Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

10 Khasiat Minyak Pokok Teh

Minyak pokok teh, juga dikenali sebagai minyak melaleuca diperbuat daripada daun tumbuhan alternifolia Melaleuca. Ia biasanya dilihat berwarna keemasan serta sedikit pucat dan berbau segar seperti garam terapi. Minyak pokok teh ini diperoleh dan diekstrak melalui kaedah penyulingan wap ranting pokok dan daun tumbuhan tersebut. Minyak pokok teh juga disebut sebagai ‘kabinet ubat di dalam botol’ kerana sebenarnya beberapa kajian yang telah dijalankan mengesahkan bahawa ianya mempunyai banyak manfaat di dalam perubatan. Minyak pokok teh dilihat dapat membantu menyembuhkan pelbagai masalah daripada jerawat hinggalah kepada masalah kesesakan paru-paru.

Manfaat kesihatan yang terdapat dalam minyak pokok teh boleh dikaitkan daripada sifat antibakteria semula jadinya, antiseptik, anti-kulat, anti-mikrob, ekspektoran dan sifat-sifat anti-virus semula jadinya. Berikut dibawakan 10 khasiat minyak pokok teh kepada anda.

Merawat serta menghilangkan jerawat

Jerawat

Minyak pokok teh telah menjadi bahan rawatan yang popular untuk masalah jerawat. Hal ini kerana ia mengandungi bahan antiseptik semula jadi yang dapat membasmi kuman-kuman di dalam liang muka dan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Menurut suatu kajian yang disiarkan dalam Jurnal India Dermatologi, Venereology dan Leprology, hanya dengan menyapu secara topikal 5 peratus gel atau minyak pokok teh sangat berkesan dalam merawat masalah jerawat pada tahap ringan hinggalah ke tahap sederhana.

Anda boleh meletakkan setitik minyak pokok teh pada kapas dan sapukan perlahan-lahan di kawasan yang terjejas sebelum tidur. Pada keesokan harinya, bilaslah muka anda dengan air suam. Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, ulangi kaedah tersebut setiap hari.  Selain daripada kaedah menyapu, anda juga boleh membuat topeng muka dengan menggunakan 4 atau 5 titis minyak pokok teh serta  1 sudu teh mentah dan madu organik. Sapukan campuran ini pada kawasan yang terjejas. Biarkan selama lebih kurang 15 minit sebelum membilas muka anda dengan air. Gunakan topeng muka ini sekali dalam seminggu untuk menjaga kulit anda supaya bebas daripada masalah jerawat.

Merawat kulat kuku kaki

kulat kuku kaki

Jangkitan kulat yang tidak dirawat , boleh memudaratkan.

Minyak pokok teh juga didapati boleh merawat kulat kuku berunca daripada kandungan bahan antikulat dan juga ciri-ciri antiseptiknya. Ia juga boleh membantu mematikan sel-sel kulat dan melegakan gejala-gejala seperti keradangan, bengkak, kekuning, atau penebalan kuku.

Anda boleh menitiskan 1 atau 2 titis minyak pokok teh secara langsung pada kuku dan jari kaki yang dijangkiti. Tekan perlahan-lahan di sekitar kuku yang dititiskan minyak tersebut. Ulang sekali dalam sehari sehingga jangkitan itu dilihat mula menghilang. Selain daripada menitiskan pada kuku yang dijangkiti, anda juga boleh meletakkan 3 atau 4 titis minyak pokok teh dalam tab kecil berisi air suam, rendamkan kaki anda di dalamnya selama 15 minit kemudian lapkan sehingga kering sepenuhnya.

Minyak pokok teh juga sangat berkesan dalam melakukan rawatan kaki dan merawat kurap air. Sekiranya anda mahu mendapatkan hasil yang maksimum, anda juga boleh melakukan kaedah-kaedah rawatan tersebut setiap hari sehinggalah jangkitan tersebut mula berkurangan.

Merawat masalah kelemumur

Rambut Sihat Bersinar

Minyak pokok teh juga didapati mampu merawat masalah yang berpunca daripada kelemumur. Hal ini kerana minyak pokok teh mengandungi ciri-ciri anti-kulat yang sangat kuat sehinggakan ianya mampu mengurangkan gejala-gejala seperti kulit kepala gatal dan kering.

Menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam Jurnal Akademi Dermatologi Amerika, syampu dengan kandungan 5 peratus minyak pokok teh sangat berkesan dalam merawat masalah kelemumur. Ianya terbukti kerana mempunyai ciri-ciri anti-kulat dimana ianya bertindak balas dengan melawan yis ovale Pityrosporum yang menyebabkan segala masalah kelemumur.

Anda boleh menggunakan syampu dengan kandungan 5 peratus minyak pokok teh untuk mencuci rambut anda sekali atau 2 kali dalam seminggu. Satu lagi pilihan yang anda boleh amalkan ialah dengan mencampur 1 atau 2 titis minyak pokok teh perauns dengan syampu biasa anda, kemudian gunakannya untuk mencuci rambut anda 1 atau 2 kali dalam seminggu. Dalam masa beberapa minggu, anda akan nampak hasilnya sekiranya kaedah tersebut diamalkan secara konsisten.

Mampu merawat bisul

penyakit-bisul

Oleh kerana ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria yang terkandung di dalamnya, penggunaan minyak pokok teh didapati menjadi suatu pilihan yang bijak untuk merawat bisul. Hal ini kerana pati minyak tersebut yang menyembuhkan bisul dengan cepat dan melindungi bahagian tersebut dan yang lain daripada terkena jangkitan. Di samping itu, ia juga didapati dapat membantu mengurangkan kesan parut dan kesan kulit mati pada tempat yang ditinggalkan oleh bisul.

Untuk merawat bisul, anda boleh menitiskan beberapa titis minyak pokok teh pada kapas bersih. Kemudian, sapukan kapas tersebut terus pada bisul. Ulanginya secara konsisten selama 3 atau 4 kali sehari ataupun selama beberapa hari sehingga bisul tersebut mula menghilang.

Merawat ketuat

ketuat

Anda boleh menggunakan minyak pokok teh untuk merawat ketuat, lebam kecil yang disebabkan oleh jangkitan virus pada lapisan atas kulit. Sifat anti-virus dan antiseptic yang terkandung di dalam khasiatnya turut dapat membantu melawan virus dan menghapuskan ketuat.

Suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal Terapi Komplementari Amalan Klinikal mengetengahkan potensi minyak pokok teh dalam merawat ketuat biasa yang didapati disebabkan oleh virus human papilloma.

Sekiranya anda mahu menghilangkan ketuat, anda boleh mencampurkan 4 atau 5 titis minyak pokok teh bersama 1 sudu besar badam atau minyak zaitun. Oleskan campuran ini pada kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama beberapa jam, kemudian bilas dengan air suam. Ulangi kaedah ini sekali atau dua kali dalam sehari untuk beberapa minggu. Anda akan nampak kesannya sekiranya dilakukan secara konsisten. Minyak pokok teh juga didapati dalam beberapa kajian sangat berkesan untuk merawat ketuat kemaluan. Kaedah tersebut juga boleh dioleskan pada ketuat yang timbul pada kawasan sulit anda.

 Merawat jangkitan faraj

Minyak pokok teh dalam beberapa kajian menunjukkan yang ianya mempunyai antikulat yang kuat dan juga ciri-ciri antibakteria. Sehubungan itu, ia sangat membantu dalam merawat jangkitan faraj seperti vaginitis, bakteria vaginosis, yis dan jangkitan. Ia juga didapati boleh membantu menghilangkan bau vagina yang tidak menyenangkan.

Anda boleh menambah 2 atau 3 titis minyak pokok teh ke dalam mangkuk kecil air panas dan kacaukannya. Dengan menggunakan larutan ini untuk membilas vagina anda sekali sehari untuk beberapa minggu, kesannya akan mula dirasai dalam masa beberapa hari sahaja. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan 3 atau 4 titis minyak pokok teh dan 3 cawan cuka putih dalam tab mandi anda serta dipenuhi dengan air suam. Rendam badan anda di dalam air ini selama 20 hingga 30 minit untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Menghapuskan bau badan

Harum-Malam-2

Pati minyak pokok teh juga sangat berkesan dalam menghapuskan bau badan, yang menjadi masalah biasa tetapi sangat memalukan. Ianya didapati mempunyai ciri-ciri anti-mikrob yang membantu memusnahkan bakteria yang menyebabkan bau badan. Di samping itu, sebagai astringen, ia mengawal peluh berlebihan dan memastikan anda berbau segar sepanjang hari.

Anda boleh mencampurkan 2 titis minyak pokok teh dalam 2 sudu besar air. Gunakan bebola kapas untuk disapukan pada ketiak dan kawasan-kawasan lain di mana anda lebih berpeluh. Amalkan sekali sehari atau semasa diperlukan untuk mengawal bau badan anda. Anda akan merasa perubahannya jika diamalkan secara konsisten atau dijadikan sebagai deodorant.

Menjaga kesihatan oral (mulut)

kesihatan gigi

Sama ada anda mengalami nafas berbau, keradangan gusi, gingivitis atau plak, minyak pokok teh adalah penyelesaian yang baik. Kandungan anti-bakteria dan anti-radangnya didapati dapat membantu membunuh bakteria yang tidak baik dan melegakan keradangan gusi. Menurut suatu kajian yang disiarkan dalam Jurnal Pergigian Australia, gel yang mengandungi ekstrak pati minyak pokok teh adalah sangat berkesan dalam merawatnya apabila disapukan pada tisu gingival yang mengalami keradangan.

Anda boleh menambahkan  setitis pati minyak pokok teh pada ubat gigi biasa anda dan gunakannya untuk memberus gigi anda dua kali sehari. Anda juga boleh menambah 2 tits minyak pokok teh ke dalam segelas air suam dan gunakannya untuk berkumur sekurang-kurangnya sekali sehari. Jika diamalkan, anda akan mendapati mulut lebih bersih dan gusi lebih sihat.

Melegakan kesesakan dada

Sesak-Nafas

Minyak pokok teh didapati mengandungi ekspektoran semula jadi yang boleh membantu melegakan kesesakan dada yang berkaitan dengan sakit tekak, batuk, selesema, bronkitis dan masalah pernafasan yang lain. Ia juga boleh membantu membuang lendir dan membunuh bakteria di dalam tekak. Menjadikan pati minyak pokok teh dalam melegakan kesesakan dada adalah suatu pilihan yang bijak.

Anda boleh mengisikan mangkuk dengan air yang sangat panas. Tambah beberapa titik pati minyak pokok teh. Seterusnya, letakkan muka anda ke atas mangkuk dan letakkan tuala di atas kepala anda pada kepanasan yang anda boleh tahan. Tarik nafas dan sedut stim yang keluar selama yang anda boleh. Ulangi 2 atau 3 kali sehari sehingga kesesakan hilang. Dengan kaedah ini, anda bukan sahaja boleh melegakan kesesakan dada, malah anda berpotensi untuk bebas daripada masalah tersebut. Anda juga boleh meletakkan setitis pati minyak ini pada sapu tangan anda dan sedut baunya setiap beberapa jam untuk melegakan kesesakan jika anda mahukan cara yang lebih cepat.

Menghapuskan kutu kepala

Kutu kepala

Selain daripada dapat merawat masalah kelemumur, minyak pokok teh adalah ‘racun serangga’ semula jadi yang berkesan dan boleh membunuh kutu dan membantu melegakan gatal-gatal pada kulit kepala. Dalam suatu kajian yang disiarkan dalam jurnal Penyelidikan Parasitologi, penyelidik mendapati bahawa pembangunan pediculicides novel yang mengandungi pati minyak pokok teh boleh membantu mengawal serangan parasit.

Anda boleh mencampurkan 1 sudu teh minyakpokok teh bersama 3 sudu besar minyak zaitun. Anda juga boleh menambah 1 sudu teh minyak kayu putih. Seterusnya, sapukan dengan teliti pada rambut dan kulit kepala anda. Tutup kepala anda dengan topi mandi atau tuala dan biarkan ia selama 20 minit, kemudian basuh rambut anda dengan syampu biasa anda. Apabila te;ah mula sedikit kering, sikat rambut anda dengan sikat nit untuk menghapuskan kutu yang mati. Lakukan kaedah ini dua kali dalam seminggu selama beberapa bulan untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

Diharapkan anda dapat mempraktikkan khasiat dan manfaat minyak pokok teh seperti yang dinyatakan. Pastikan anda mengetahui jenis dan keaslian pati minyak pokok teh yang dibeli agar tiada masalah kesihatan yang akan timbul berpunca daripada kualiti minyak yang dibeli mahupun yang dibuat sendiri sebelum menggunakannya secara terus.

Sumber : Top 10 Home Remedies

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!