Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

10 Hidangan Hari Raya Yang Paling Banyak Kalori.

Alhamdulillah, kita telah pun berada di 10 hari terakhir bulan Ramadhan Al-Mubarak. Rasanya dalam bulan Ramadhan ni la masa yang paling sesuai untuk korang berdiet ? Setakat nak turun 8kg tu takde masalah ye tak?  😀

Tak lama lagi dah nak sambut lebaran kan, makanan toksah cerita la banyak nya, dengan ketupat, lemang, rendang.. Fuhhh… tak tertahan sey. Rasa macam nak telan semua. Persoalannya sekarang ni, mampu ker kita maintain berat badan yang kita miliki sepanjang bulan Ramadhan?

Jom kita tengok kandungan kalori untuk 31 jenis makanan yang paling popular sepanjang Syawal.

So, lepas ni korang boleh la plan nak makan apa, nak makan banyak mana ye..

MAKANAN SAIZ HIDANGAN KALORI
Ketupat 1 Biji (80g) 88
Ketupat Palas 1 Biji (80g) 124
Lemang 1 Potong (Sederhana) 82
Lontong with sayur 1 Mangkuk 350
Soto Ayam 1 Mangkuk 403
Laksa 1 Mangkuk 550
Serunding, Beef (Daging) 55g (1 genggam kecil) 200
Serunding, Ayam 55g 180 55g (1 genggam kecil) 180
Rendang, Ayam 1 ketul dgn kuah 148
Rendang, Daging 2 potongan daging sederhana dan kuah sikit 112
Nasi Putih 1 Genggam Tangan 150
Nasi Briyani 1 Pinggan (2 genggam) 487
Nasi Himpit 5 Potong 150
Mee-hun Goreng 1 Pinggan kecil 295
Teh Tarik 1 Gelas 90
Nescafe Tarik 1 Gelas 100
Kopi O Kosong 1 Gelas 2
Soft Drink 1 Gelas 85
Air Kosong 11 Gelas 0
Air Sirap 1 Gelas 85
Kui Tart Nanas 1 Tart Kecil 50
Biskut Raya (secara am) 1 Biskut 25
Dodol 1 Biji 71
Kuih Lapis 1 Potong 132
Tapai Pulut 1 Biji 134
Ice Cream 1 Scoop Biasa 95
Kurma 1 Biji (Besar) 60
Cheese Cake 1Potong Sederhana 240
Kek Coklat (Fudge) 1Potong Sederhana 250
Kek Coklat (Sponge) 1 Potong Sederhana 180
Satay Ayam 10 cucuk 365

Amacam? da plan nak makan apa pagi raya nanti? haha.. Tak kisah pun korang nak makan apa, yang penting pastikan kesihatan tu terjaga ok..

Makan. Makan. Makan. Tapi jangan sampai gemok!

Sumber : Kevin Zahri || Kalori Makanan

Leave a Reply

error: Content is protected !!