Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

10 Tips Yang Boleh Buatkan Anda Gembira Sepanjang Hari

Dah hampir sebulan kita berada di tahun 2015. Bagaimana perasaan dan mood anda pada tahun 2015 ni? OK ker KO? 🙂

Inigin menkmati hari yang lebih indah dan mengujakan setiap hari? Jom kita lakukan tips di bawah ini..

Bersyukur

Bersyukurlah… sebab kita masih mampu bangun, masih mampu bernafas, masih diberikan kudrat dan kesihatan oleh Allah S.W.T.

Mulakan hari kita dengan solat fardhu subuh dan bacalah doa dengan memohon kepada Allah S.W.T agar setiap langkah perjalanan kita pada hari tersebut dipermudahkan..

Ucaplah.. Alhamdulillah…

Ya, Allah, jadikanlah permulaan hariku pada hari ini dengan segala kebaikan dan akhiri lah dengan kejayaan dan keberkatan.

 

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata.” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani)

Insya-Allah kita akan sentiasa dibimbing dan dilindungi oleh Allah daripada melakukan perkara yang sia-sia.

Senyum

Senyum… Tak perlu kata apa-apa…

Pergi ke cermin, keraskan muka sekeras-kerasnya… kemudian lembutkan semula dengan perlahan-lahan dan cuba untuk senyum. Senyumlah pada diri anda dan katalah perkataan yang positif kepada diri anda.

Sedekah

Hrm… pagi-pagi buta ni, nak sedekah macamana? haha.. senang je.

Ambil telefon bimbit, taip mesej ‘PALESTIN 1/3/5/10’ dan hantar ke 39111.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata: ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Solat Dhuha

Ambil masa 2 – 7 minit untuk menunaikan solat Dhuha. Sebaiknya tunaikan 4 rakaat, seperti saranan dalam petikan hadis ini,

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman,

“Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no. 1097)

Setelah selesai, banyakkan zikir ‘ya Razzaq’ sebagai booster menjemput rezeki pada setiap hari. Boleh buat di luar waktu solat.

Beristigfarlah, InsyaAllah setiap hajatmu akan termakbul

Ringankan Mulut Untuk Ucap Terima Kasih

Ucaplah terima kasih kepada sesiapa sahaja yang secara langsung atau tidak langsung membantu memudahkan urusan kita. Walaupon makcik yang tolong bersihkan pejabat kita. Ucaplah terima kasih dengan ikhlas beserta senyuman yang manis..

Jangan Kedekut Untuk Menghargai Orang Lain

Jika kita seorang yang bekerja di pejabat berikanlah pujian kepada orang lain dengan ikhlas, bukan dengan niat nak bodek atau pinjam duit tau.

Pujila macam ni..

“Wa, cantik baju awak arini.”

“Terima kasih sebab awak dah tolong saya siapkan laporan ni.”

“Kalau begini terliti kerja awak, saya yakin awak akan dinaikan pangkat.”

Antara saranan dalam Teknik Nabi Muhammad SAW untuk memuji adalah kita memuji usaha, atau cara kerja. Itu akan memotivasikannya untuk melakukan dengan lebih baik pada masa akan datang.

Tuliskan Kejayaan Anda Setiap Hari

Setiap hari pasti ada kejayaan yang anda peroleh kan? Nah.. tuliskan kesemua kejayaan yang anda kecapi setiap hari dalam sebuah buku. Ini salah satu cara agar anda boleh membandingkan kejayaan yang anda kecapi setiap hari.

Tak perlu nak tunggu kejayaan besar, kalau komputer anda tiba-tiba rosak, dan anda berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Itu pon dah dikira kejayaan kan..?

Jika semalam anda solat subuh lewat, tetapi hari ini anda solat subuh ‘on time’. Itupon satu kejayaan juga.. mungkin esok anda boleh cuba untuk solat berjemaah di masjid pula..

Mungkin pengalaman tersebut akan berguna kepada anda (atau orang lain) suatu hari nanti.

Pastikan hari ini lebih maik daripada semalam, dan jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini

Jack canfield - record success

Hargai Diri Sendiri

Hadiahkan diri anda dengan satu pemberian yang sangat ikhlas.. Tak perlu mahal-mahal. Yang penting ‘valuable’.

Contoh, anda sedang potong rumput. Di tengah panas terik matahari. Target anda, anda harus seslesaikan kerja. Kalau kerja siap, hadiahkan diri anda dengan 1 jug jus buah-buahan segar. Ye.. hanya sekadar jus, tapi ‘feeling’ dia lain macam tau. Cuba lah..

Solatlah di Awal Waktu

Lumrah manusia, sebab dunia kita sering lupa akhirat. Luangkan masa untuk melakukan solat seawal waktu, jika boleh terus ke masjid atau surau berhampiran untuk berjemaah..

surah taha ayat 132

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” – Surah Taha ayat 132 –  surah.my

Hati kita ni, walaupon dalam badan kita, tapi sebenarnya hati ni milik Allah. Jadi jangan lupa untuk terus mengharapkan kebahagian daripada yang maha Pencipta.

To Do List

Atur jadual anda, senaraikan apa yang perlu anda lakukan untuk hari esok. Laksanakan sebaik mungkin apa yang telah anda rancangkan.

To Do List

Senaraikan mengikut keutamaan, ini penting bagimemastikan anda tidak leka daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjelaskan fokus terhadap perancangan anda.

Percaya lah.. jika anda berjaya laksanakan kesemua perancangan anda dengan baik, InsyaAllah, hati anda akan tenang untuk menghadapi hari esok yang (mungkin) lebih mencabar.

Harus diingat. Setinggi mana pun pangkat kita, sebanyak mana pun duit kita dan sehebat mana pun kebolehan kita, takkan mungkin kebahagiaan itu menerpa tanpa dengan IzinNya..

Yang Penting Allah Redha..

Kau manusia; kau tak boleh ada semua – Wani Ardy

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!