Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

10 MAKANAN TERBAIK UNTUK OTAK

Otak kita merupakan anugerah yang terindah di dalam hidup ini. Sebagai tanda mensyukuri nikmat yang dikurniakan, kita hendaklah menjaga dan melindunginya dengan sebaik mungkin. Mengikut fakta, berat otak manusia dewasa adalah sekitar 1.5kg serta mempunyai isiapadu sekitar 1130cm³ bagi wanita dan 1260 cm³ bagi lelaki.

Fungsi utama otak adalah untuk mengawal segala perlakuan yang dilakukan oleh tubuh badan termasuklah pergerakan, postur badan dan keseimbangan. Cuba anda bayangkan jika kita dilahirkan tanpa otak yang sempurna, pasti pelbagai masalah yang akan dihadapi. Tanpa otak yang sihat dan cergas juga kita tidak dapat berfikir dengan waras.

Jadi sebagai manusia kita perlulah melakukan sesuatu yang dapat meransangkan otak serta mengaktifkannya kembali dengan memberikan sumber makanan yang terbaik untuknya. Antara makanan- makanan yang sangat baik untuk otak adalah:

Kekacang dan bijian

kekacang untuk makanan otak

Kekacang dan bijian merupakan snack ataupun makanan ringan yang mengandungi protein, tinggi dengan fibre serta kaya dengan pelbagai vitamin serta mineral seperti vitamin A, vitamin B, vitamin E, magnesium, kalsium dan sebagainya. Sumber vitamin E di dalam kekacang juga dapat membantu dalam proses mental yang merangkumi aspek memori, perhatian, pemahaman, pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Sungguh menarik bukan?

Dan suka diingatkan di sini, elakkan daripada mengambil kekacang yang telah ditambahkan dengan garam. Ingat ya! Untuk mengetahui jumlah nutrisi yang terkandung di dalam setiap kekacang dan bijian anda boleh melihat dalam jadual ini. Semoga ianya dapat memberi panduan yang berguna kepada anda.

Buah- buahan beri

berries

Buah- buahan berri juga merupakan makanan terbaik untuk otak. Mengikut sumber dari Journal of Agricultural and Food Chemistry, satu kajian klinikal telah dijalankan dan mereka telah berjaya mengenal pasti manfaat buah beri terhadap saraf nuero di dalam otak manusia. Hebatkan!

A growing body of preclinical and clinical research has identified neurological benefits associated with the consumption of berry fruits. In addition to their now well-known antioxidant effects, dietary supplementation with berry fruits also has direct effects on the brain. Intake of these fruits may help to prevent age-related neurodegeneration and resulting changes in cognitive and motor function. In cell and animal models, berry fruits mediate signaling pathways involved in inflammation and cell survival in addition to enhancing neuroplasticity, neurotransmission, and calcium buffering, all of which lead to attenuation of age- and pathology-related deficits in behavior. Recent clinical trials have extended these antioxidant, anti-inflammatory, and cognition-sparing effects to humans.

Kismis

kismis

Kismis adalah salah satu buah- buahan kering yang amat baik. Antara vitamin- vitamin yang terkandung di dalam kismis adalah vitamin K, C, E dan B. Vitamin K yang terdapat di dalam kismis telah terbukti penting dalam membantu sistem saraf manusia. Jadi amalkanlah memakan kismis untuk mendapatkan manfaat yang baik daripadanya. Ianya juga boleh dijadikan sebagai makanan ringan di kala anda kelaparan di malam hari.

Coklat

coklat

 

 

Anda membenci coklat? Jangan! Coklat selalu sahaja dikaitkan dengan kegemukkan tetapi tidak ramai yang tahu coklat bukan sahaja boleh menceriakan mood seseorang itu malahan dapat mengurangkan stress. Di dalam coklat juga terkandung bahan- bahan yang bersifat sebagai antioksida di mana, ianya dapat membantu meningkatkan aliran darah ke dalam otak kita. Penyelidikan di Sweden mendapati mengambil satu bar coklat sekali seminggu dapat mengurangkan risiko terjadinya stroke sebanyak 17%. Ini merupakan satu fakta yang menarik bagi penggemar coklat di dunia walau bagaimanapun penyelidikan ini masih di teruskan lagi. Bagi sesiapa yang tidak tahu stroke adalah serangan ke atas otak apabila bekalan darah di sebahagian otak terputus di sebabkan oleh saluran ateri yang semakin mengecil dan mengeras. Jadi lebih baik kita mencegahnya sebelum terlambat.

Tomato

tomato

Antara sayur- sayuran yang baik untuk otak kita adalah tomato. Selain buah- buhan citrus, tomato juga mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C berfungsi sebagai bahan antioksida yang mampu menghapuskan radikal bebas dari tubuh badan. Radikal bebas ini boleh menyerang dan merosakkan sel- sel otak di samping menggangu penyerapan oksigen ke dalam otak. Tomato bukan sahaja senang dicari di mana- mana sahaja malahan harganya sangat murah dan tahan lama.

Madu

madu lebah

Madu mempunyai 1001 satu khasiat yang kadang- kala kita sendiri tidak menyedarinya. Selain dariapada rasanya yang manis madu juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Madu berfungsi untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh serta melancarkan fungsi otak manusia. Minumlah sesudu besar setiap hari bagi meningkatkan tenaga dan daya kretiviti anda. Antara vitamin- vitamin yang terdapat dalam madu adalah vitamin A, B, C, D dan K.

Surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia.sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.

Ikan

ikan untuk kesihatan otak

Ikan salmon, tuna dan ikan tenggiri mengandungi kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi. Omega 3 ini sangat penting untuk kesihatan manusia tetapi tidak dapat di hasilkan oleh tubuh badan kita sendiri. Ianya memainkan peranan yang penting dalam fungsi otak serta pertumbuhan dan perkembagan yang normal.

Menurut kajian bayi yang tidak mendapat sumber Omega 3 yang mencukupi semasa berada di dalam kandungan akan menghadapi risiko dalam masalah pembagunan saraf. Juga terkenal kerana dapat menurunkan risiko menghidapi sakit jantung.

Tanda- tanda tubuh badan kita mengalami kekurangan Omega 3 adalah termasuk daya ingatan yang lemah, sering keletihan, kulit kering atau kemurungan. Jadi perbanyakkanlah pengambilan sumber- sumber makanan yang tinggi nilai Omega 3 sekurang- kurangnya dua kali seminggu. Sekiranya anda seorang yang sangat sibuk pengambilan supplement yang mengandungi Omega 3 ini juga sangat membantu dalam diet harian anda.

Tiram

tiram

Pernahkah anda melihat tiram? Tiram adalah sejenis makanan laut yang bercengkerang yang kaya dengan khasiatnya. Tiram juga sama seperti coklat yang boleh membangkitkan mood seseorang itu. Tiram juga kaya dengan selenium, protein dan magnesium yang penting untuk kesihatan otak. Selenium selalunya digabungkan bersama protein untuk menghasilkan selenoproteins yang merupakan enzim antioksida yang penting yang dapat menghalang radikal bebas.

Kacang soya

tempe

Kacang soya juga merupakan salah satu sumber makanan yang baik dalam membantu dalam perkembangan otak. Kacang soya kaya dengan zat bezi, fosforus, magnesium dan vitamin- vitamin lain. Fungsi magnesium adalah untuk membantu mendapatkan gigi dan tulang yang kuat, fungsi sistem saraf yang betul serta membekalkan tenaga. Antara produk- produk yang berasaskan kacang soya adalah susu soya, tauhu, tofu, tempe dan sebagainya.

Telur

telur-ayam

Telur juga seperti ikan salmon yang mengandungi Omega 3. Selain itu telur juga mengandungi protein serta lemak yang amat baik untuk membekalkan tenaga kepada otak selama berjam- jam. Ketahui jumlah kolesterol dalam sebiji telur.

Kesimpulan

Sebenarnya, terdapat bermacam- macam lagi makanan yang sangat baik otak kita yang jarang- jarang kita ketahui. Diharap jika pembaca- pembaca di luar sana ketahui sumber- sumber makanan lain yang baik untuk otak boleh kongsikan bersama kami di Media.cun Majalah Komuniti Kesihatan & Kecantikkan. Sekian.

Rujukan :

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!