Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Malaysia Negara Orang Gemuk! 11 Tips Untuk Kurus.

Masalah berat badan merupakan masalah yang sangat pelik dan sering dipersoalkan oleh pesakit yang ketika ini mengalami kegemukan. Menjadi gemuk merupakan mimpi buruk bagi sebahagian orang terutama bagi mereka yang sangat mementingkan penampilan. Kalau saiz pinggang besar, nak bergaya pun susah. Lebih malang lagi, pinggang besar dikatakan lebih berisiko untuk mati!

tips kurus

Kegemukan seringkali menjadi faktor kurangnya kepercayaan pada diri sendiri sehingga mempengaruhi karier seseorang.

Namun, jangan risau dan jangan mati dulu. Saya ada penyelesaian untuk anda yang bersaiz pinggang besar dan gemuk. Ikuti langkah dibawah ini :-

  1. Saya harus boleh!!!” Untuk permulaan, tanamkan tiga perkataan tu dalam diri anda. Walau banyak godaan datang menghalang, asal anda selalu ingat bahawa anda mampu menurunkan berat badan, maka anda telah berada di landasan yang tepat. Jadikan orang-orang yang berjaya kurus sebagai motivator anda untuk menundukan godaan yang datang.
  2.  Sarapan itu WAJIB. Jangan pernah meninggalkan rumah di pagi hari tanpa menyentuh sesuatu untuk dimakan sebab makanan ini akan memberikan anda cukup tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Tidak perlu sarapan makanan yang berat-berat, cukup pisang, yogurt, sereal, roti atau seumpamanya, sebab makanan ringan yang mengandungi banyak serat dan protein akan membuatkan anda rasa kenyang sehingga waktu makan tengahari.
  3. Rajin kan diri anda untuk melihat kandungan khasiat pada label makanan. Yang perlu diperhatikan disini adalah kalori sebab zat inilah yang sangat peranannya dalam menambah berat badan anda bila diambil secara berlebihan. Sesuaikan keperluan energi/kalori anda dalam sehari dengan catatan yang tertera dalam label tersebut.
  4. Jangan melakukan diet. Untuk jangka pendek memang diet akan menurunkan berat badan anda, namun bila anda berhenti berdiet maka berat badan anda akan bertambah kembali. Makan makanan yang ‘bukan-bukan’ untuk diet atau mengurangi beberapa jenis makanan tidak akan membuat berat badan anda turun. Yang penting dilakukan adalah memilih makanan yang seimbang nilai khasiatnya sesuai dengan keperluan tubuh anda bagi memastikan kalori yang dimakan dimanfaatkan secara optimum.
  5. Makan secara teratur. Tubuh secara semulajadi akan menurunkan metabolisme bila sedang lapar, hal ini tentu tidak bagus untuk proses penurunan berat badan. Untuk menghindari hal tersebut maka buatlah pola makan harian yang rutin setiap hari. Pastikan jadual makan anda ditetapkan, iaitu sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
  6. Banyakan pengambilan serat. Serat sangat penting untuk menjaga tubuh agar tetap sihat. Serat yang kita makan sehari-hari berfungsi untuk membantu menurunkan kolesterol dan memperlancarkan saluran pencernaan. Serat juga boleh membuatkan kita rasa cepat kenyang secara semulajadi dan sekaligus mengelak daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah. Serat ini sesuai dengan amalan pemakanan yang kita perlukan untuk menurunkan berat badan.
  7. Jadikan makanan secara sihat pilihan utama. Pilihlah makanan yang sedikit mengandung lemak tepu. Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilih minyak sayur sebagai sumber lemak kerana minyak sayur mengandung peratusan lemak tak tepu yang tinggi. Makan makanan yang banyak mengandung Omega 3 seperti ikan.
  8. Buang kebiasaan buruk yang membuat berat badan anda bertambah dan gantikan dengan kebiasaan yang lebih sihat. Misalnya, mengganti gula yang gunakan dalam minuman harian dengan gula yang rendah kalori serta elakan makanan bergoreng dan berlemak. .
  9. Jadikan orang orang disekitar anda sebagai pembakar semangat. Mereka akan membantu anda memberikan dorongan bila suatu masa anda mengalami kesukaran dengan program penurunan berat badan yang sedang anda lakukan.
  10. Catat setiap perkembangan yang terjadi pada diri anda selama anda menjalani program penurunan berat badan. Ambil peluang untuk membandingkan pencapaian anda dengan pencapaian teman anda yang melakukan program yang sama. Sekurang-kurangnya anda ada pesaing dan sekaligus menjadi pencabar kepada diri anda untuk menjadi lebih kurus.
  11. Minum yang cukup. Pakat nutrisi menyarankan dengan meminum air yang cukup dapat membantu menghindarkan diri dari makan secara berlebih. Kadar air yang perlu diminum adalah diantara 6 hingga 8 gelas setiap hari.

Macamana? Mudah tak nak amalkan petua diatas? Bukan sahaja memperoleh tubuh yang menawan, malah anda akan tampil lebih yakin dari sebelumnya. Stress anda pon akan hilang. 🙂

Ingat, perkara utama yang perlu ada adalah keazaman, keinginan dan kesungguhan untuk kurus. Tak kan mungkin impian untuk kurus menjadi kenyataan jika usaha yang kita lakukan sambil lewa..

Usah jadikan saiz badan anda satu penghalang untuk anda berjaya..

Anda pasti boleh…!

Leave a Reply

error: Content is protected !!