Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

18 Rahsia Kehebatan Khasiat Manjakani dan Kesan Sampingannya

Acap kali kita digembar-gemburkan dengan khasiat manjakani yang kononnya mampu mengecut dan mengetatkan organ intim kaum wanita. Namun sedarkah kita bahawa khasiat manjakani bukan terbatas kepada tahap itu sahaja.

Manjakani atau dikenali juga dengan nama majuphal (dalam perubatan tradisi India), Mazu, Turkish gall di timur tengah dan pelbagai nama lain lagi biasanya diperoleh dari pokok Aleppo oak (Quercus infectoria).

Dikatakan bahawa manjakani bukanlah sejenis buah. Ia sebenarnya terhasil apabila sejenis serangga penyengat ‘gall wasp’ menyuntik larvanya ke batang lembut tumbuhan Quercus infectoria. Tindak balas dari tumbuhan menghasilkan bengkakan seperti tumor yang berisi nutrisi  dan juga memberikan perlindungan untuk pertumbuhan larva. Apabila bahagian bengkakan (gall) ini kering dan mengeras, ia dipanggil manjakani!

Manjakani kaya dengan asid gallic dan terbitannya (contohnya gallotannic acid). Tiada kajian terperinci yang benar-benar sahih secara saintifik menunjukkan manjakani mampu menguruskan badan dan membantu pengecutan rahim.

Namun, kandungan asid gallic dalam manjakani mungkin sedikit memberi kesan kerana asid gallic dikenali sebagai perencat enzim carbonic anhydrase yang lemah. Perencatan enzim ini menyebabkan aktiviti diuresis berlaku dan mengurangi penyerapan kembali air ke dalam tubuh di buah pinggang. Akibat dari pembuangan air inilah yang memungkinkan ibu-ibu kehilangan air dan secara tidak langsung mengalami penyusutan berat badan.

18 KHASIAT DAN KEHEBATAN MANJAKANI

Banyak khasiatnya yang kita boleh perolehi daripada biji manjakani ini. Antara khasiat hebatnya ialah;

Meremajakan Wajah

Manjakani bersifat antioksidan yang baik untuk mencantikkan kulit wajah di samping melambatkan proses penuaan. Ia juga merawat kulit kering dan berminyak.

Merawat Jerawat

Bijian ini bukan sahaja baik untuk melambatkan proses penuaan, bahkan serbuknya juga boleh digunakan sebagai masker untuk merawat penyakit kulit dan juga jerawat.

Memelihara Alat Sulit Wanita 

Majakani dapat membersihkan bakteria di kawasan organ intim wanita. Khasiatnya sangat bagus untuk mengatasi keputihan. Manjakani mengandungi tannin yang bagus untuk mengetatkan otot vagina, vitamin A dan C, kalsium, protein, serta mengandungi elemen astringent untuk membasmi bakteria penyebab keputihan. Khasiat lain yang didambakan oleh kaum wanita adalah untuk menambah ‘kerapatan’ dan menjadikan lubang vagina lebih anjal terutamanya bagi wanita selepas bersalin.

Sebagai Perancang Kehamilan

Majakani sudah tidak asing lagi di kalangan wanita yang sudah berumahtangga. Meskipun buah majakani sendiri mempunyai khasiat untuk menyembuhkan luka, namun jika ia diolah semula fungsinya dapat mencegah kehamilan.

Ejen Anti-Bakteria

Buah majakani berkhasiat untuk membersihkan bakteria di kawasan organ intim kewanitaan. Selain itu ia sangat bagus untuk mengatasi cairan berlebihan di kawasan vagina dan membasmi bakteria yang menjadi penyebab keputihan.

Meningkatkan Kenikmatan Seksual

Buah manjakani berfungsi sebagai ubat herba yang dapat membantu kekentalan organ intim wanita. Khasiat buah manjakani bukan saja dapat dirasakan oleh kaum hawa, tetapi secara tidak langsung ia juga membantu kepuasan sang suami ketika melakukan hubungan seks.

Mencegah Kanser Payudara Dan Kanser Rahim

Antioksidan dalam buah manjakani boleh mencegah kanser buah dada, kanser rahim dan fibroid (cyst).

Mencegah Bau Yang Tidak Diingini

Cuci vagina dengan air rebusan manjakani dan sirih untuk membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak enak pada organ intim.

Mengurangkan Lendiran Pada Miss V

Kandungan Astringen yang terdapat dalam manjakani dikatakan mampu membersihkan lebihan darah haid dan nifas pada organ intim wanita yang menyebabkan bau yang kurang enak.

Menguatkan Gigi dan Tulang

Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang. Di India, manjakani dipanggil Majuphal, di mana ia telah digunakan sebagai serbuk gigi dan sebagai rawatan untuk sakit gigi dan gingivitis.

Bersifat Antiseptik

Manjakani mempunyai sifat antiseptik dan ia mampu merawat ulser mulut. Gunakan sebagai ubat kumur untuk merawat mulut berbau. Ia juga boleh digunakan sebagai cecair antiseptik sekiranya berlaku luka pada kulit. Ia membunuh bakteria dan menyembuhkannya dengan lebih cepat.

Melawaskan Pembuangan dan Rawatan Buasir

Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan, ia dapat membantu melancarkan pembuangan air besar. Vitamin dan zat serta karbohidrat dan protein yang terkandung mampu meningkatkan kesihatan anda. Selain itu, ia juga dikatakan dapat membantu dalam merawat buasir.

Mengekalkan Penglihatan Mata

Astringen terbukti dapat meningkatkan daya penglihatan yang jelas.

Mengencangkan Payudara

Ia telah digunakan sebagai herba pengetatan payudara sejak umur. Minum air rebusan manajakani boleh membantu mengencangkan payudara yangkendur.

Mengecilkan Liang Pori

Ia boleh mengurangkan liang besar pada muka. Sapukan paste manjakani pada kulit dan basuhnya selepas 5 minit.

Mencegah Asma dan Diabetes

Amalkan secawan teh manjakani setiap hari. Dikatakan minuman ini membantu dalam mencegah Asma dan Diabetes.

Rawatan Ulser Mulut

Manjakani telah digunakan untuk merawat ulser mulut kerana sifat astringennya. Ia menyembuhkan ulser mulut dengan serta-merta. Caranya dengan merendamkan manjakani itu di dalam air selama beberapa saat kemudian gosokkan pada permukaan keras atau batu dengan sedikit air. Ia akan membentuk pes dan sapukannya pada tempat yang sakit untuk melegakan segera.

Meningkatkan Daya Ketahanan

Di India, ekstrak manjakani telah digunakan dalam bidang perawatan sejak dari bayi lagi. Caranya, jadikan manjakani itu sebagai pes kemudian tampalkan bersama dengan herba lain seperti Haritaki, buah pala dan Isamu. Dalam bahasa Tamil, orang menyebutnya sebagai Urai Marundhu. Ia membantu meningkatkan daya ketahanan kanak-kanak dan menjadikan mereka lebih sihat.

Di beberapa tempat, manjakani itu akan direbus, dikeringkan dan kemudiannya dihancurkan sehingga menjadi tepung. Ia digunakan sebagai bahan tambahan ke dalam tepung untuk membuat roti dan juga sup. Kadang kala ia dipanggang dan diasah menjadi serbuk untuk dijadikan sebagai minuman bagi menggantikan kopi.

LANGKAH BERJAGA-JAGA BAGI PENGGUNAAN MANJAKANI

Walaupun biji manjakani ini bagus digunakan dalam dunia perubatan dan kecantikan, namun ia tetap mempunyai kesan sampngannya jika pengambilannya melebihi kadar yang sepatutnya.

  1. Anda harus mula menggunakannya pada dos yang kecil maka anda boleh meningkatkannya dengan sewajarnya. Penggunaan dalam dos tinggi dan berpanjangan akan memberi kesan kepada penyakit Anemia.
  2. Sebolehnya jangan menggunakannya semasa hamil kerana berkemungkinan besar boleh menyebabkan keguguran. Elakkan juga sekiranya anda menyusukan bayi.
  3. Jika terdapat sebarang kesan sampingan, berhenti dan jangan terus menggunakannya terutamanya jika anda mempunyai masalah seperti kulit kering, kekeringan faraj, jangkitan atau keradangan.

 

Rujukan : mavcure || sehinggit || aurabeutynet || rootofscience

Gambar : Google

 

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!