Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

10 Manfaat Derma Darah Yang Pasti Buat Anda Teruja!

Pernahkah anda menderma darah? Ramai rakyat Malaysia yang tak tahu tentang betapa banyaknya kelebihan yang dapat anda peroleh dengan menderma darah.  Majoriti penderma darah melakukannya kerana nak bantu orang lain. Sekali anda menderma darah, anda mungkin dapat menyelamatkan sehingga 3 nyawa. Bayangkan jika anda menderma secara berterusan, pasti lebih banyak nyawa yang mungkin anda selamatkan. Pun begitu, masih ramai rakyat Malaysia yang belum pernah menderma darah. Mungkin mereka tidak pernah terfikir tengtangnya atau takut pada jarum menjadi faktor utama.

Apapun alasan anda, sudah tiba masanya untuk anda mula mempertimbangkan perkara ini dan mula mengatasi fobia jarum anda kerana menderma darah bukan sahaja membantu orang lain, tetapi juga bermanfaat untuk anda!

Membentuk Sel Darah Merah yang Baru

Kalau anda nak tahu, setelah menderma darah, tubuh akan mula bertindak balas terhadap kehilangan darah dengan meransang pembembentukan sel darah yang baru. Yup, darah baru yang terwujud ini sangat membantu dalam mengekalkan kesihatan anda. Wow darah baru tau!

Peredaran Darah Lebih Lancar

Tahu tak apa kesan merokok, lebihan gula, frequensi radio, tekanan emosi, tekanan elektromagnetik, lebihan kolestrol, lebihan asid urik, kemurungan, kebimbangan dan sebagainya pada darah? Haa kalau tak tahu, ini jawapannya. Semua tu akan buat darah senang membeku, maksudnya, ia buat darah jadi tebal dan bergerak dengan saangaaat slow. Inilah penyebab bertambahnya risiko diserang strok! Banyak lagi kesan lain seperti darah bergumpal, darah tersumbat, oksigen tak sampai ke tisu badan, keradangan dan sebagainya. Jangan risau, dengan menderma darah secara berterusan akan membantu melancarkan peredaran darah, mengehadkan kerosakan pada dinding salur darah dan mestilah membantu darah anda supaya tidak mudah tersumbat!

Menyeimbangkan Kuantiti  Zat Besi dalam Darah

Sebenarnya inilah penyebab paling penting kenapa anda sangat digalakkan menderma darah. Untuk setiap unit darah yang anda dermakan, anda akan kehilangan suku gram zat besi. Mesti anda tengah fikir, “Bukan ke itu tak baik, zat besi tu kan penting?” Ya, zat besi sememangnya sangat penting sebab kekurangan zat besi boleh membawa kepada sistem imunisasi yang lemah, keletihan, dan anemia yang jika dibiarkan, boleh membahayakan. Tapi anda juga perlu tahu bahawa terlalu banyak zat besi sebenarnya lagi teruk! Serangan jantung, hemokromatosis, penyakit jantung, kerosakan hati, kanser, semuanya berpunca dari lebihan zat besi dalam darah. Oh seramnya! Jadi, menderma darah secara berterusan adalah cara paling mudah, murah dan berkesan untuk menyelamatkan tubuh anda dari lebihan zat besi yang keterlaluan.

Mempercepatkan Proses Penyembuhan Luka

Sama seperti tindak balas tubuh anda yang mecipta sel darah baru setelah menderma darah, tubuh anda juga akan bertindak dengan lebih cepat sekiranya anda terluka secara fizikal. Contohnya, jika anda terjatuh dan mengalami luka di bahagian lutut, proses penyembuhan luka oleh tubuh akan menjadi lebih pantas kerana darah yang lebih aktif dan sihat terhasil dalam tubuh anda.

Menyeimbangkan Berat Badan

Jika anda mengalami masalah kegemukan atau berat badan berlebihan, anda sangat digalakkan untuk derma darah kerana ia adalah salah satu cara mengatasinya. Tapi janganlah sekali saja anda derma darah, terus anda fikir anda akan dapat hasilnya serta-merta. Sabar, anda perlu melakukannya secara berterusan. Sekali anda menderma darah, sebanyak 650 kalori lemak akan terbakar. Anda juga mesti teruskan diet seimbang dan senaman anda ya. Bagi anda yang mempunyai berat badan kurang daripada 49 kilogram, anda perlu dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor untuk membolehkan anda menderma darah secara berterusan.

Mencegah Penuaan Pra-Matang

Dengan hanya menderma darah, anda bukan hanya mampu menjaga kesihatan organ dan keseimbangan berat badan sahaja, tetapi minda anda turut menjadi lebih stabil. Dengan tubuh yang aktif dan sihat, anda mempu menjalankan rutin harian dengan lebih fokus dan lancar. Hal ini secara tidak langsung mencegah depresi dan stress yang membawa kepada penuaan. Kulit juga tidak akan mudah berkedut!

Hidup Lebih Lama

Orang yang suka membantu orang lain berbanding diri mereka sendiri secara sukarela dikatakan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Menurut sebuah kajian, kebanyakan sukarelawan altruistik menikmati pengurangan risiko kematian iaitu sebanyak 4 tahun lebih lewat berbanding orang yang lebih fokus kepada kebajikan diri sendiri. Agama turut menyokong fakta ini dimana sedekah dikatakan dapat memanjangkan umur!

Pemeriksaan Kesihatan Percuma!

Sebelum darah anda diambil, kesihatan anda akan diperiksa. Keseimbangan berat badan, tekanan darah, kadar gula dalam darah, suhu badan, denyutan nadi, hemoglobin dan sebagainya. Anda pasti mahu mengetahuinya bukan?

Pemeriksaan Darah Percuma!

Untuk membolehkan darah anda digunapakai, pihak hospital juga perlu memastikan bahawa darah anda bebas dari jangkitan, virus dan sebagainya kerana darah tersebut akan dipindahkan ke tubuh pesakit yang memerlukan. Oleh itu, anda akan diperiksa secara percuma! Dari situ anda boleh tahu sama ada anda mungkin menghidap 13 penyakit berjangkit seperti Hepatitis B dan C, HIV, Sifilis dan sebagainya tanpa anda sedari.

Minuman dan Biskut Percuma!

Ada kalanya, kerajaan mengadakan acara-acara dan kempen derma darah dimana pihak hospital akan membuka booth di kawasan berdekatan anda. Setiap penderma akan diberikan minuman dan makanan percuma seperti air kotak, roti dan biskut semasa penderma menunggu giliran. Di sesetengah hospital juga ada disediakan manfaat ini bagi menghargai penderma.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Derma Darah?

Sebelum anda menderma darah, pastikan dulu anda individu yang layak dan persiapkanlah kelengkapan anda sebaiknya untuk memudahkan proses menderma. Jika anda menghidap sesuatu penyakit, jumpa dengan doktor anda dahulu, minta pandangan. Bagus juga jika anda boleh jaga pemakanan dengan diet sihat seminggu dua sebelum pergi menderma. Pada hari kejadian pula, minumlah air sebanyak yang mungkin agar kekal terhidrat. Pastikan pakaian anda ringkas dan selesa.

Berapa kerap anda boleh menderma? Anda perlu tunggu selama 56 hari atau 8 minggu sebelum anda boleh menderma semula. Jika anda mengalami gangguan kesihatan selepas menderma darah sebelum ini, rujuk doktor untuk menderma semula. Anda boleh menderma sebanyak 1 unit iaitu 350ml darah setiap 8 minggu. Umur anda mestilah sekitar 18-60 tahun dan berat mestilah melebihi 45kg.

Jadi anda layak dan sudah bersedia? Apa tunggu lagi? Marilah mula menderma darah, kekal sihat dan selamatkan nyawa sekarang!

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!