Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

10 Makanan Pembersih Salur Darah. Jom Amalkan!

Ketahui Makanan Terbaik Untuk Arteri Anda!

Jika anda peka dengan keaadaan semasa, penyakit kardiovaskular semakin merisaukan sekarang ni. Salah satu punca penyakit kardiovaskular adalah arteri yang tersumbat. Arteri ialah salur darah yang membawa oksigen dan nutrisi dari jantung ke seluruh tubuh badan. Arteri yang sihat sangat fleksibel, kuat dan elastik serta bersih dari sebarang kotoran.

Walaubagaimanapun, ramai yang tak ambil berat dengan kesihatan organ ini. Anda perlu tahu, apabila lemak, kolestrol dan bahan lain memenuhi arteri, salur darah akan tersumbat dan menjadi sempit. Ini akan menyebabkan perjalanan darah menjadi lemah. Ia dipanggil atherosclerosis. Penyakit ini tidak berlaku hanya dalam 1 hari tetapi mula berkembang melalui masa. Diet dan gaya hidup seseorang adalah penentu kepada perkembangan kondisi sebegini. Sekarang anda sudah mula risau kan? Berita baik buat anda kali ini, tahukah anda terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu menghalang arteri dari tersumbat atau masalah kesihatan lain. Nak tahu apa┬ámakanan yang patut anda makan untuk arteri yang bersih sihat? Teruskan membaca ­čÖé

Bawang Putih

Image result for garlic

Bawang putih sangat kaya dengan antioksidan yang membantu menghalang berlakunya radikal bebas, iaitu bahan yang sangat sesuai untuk menghalang masalah hati dan arteri tersumbat. Pengambilan bawang putih yang berterusan mampu mengurangkan tahap LDL kolestrol dalam darah anda. Ia juga meluaskan salur darah, memperbaiki peredaran darah dan membantu menghalang pengerasan aorta. Sebuah kajian pada tahun 2016 telah melaporkan bahawa ekstrak bawang putih mengurangkan jumlah plak dalam koronari bagi pesakit sindrom metabolik. Makanlah 1 hingga 2 ulas bawang putih mentah setiap pagi semasa perut kosong. Anda juga boleh meletakkan bawang putih ke dalam sup, salad dan lain-lain.

 

Buah Delima

Buah delima mengandungi antioksidan yang sangat tinggi yang juga membantu mengurangkan lemak dalam arteri. Buah ini merangsang tubuh badan untuk mencipta nitrik oksida yang membantu mengekalkan keluasan arteri dan kelancaran peredaran darah. Makan 1 hingga 2 buah delima segar setiap hari atau minumlah segelas jus esktrak buah delima yang segar sekali sehari.

Teh Hijau

Image result for green tea

Teh hijau mengandungi antioksidan yang kuat dan sangat baik untuk mengekalkan kesihatan dan kebersihan arteri. Ia juga memainkan peranan dalam memperbaiki kesihatan dinding salur darah yang secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit jantung. Minum 2 hingga 3 cawan teh hijau setiap hari adalah apa yang anda perlukan untuk mengurangkan risiko arteri tersumbat.

Bayam

Image result for spinach

Sayur hijau yang enak dan bernutrisi ini mempunyai banyak manfaat termasuk kesihatan jantung. Ia sangat kaya dengan nitrik oksida yang membantu menghalang plak dan penggumpalan darah dalam arteri. Ini membantu mengurangkan risiko strok dan serangan jantung. Makan sekurang-kurangnya setengah cawan bayam setiap hari. Anda boleh menikmati sayur hijau ini dalam salad, sup atau jus sayur dan lain-lain.

Asparagus

Image result for asparagus

Asparagus ialah makanan pembersih arteri semulajadi. Ia boleh mengurangkan tekanan darah dan mengelakkannya dari bergumpal. Vitamin B yang terdapat dalam asparagus membantu mengurangkan homocysteine iaitu sejenis asid amino yang berkaitan dengan penyakit jantung dan protein C-reaktif. Makan sayur enak ini sebanyak mana yang anda boleh secara berterusan. Anda boleh jadikannya penuci mulut atau hidangan sampingan.

Avocado

Image result for avocado

Avocado mengandungi jumlah lemak sihat yang banyak dan nutrien penting lain yang mampu memperbaiki kolestrol darah dengan cara mengurangkan tahap LDL dan menaikkan HDL. Masukkan setengah avocado dalam diet anda setiap hari. Anda boleh cuba gantikan mentega atau krim dengan avocado pada roti atau roti bakar.

Kunyit

Image result for turmeric

Kunyit mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai curcumin, iaitu agen antioksidan dan anti keradangan yang membantu memperbaiki kesihatan jantung. Curcumin melindungi sistem kardiovaskular dari kerosakan dan mengelakkan arteri dari tersumbat. Cubalah amalkan 1 sudu kunyit yang dicampur ke dalam segelas susu dan minum 1-2 gelas sehari. Anda juga boleh dapatkan supplement curcumin di farmasi tapi jangan lupa rujuk doktor dulu ya.

Brokoli

Image result for broccoli

Sayur terkenal ini sangatlah bermanfaat untuk jantung. Brokoli kaya dengan sulforaphane yang melindungi arteri dari rosak dan mengalami keradangan. Ia juga kaya dengan vitamin K yang menghalang kalsium dari merosakkan arteri. Fiber yang terdapat dalam sayur ini pula membantu mengurangkan tekanan darah dan tahap kolestrol. Ambil 1/2 cawan brokoli mentah dan amalkan memakannya sebanyak 2-3 kali seminggu.

Epal

Image result for apple

Sebiji epal sehari adalah rahsia arteri bersih yang anda mungkin tak tahu. Epal mengandungi sejenis fiber yang dikenali sebagai pectin yang mengurangkan kolestrol jahat dalam darah. Pectin akan menggangu penyerapan asid hempedu dalam usus. Ini menyebabkan hati terpaksa menggunakan kolestrol bagi menghasilkan lebih banyak hempedu. Flavonoids yang turut terkandung di dalamnya juga membantu mengurangkan risiko serangan jantung manakala potassium dan magnesium mengawal darah dengan baik. Nikmatilah sebiji epal segar setiap hari, epal organik lebih digalakkan. Jangan buang kulitnya jika anda mahu maanfaat kesihatan yang maksimum.

Benih Chia

Image result for chia seeds

Makanan ini sangat dihargai oleh orang Maya dan budaya Aztec kerana kebaikannya untuk kesihatan. Ia adalah makanan yang paling kaya dengan asid lemak omega 3. Kombinasi asid lemak ini dengan fiber menjadikan benih Chia makanan paling baik untuk jantung. Ia membantu membersih, mengawal tekanan darah dan menghapuskan kolestrol jahat. Benih enak ini boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti jadikannya smoothie atau taburkannya di atas yogurt atau oatmeal.

Mulakan mengamalnya sekarang untuk kesihatan arteri anda!

Rujukan: http://www.top10homremedies.com

Leave a Reply

error: Content is protected !!