Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

10 Perkara Yang Buat Anda Susah Tidur

Mendapatkan tidur malam yang cukup bukan sahaja penting untuk mood, tetapi mampu mempengaruhi tahap kesihatan tubuh badan anda. Ianya juga bergantung kepada apa yang anda lakukan pada siang hari seperti akitivi fizikal, pemakanan dan stimulasi mental anda terutama sebelum anda masuk tidur.

“Apabila seseorang itu menderita penyakit Insomnia atau masalah tidur yang lain, ianya sering dikaitkan dengan apa yang mereka lakukan sebelum masuk tidur berkemungkinan perkara yang dilakukan tanpa niat. Mereka seharusnya bersedia untuk tidur”.

Michael Grandner, PhD, Pensyarah Psikiatri dan Ahli Behavioral Sleep Medicine Program di Universiti Pennsylvania.

Beberapa perkara yang mungkin anda mahu elakkan ketika tidur pada waktu malam, terutama jika anda mengalami masalah ‘kesukaran menutup mata’ ialah….

Menggunakan e-reader atau telefon pintar

Beberapa hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa menggunakan peralatan elektronik seperti e-reader, telefon pintar mahupun menonton televisyen sebelum atau semasa tidur boleh mengganggu proses tidur. Robert Rosenberg, penulis buku “Sleep Soundly Every Night, Feel Fantastic Every Day” menyarankan individu – individu bermasalah untuk tidur supaya mengelakkan mana-mana teknologi pemancar cahaya sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur. Hal ini kerana cahaya biru yang dipancarkan oleh gajet tersebut menghalang penghasilan melatonin yang membantu tubuh badan anda menjadi mengantuk. Jika anda masih menggunakan gajet sebelum atau semasa tidur, pastikan ianya dijarakkan sekurang-kurangnya 14 inci daripada muka anda dan kurangkan kecerahan skrin untuk mengelakkan risiko masalah tidur yang berpunca daripada cahaya.

Mengambil ubat-ubatan tertentu

softgel gelatin

Jika anda mengambil ubat atau suplemen untuk aktiviti seharian, anda juga turut mengalami masalah tidur. Minta pendapat doktor anda kerana dos yang anda ambil mungkin membuatkan anda berasa tidak mengantuk. Kesannya mungkin sekejap, tetapi sesetengah ubat boleh membuatkan anda berjaga selama beberapa jam selepas mengambilnya.

Ubat tidur bukanlah jawapan kepada penyelesaiannya, mereka lebih kepada kegunaan jangka masa pendek sahaja. Jika anda kerap menggunakannya, bincanglah dengan pakar kesihatan tentang pilihan yang lain.

Mesej rakan anda

Anda mungkin fikir menghantar mesej kurang mengganggu di tengah malam daripada membuat panggilan, tetapi berfikirlah sebentar sebelum anda menghantar mesej kepada rakan atau kumpulan sebelum atau semasa tidur. Jika anda meletakkan telefon berdekatan semasa sedang tidur, anda mungkin terganggu dengan mesej balas yang dihantar terutamanya semasa anda sedang lena tidur. Jika anda mahu mengelakkannya, pastikan telefon anda dimod senyapkan atau diletakkan di tempat yang lain.

Minum kopi atau teh

kopi

Kopi mungkin mengandungi 80 hingga 120 miligram kafein secawan manakala teh pula mengandungi kafein lebih banyak berbanding kopi. Anda mungkin sudah tahu bahawa anda perlu mengelakkan daripada meminumnya sebelum tidur. Sesetengah orang masih mengamalkan minum selepas makan malam, tetapi anda harus sedar walaupun ia mengambil masa untuk bertindak balas, tabiat ini mampu mengganggu proses tidur anda.

Hakikatnya, kafein mampu memberikan kesan kepada tubuh badan anda lebih daripada 12 jam. Sekiranya anda lebih menyukai teh daripada kopi dan mencari cara untuk mengurangkan kafeinnya, pastikan anda merendam uncang teh di dalam air panas dan merendamkannya buat kali kedua.

Makan Coklat

coklat

Perhatian buat penggemar dan pencinta coklat! Berita buruk buat kalian. Jangan ingat hanya kopi sahaja yang mengandungi kafein. Fakta menunjukkan coklat juga mengandungi kafein terutamanya coklat hitam atau lebih dikenali sebagai ‘dark chocolate’ yang mengandungi kandungan koko yang tinggi. Kebanyakkan coklat susu mengandungi kandungan kafein kurang dari 10 miligram bagi setiap hidangan namun coklat hitam mengandungi kandungan kafein lebih kurang 31 miligram bagi setiap hidangan; iaitu bersamaan lebih kurang kafein dari satu tin Coke! Coklat dikatakan mengandungi kandungan Teobromina; iaitu sejenis zat kimia yang hampir menyamai kafein. Teobromina terbukti boleh mengakibatkan kadar degupan jantung yang lebih pantas dan seterusnya menyebabkan masalah tidur. Jadi, penggemar – pengemar coklat sekalian, jangan makan coklat sebelum tidur ya!

Makan makanan yang pedas atau berminyak

makanan pedas

Makan makanan yang berat terlalu hampir dengan waktu tidur boleh membuatkan anda tidak selesa semasa tidur. Jika anda makan terlalu banyak makanan yang pedas atau berminyak, ianya lebih berisiko kerana makanan tersebut mengandungi asid reflux. Anda seharusnya makan malam pada waktu yang telah ditetapkan oleh jadual masa pemakanan. Hal ini dapat memberikan lebih masa kepada perut anda untuk menghadam makanan tersebut.

Jika anda mahu makan pada waktu malam khusunya sebelum waktu tidur, makanlah makanan ringkas ataupun dengan meminum segelas susu. Makan pada lewat malam boleh membawa kepada peningkatan berat badan sekiranya tidak diberi perhatian. Tanyalah diri anda jika anda masih mahu amalkan makan pada lewat malam khususnya makanan pedas dan berminyak.

Merokok

Ramai orang merokok untuk menenangkan diri, tetapi nikotin yang terkandung boleh membuatkan penyakit insomnia anda lebih teruk terutamanya jika anda merokok beberapa minit sebelum masuk tidur. Pengambilan nikotin juga mampu menyebabkan perokok bangun lebih awal daripada biasa pada waktu pagi.

Jika anda seorang perokok dan mengalami masalah tidur, anda digalakkan  merujuk kepada doktor jika mahu berhenti. Bukan sahaja rokok biasa yang anda perlu elakkan pada waktu malam, tetapi rokok elektronik, kertas rokok, paip, curut dan tembakau kunyah boleh membuatkan anda sentiasa terjaga sekiranya diambil.

Bermain permainan video

angry-gamer

Beberapa kajian menunjukkan bahawa menonton televisyen boleh mengganggu tidur anda apatah lagi bermain video game. Kebanyakan pakar bersetuju yang media elektronik seperti permainan video sememangnya mampu mencetuskan semangat mental di dalam fikiran anda.

Anda digalakkan untuk tidak bermain permainan video sebelum atau semasa waku tidur. Simulasi daripada peralatan tersebut akan membuatkan otak menjadi aktif dan teruja, khususnya permainan yang memberikan cabaran sewaktu anda mula masuk tidur.

Membiarkan haiwan peliharaan masuk ke bilik

Suatu kajian menunjukkan 63 % orang yang tidur bersama rakan berbulu mereka mengalami masalah tidur. Jika anda tiada masalah dengannya, teruskan. Ianya suatu perkara yang sememangnya mampu menggugat kualiti tidur anda.

Pergerakan haiwan peliharaan bukan sahaja menganggu tidur anda, bulu- bulu mereka yang gugur juga boleh memberikan alergi dan masalah pernafasan yang turut mampu menggugat kelenaan tidur anda.

Mandi

Ianya tiada masalah jika anda mandi selepas bersenam pada waktu malam atau ianya hanya tabiat anda untuk mandi sebelum tidur. Mandian air panas juga boleh membantu anda berehat dan merangsang tubuh anda menjadi mengantuk, tetapi jika anda jarang mandi pada waktu pagi tetapi terus mandi pada waktu malam, tindakan tersebut boleh membuatkan tubuh menghantar mesej yang salah kepada otak.

Mandian pada waktu pagi boleh membuatkan badan menjadi segar, ianya bukanlah perkara yang terbaik untuk dilakukan sebelum tidur. Orang yang mempunyai rambut panjang perlu berhati-hati untuk tidak terus tidur dengan rambut yang basah kerana bukan sahaja membuatkan rambut anda kusut tetapi akan merangsang pertumbuhan kulat pada bantal dan cadar.

Mengubah rutin harian anda

Melakukan rutin harian yang sama sebelum tidur adalah satu tabiat atau habit yang baik. Rutin sebelum tidur seperti memberus gigi, mencuci muka dan berdandan ringkas memberi signal positif kepada otak bahawa masa untuk tidur telah sampai. Ini lebih berkesan sekiranya rutin-rutin tersebut dilakukan dalam urutan yang sama, pada detik yang sama di setiap malam.

Menukar rutin normal anda bakal menganggu kerja-kerja pemprosesan maklumat yang dilakukan oleh otak dan ini bakal menganggu anda untuk mendapatkan tidur yang sempurna. “Tanpa rutin tidur yang konsisten , otak anda tidak akan pergi ke mod tidur yang normal,” kata Michael Grandner.

Bergaduh

Fighting

Usah ke bilik tidur denga perasaan marah! Tekanan adalah punca utama insomnia. Jika perbualan bersama membawa tekanan, ia akan meningkatkan kortisol dan hormon tekanan lain yang mampu menggugat kemampuan anda untuk tidur. Tambahan pula, orang marah cenderung untuk memikirkan, atau bermain dengan fikiran dimana ianya boleh membuatkan anda sukar tidur.

Adalah tidak digalakkan tidur dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan. Selesaikanlah masalah bersama (suami isteri) sebelum anda masuk tidur.

Diharapkan perkara yang dinyatakan di atas dapat dielakkan agar kualiti tidur dan produktiviti anda dapat dipertingkat dan dikekalkan. Jadikan tidur sesuatu yang merehatkan dan sesuatu bukan menyeksakan.

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!