Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

16 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi Dan Moden

Stress dengan jerawat? Ini dia 16 Cara Menghilangkan Jerawat yang anda mesti cuba!

Jerawat bukan sahaja membuatkan kita tak selesa malah menyakitkan. Namun, jangan risau kerana ada cara menghilangkan jerawat sama ada secara semulajadi atau moden. Jerawat adalah masalah kulit yang dialami oleh hampir 85% individu dalam dunia.

Keadaan ini terjadi apabila kulit mengalami perubahan tertentu. Ia terbahagi kepada:

  • jerawat ringan (bintik putih dan/atau hitam)
  • jerawat sederhana (jerawat dengan bintik putih dan/atau hitam)
  • jerawat teruk (bengkak yang dalam dan menyakitkan di bawah kulit tidak kira bernanah atau tidak)

Banyak petua dan tips semulajadi yang selalu dikongsikan untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, seiring dengan kemajuan perubatan ada juga cara moden yang boleh dicuba.

Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi

1.  Serbuk kunyit

Serbuk kunyit dijadikan pes dengan mencampurkan sedikit air dan satu sudu serbuk kunyit. Kemudian, sapu pada jerawat untuk beberapa minit.

2.  Jus lemon

Perah lemon untuk mendapatkan jusnya. Ambil bebola kapas, celup pada jus lemon dan letakkan pada jerawat selama 20 minit sebelum dibilas.

3.  Ais

Ambil ais kiub atau ais bersaiz kecil. Letakkan pada jerawat untuk mengecutkannya.

 

4.  Daun pudina

Daun pudina dikisar dengan sedikit air untuk mendapatkan jus. Setelah ditapis, sapu jus daun pudina di wajah dan biarkan semalaman sebelum dicuci.

5.  Madu

Gunakan bebola kapas yang dicelu madu dan tekapkan pada kawasan jerawat. Madu merupakan sumber antioksidan dan mampu menghapuskan bakteria serta mengurangkan radang.

6.  Aloevera

Gunakan sudu untuk keluarkan gel dari aloevera dan sapu pada jerawat. Gel pada aloevera mengandungi asid salisilik dan sulfur iaitu antara bahan yang mampu melawan bakteria penyebab jerawat.

7.  Teh hijau

Rendam teh hijau dalam air panas selama 3-4 minit. Kemudian sapu pada jerawat selama 10 minit sebelum dibilas. Antara bahan terkandung dalam teh hijau ialah flavonoid, tannin dan antioksidan yang mampu melawan bakteria dan keradangan.

8.  Minyak tea tree (Tea tree oil)

Campurkan 1 bahagian minyak tea tree dengan 9 bahagian air (nisbah 1:9). Sapu pada jerawat menggunakan kapas 1 atau 2 kali sehari. Tea tree (juga dikenali Gelam wangi) terkenal dalam mengurangkan jerawat dan keradangan kulit serta melawan bakteria. Namun berhati-hati menggunakannya kerana kemungkinan kesan sampingan seperti alergi, iritasi atau kulit kering.

Menghilangkan Jerawat Secara Moden

Menggunakan ubat-ubatan berbentuk ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair) atau ubat makan (pil, kapsul).

1.  Emollients

Berfungsi mencairkan daki/sisa terutama di zon T yang berminyak. Selain itu ia meyingkirkan sel mati yang menyumbat liang roma serta mengekalkan kelembapan kulit. Contohnya adalah Balneum.

2.  Benzoil Peroksida, Asid Benzoik, Asid Salisilik

Bertindak membunuh bakteria seterusnya menghalang pembiakan bakteria. Contoh adalah Panoxyl (Benzoil Peroksida), Clearasil (Asid Benzoik) dan Palmer’s skin success acne medication (Asid Salisilik).

3.  Hormonal (termasuk pil perancang keluarga)

Menghalang penghasilan minyak dan mengawal pengeluaran sebum dalam kelenjar minyak. Contoh adalah Diane 35.

4.  Antibiotik

Bertindak dalam membunuh kuman, menghalang pembiakan bakteria dan mengurangkan bengkak serta kemerahan. Contoh antibiotik adalah seperti C-mysin, Dalacin-T, Topicil (Clindamycin).

5.  Retinoids

Menghalang liang roma dari tersumbat dan memberi kesan anti-radang. Contohnya adalah Isotrex, Oratane (Isotretinoin).

6.  Steroid

Steroid berfungsi dalam mengurangkan keradangan.

7.  Zat besi tambahan ( Zinc supplement)

Mengambil zat besi tambahan secara oral membantu mengurangkan jerawat. Mineral zat besi memainkan peranan untuk penyembuhan luka dan mengurangkan radang.

8.  Minyak ikan (Fish oil supplement)

Mengandungi 2 jenis asid lemak omega-3 iaitu eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA). EPA mengawal penghasilan minyak dan kelembapan kulit. Paras EPA dan DHA yang tinggi mengurangkan keradangan dan risiko mendapat jerawat.

Ternyata ada pelbagai cara yang boleh dicuba untuk menghilangkan jerawat. Namun, kita mesti tahu cara yang mana sesuai dengan kulit agar tidak memudaratkan. Selain itu, kita harus merujuk kepada doktor atau pakar kulit (dermatologist) untuk nasihat perubatan. Ini kerana terdapat masalah jerawat serius yang memerlukan rawatan tertentu seperti pembedahan atau rawatan laser.

Sumber:

  • PORTAL MyHEALTH
  • The Asian Parent Malaysia
  • SirapLimau
  • Healthline
  • Wikipedia

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!