyekkan atau blendkan betik. Sapu pada wajah anda dan biarkan selama 20-30 minit sebelum membilasnya menggunakan air sejuk. Betik mampu membersih wajah secara mendalam dan merawat kulit yang bermasalah, lebih-lebih lagi kulit yang memiliki liang roma yang terbuka dan besar.

Sumber : http://beauty-tips-for-ladies.blogspot.my/

Lidah buaya (Aloe Vera)

petua rawat jerawat

 

Lidah buaya mampu mengecilkan liang roma yang terbuka dan besar. Ambil titisan air atau isi lidah buaya dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 20 minit. Lidah buaya membantu membersihkan dan menyuburkan kulit serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat.

Wap (Steaming)

kecilkan pori muka

Jika anda ingin langkah yang mudah bagi mengatasi masalah liang roma terbuka, cara pengewapan merupakan langkah yang paling mudah. Malah, langkah ini juga membantu bagi penyingkiran bakteria dengan cepat dan menghilangkan kotoran halus pada wajah. Namun, berhati-hati ketika anda menggunakan kaedah ini dengan menunggu wap ketika memasak air menggunakan cerek atau pemanas air. Jangan terlalu dekat kerana kuatir tangan atau badan anda terkena pada pemanas. Hati-hati ya!

Lemon

air detox 1

Lemon mengandungi ciri-ciri astringen, iaitu sejenis zat yang mampu mengecutkan kulit wajah yang mempunyai liang roma yang terbuka. Selain membantu mengecilkan liang roma, ia juga membantu menegangkan kulit dan liang-liang yang tersumbat. Malah, lemon juga membantu mengatasi masalah bintik-bintik hitam pada wajah. Selain itu, kandungan asid sitrik yang membantu melonggarkan dan memecahkan ikatan kimia yang kotor, sekali gus mengecilkan liang roma yang terbuka dan besar. Ambil jus lemon yang telah dikisar atau yang telah dihiris, kemudian sapukan pada muka anda. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas menggunakan air sejuk.

Anda boleh memilih salah satu atau lebih cara yang mudah di atas, asalkan anda selesa dan senang hati. Apa yang penting, anda mestilah rajin dan lakukan dengan sabar. Selamat mencuba dan ingat… anda sebenarnya cantik dan bukan berwajah seperti kulit limau!

 

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!