Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

10 Manfaat dan Khasiat Betik untuk Kecantikan

Betik atau nama saintifiknya Carica Papaya juga digelar sebagai ‘The Fruit of the Angels’ kerana rasanya yang lazat, fizikalnya yang sentiasa konsisten lembut seperti mentega dan tekstur yang kaya dengan pelbagai vitamin dan zat. Betik sangat popular di seluruh dunia kerana kelebihannya yang sangat baik, lebih-lebih lagi kepada kesihatan.

Betik ialah salah satu buah tropika yang sangat kaya dengan pelbagai jenis vitamin, iaitu vitamin A, C, E dan K, dan mempunyai ciri-ciri antioksidan. Selain itu, betik juga mengandungi magnesium, kalium, niasin, karotena, protein, serat dan enzim yang dikenali sebagai ‘papain’ (dalam bahasa Inggeris di sebut papain) yang memberikan banyak manfaat kesihatan. Bukan sahaja pulpa buahnya, namun benih betik juga mempunyai banyak manfaat kesihatan.

Betik mempunyai beberapa komponen yang memberi manfaat besar untuk kulit serta rambut. Hal inilah yang menyebabkan kebanyakan enzim buah-buahan banyak terdapat dalam produk-produk kosmetik, kecantikan dan penjagaan rambut. Jom kita lihat apakah manfaat dan khasiat buah betik.

Mencerahkan Kulit Muka

Salah satu manfaat kecantikan yang paling berkesan dan paling terbaik betik adalah dapat mencerahkan kulit muka. Hal ini kerana betik mengandungi ciri-ciri pemutihan yang semula jadi.

Di samping itu, ciri-ciri pembersihannya membantu membersihkan kulit daripada kekotoran. Vitamin C di dalamnya juga membantu melindungi sel-sel kulit daripada sinaran matahari.

Cara-cara memutihkan muka menggunakan betik

  1. Potong nipis satu keping betik yang isinya telah masak dan gosokkan di bahagian wajah, leher, tangan dan kaki. Biarkan ia kering, kemudian basuh dengan air sejuk. Amalkan sebanyak 3 atau 4 kali seminggu.
  2. Satu lagi cara lain adalah dengan membuat pek muka atau pembersih dengan mencampurkan ½ cawan lecek betik (betik yang telah masak, dikisar atau dihancurkan) dan 1 jus lemon. Urut campuran di seluruh muka dan leher anda. Biarkan selama 30 minit sebelum membilasnya dengan menggunakan air sejuk. Amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
  3. Selain itu, cara lain ialah dengan mengisar campuran 1 cawan betik hijau (betik muda) dan 1 sudu teh minyak vitamin E, madu dan yogurt untuk dijadikan pes. Urut perlahan-lahan pes pada kulit anda. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.

Menghidrat Kulit

Betik juga kaya dengan kandungan air yang membantu mengekalkan kulit yang lembut, licin dan lembap. Jika dicampur dengan bahan dan kaedah yang betul, ia boleh digunakan sebagai topeng muka yang sangat baik untuk hidrat kulit anda.

Tips mudah menghidrat kulit dengan menggunakan betik

  1. Kisarkan ½ cawan betik masak sehingga menjadi lumat. Anda juga boleh menambah madu sedikit. Setelah menjadi pes, letakkan di seluruh muka dan leher anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Setelah selesai, lap muka sehingga kulit anda kering.
  2. Jadikan betik masak sebahagian dalam diet utama anda. Anda boleh menikmati buah ini dengan mengisar bersama bahan-bahan penghidratan buah-buahan lain seperti tembikai dan timun untuk menjadikan lebih lazat dan nikmat.

Menghilangkan Tanda-tanda Penuaan

Vitamin A dalam betik membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengekalkan kulit yang lembut dan gebu. Asid alfa hidroksil di dalamnya membantu melarutkan sel-sel kulit mati untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedut dan garis-garis halus. Vitamin C dan E dalam betik juga meremajakan kulit anda untuk membantu anda menjadikan kulit lebih kelihatan lebih muda.

Cara-cara menggunakan betik untuk melambatkan penuaan

  1. Hancurkan ½ cawan betik yang telah masak.
  2. Campurkan dengan beberapa titik madu dan 1 sudu besar susu.
  3. Sapukan pada muka dan leher anda.
  4. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.
  5. Gunakan sebagai topeng muka dan lakukan sekali atau dua kali seminggu.

Selain 5 cara di atas, makan betik setiap hari juga membantu untuk melambatkan tanda-tanda penuaan.

Mengurangkan Jerawat dan Jeragat

[sociallocker]Enzim papain dalam betik mempunyai sifat-sifat pembersihan kulit yang membantu membersihkan pori-pori yang tersumbat. Hal ini membantu mencegah jerawat dan jeragat. Di samping itu, kesan pengelupasan pada betik membantu membuang sel-sel kulit mati untuk menghalang liang daripada tersumbat.

Cara menggunakan betik untuk hilangkan jerawat dan jeragat

  1. Hancurkan betik daripada beberapa buah betik dan ambil jusnya. Sapukan jus tersebut pada kulit yang terjejas dengan menggunakan kapas yang berbentuk bebola. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air suam. Gunakan sekali setiap hari untuk menghilangkan jerawat dan jeragat.
  2. Anda juga boleh menggosok sekeping betik mentah perlahan-lahan pada kulit yang terjejas selama 10 minit. Kemudian, cuci dengan air suam. Lakukan sekali setiap hari.

Untuk mengelakkan jerawat, jeragat dan noda, jadikan betik mentah dan masak dalam diet harian anda.

Membuang Tanda Kulit Pudar

Betik juga bermanfaat untuk mencerahkan kulit dan membuang tanda pudar daripada kulit kerana ia mengandungi beberapa enzim. Enzim ini boleh membantu merawat bintik hitam, bintik jerawat, bintik coklat dan gelap siku dan lutut. Di samping itu, betik dapat meratakan ton warna dan memperbaiki kulit anda.

Cara-cara mudah menjadikan betik untuk membuang tanda pudar

  1. Campurkan ¼ cawan pes betik mentah, 1 sudu besar jus lemon dan ½ sudu madu.
  2. Sapukan pada kulit yang terjejas.
  3. Biarkan sehingga kering, kemudian basuh dengan air sejuk.

Gunakan sebagai topeng muka ini sebanyak 3 atau 4 kali seminggu untuk mengurangkan bintik-bintik dan kulit pudar.

Merawat Kulit Berkedut dan Kedutan Kaki

Anda juga boleh menggunakan betik untuk mengurangkan kemunculan kedut serta kaki yang merekah. Betik mempunyai ciri-ciri antioksidan yang membantu mengurangkan kemunculan kedut di sekitar kawasan luar mata serta kedutan di sekitar mulut dan dahi.

Selain itu, vitamin C dalam buah betik membantu melawan radikal bebas yang merosakkan kolagen kulit dan elastin.

Cara mudah menghilangkan kedutan dengan menggunakan betik

  • Gosok sekeping betik mentah yang kecil perlahan-lahan di sekitar bahagian mata selama 5 minit sekali sehari untuk menghilangkan kedutan. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.
  • Selain itu, anda juga boleh mencampurkan 1 sudu pulpa betik masak dengan sedikit minyak zaitun. Sapukan di kawasan yang terjejas dan biarkan selama 20 minit. Cuci dengan air sejuk dan sapukan pelembap. Ulangi setiap hari.

Merawat Kulit Merekah

image003

Tumit retak atau merakah menyebabkan tompok merah atau tidak stabil, kulit mengelupas, gatal-gatal, pendarahan daripada retak dan kesakitan. Betik yang telah masak boleh merawat retak ata merekah dan tumit kering, terutamanya disebabkan oleh kelembapan.

Cara-cara merawat kulit merekah

  1. Ambil 1 cawan betik masak dan jadikan pes (dengan menghancurkan isi betik tersebut).
  2. Sapukan pada tumit yang baru dibersihkan dan biarkan selama 15 minit.
  3. Basuh kaki anda perlahan-lahan dengan sedikit air panas dan sapukan setelah kaki kering.
  4. Sapukan sedikit minyak zaitun dan pakai sepasang sarung kaki semalaman.
  5. Lakukan setiap hari sebelum tidur untuk menikmati tumit yang lembut dan licin.

Membuang bulu yang tidak diingini

Untuk membuang atau menghilangkan bulu-bulu kecil di sekitar muka, anda boleh menggunakan betik muda. Apabila digunakan secara teratur, enzim papain dalam betik mentah boleh melemahkan folikel bulu pada muka anda untuk mencegah pertumbuhan semula. Betik masak juga mengandungi enzim ini tetapi betik mentah iaitu betik muda mengandungi enzim papain yang lebih tinggi.

Cara mudah rawatan menghilangkan bulu yang tidak diingini:

  1. Campurkan ½ cawan pes betik mentah bersama ½ sudu teh serbuk kunyit.
  2. Letakkan pes ini di kawasan yang terjejas dan biarkan ia kering dengan sendiri.
  3. 3 Jadikan pes semuanya sebagai skrub, kemudian bilas muka anda dengan air suam.
  4. Lakukan sekali seminggu.

Menyuburkan Rambut

image005

Selain baik untuk kulit, betik juga sangat bermanfaat untuk rambut anda. Buah ini kaya dengan beberapa mineral, vitamin dan enzim yang boleh merangsang pertumbuhan rambut dan kekuatan rambut.

Ia juga boleh membantu menambah ketebalan, jumlah rambut dan rambut yang bersinar serta menggelakkan kepala botak. Betik juga mengandungi protein yang membantu mengurangkan keguguran rambut.

Tips mudah merawat rambut menggunakan betik

  1. Untuk membuat topeng rambut menggunakan betik, campurkan setiap 1 cawan betik masak, 1 cawan pisang masak dan 1 cawan yogurt bersama-sama dengan 1 sudu besar minyak zaitun atau kelapa. Biarkan topeng ini untuk melembapkan rambut.
  2. Kemudian, tutup rambut dengan topi mandi atau menggunakan kain selama 30 minit, kemudian bilas dengan air suam.
  3. Gunakan topeng rambut ini sekali seminggu untuk menjadikan rambut yang sihat.

Selain itu, memakan betik dengan kerap membantu mendapatkan hasil yang lebih efisen. Anda  juga boleh memasukkan kedua-dua betik, iaitu mentah dan masak dalam diet anda.

Mengawal Kelemumur

image007

Untuk merawat dan mengawal kelemumur, betik sangat berguna. Beberapa enzim dalam betik membantu mencegah pengumpulan minyak dan kotoran di kulit kepala, yang merupakan salah satu punca kelemumur.

Cara mudah mengawal kelemumur dengan menggunakan betik

  1. Kisar 1 betik mentah sehingga sebati.
  2. Tambahkan ½ cawan yogurt dan gaul rata.
  3. Sapukan campuran ini pada kulit kepala serta rambut untuk menambahkan sinar pada rambut.
  4. Biarkan selama 30 hingga 40 minit, kemudian basuh dengan air sejuk.
  5. Akhir sekali, syampu rambut anda.
  6. Gunakan campuran ini sekali atau dua kali seminggu untuk merawat kelemumur.

[/sociallocker]

Amaran/ Nasihat penting;

Enzim dan asid alfa hidroksil dalam betik boleh merengsakan kulit, terutamanya kulit yang sensitive. Lakukan ujian dengan menekan betik  pada siku dalaman anda untuk mengesahkan jika betik sesuai untuk kulit anda.

Sumber rujukan: Top 10 Home Remedies

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!