Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

6 Step Penting Untuk Mereka Yang Tak tahu Memasak!

Kebanyakan perempuan pada zaman sekarang ini tidak tahu memasak? Benarkah? Terpulang pada empunya badan untuk menjawab. Biasalah, kalau dah tak tahu memasak tu banyak pulak alasan yang diberinya…

  • Keluarga tidak pernah memaksa untuk memasak
  • Ada orang gaji, jadi tidak perlu ke dapur
  • Lebih pentingkan pelajaran daripada memasak
  • Tiada masa untuk belajar memasak
  • Memasak adalah perkerjaan yang remeh temeh

Tak kisah lah apa pun pelbagai alasan diberikan, sebagai perempuan. Anda haruslah mengetahui serba sedikit mengenai asas memasak. Ini sebagai persediaan ke arah perkahwinan dan juga sebagai kemahiran asas pada diri. Ramai gadis yang mengaku tidak tahu memasak dan tidak mahu melakukan sesuatu mengenainya kerana takut masakan tidak menjadi dan menganggap bahawa memasak adalah perkara yang sukar. Namun, adalah amat penting bagi seseorang untuk mengubah cara mereka berfikir kerana dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Mari kita lihat apakah tips permulaan bagi gadis yang tidak tahu memasak.

Kenali bahan masakan

Ini cukup penting. Untuk memasak, anda haruslah tahu mengenai bahan-bahan yang digunakan untuk memasak Ini termasuklah bahan-bahan asas yang digunakan dalam masakan dan juga bahan mentah. Kenapa ianya penting? Penulis sendiri pernah mempunyai pengalaman mempunyai rakan yang tidak pandai membezakan garam dengan gula. Jadi, para gadis di luar sana bolehlah mula menjenguk-jenguk dapur dan merajinkan diri mengikut ibu atau rakan membeli barang dapur.

Berguru

Berguru adalah satu cara yang paling efektik untuk belajar memasak. Maksud berguru bukanlah semata-mata dengan belajar di kelas tetapi anda juga boleh berguru dengan mereka yang pandai memasak. Pergilah ke dapur dan lihat bagaimana ibu anda memasak dan bantulah mereka. Sedikit sebanyak anda akan memperoleh ilmu. Selain itu, anda juga haruslah ringankan mulut bertanya sekiranya anda tidak tahu dan jangan diamkan diri. Hrmm… malu bertanya sesat jalan kan…

Rancangan masakan dan media sosial

Pasti ada yang tertanya, apakah kaitan rancangan masakan dan media sosial? Zaman moden ini menyaksikan informasi berada di hujung jari anda. Maka, anda haruslah menggunakannya dengan bijak. Tontonilah rancangan masakan kegemaran anda dan jangan lupa tuliskan resepi-resepi kegemaran anda dan juga tips-tips yang diberikan oleh chef. Ini memberikan anda pengetahuan dalam memasak.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan laman-laman media sosial untuk mendapatkan resepi kegemaran anda. Di samping itu, anda juga boleh berkongsi resepi dan mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan.

Masak masakan yang mudah

Setelah anda belajar mengenai cara memasak, jangan terus memasak masakan yang anda tidak tahu. Mulakan dengan perlahan dan pilih masakan yang simple dan mudah. Jangan terlalu gopoh untuk memasak masakan yang susah. Pastikan anda mulakan dengan yang paling senang untuk membina keyakinan.

Jangan takut untuk melakukan kesilapan

Untuk permulaan memasak, pastinya akan berlaku kesilapan. Sebagai contoh, anda mendapat satu resepi dan cuba memasaknya tapi percubaan anda gagal. Jangan hampa. Cuba lagi dan dapatkan nasihat dari mereka yang arif tentang masakan tersebut. Kuncinya disini ialah anda haruslah tidak berputus asa kerana tiada manusia yang tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Yang penting anda sudah berusaha.

Just go for it (Buat sahaja)

Tidak tahu? Boleh belajar. Tidak mahu? Tukar sikap. Apa yang penting disini adalah niat anda untuk belajar dan untuk cuba memasak. Alasan-alasan yang diberikan hanya akan menghalang anda daripada meneruskan niat anda. Sebelum anda memberikan alasan yang tidak munasabah, teliti diri anda dahulu dan tanya pada diri, ‘Adakah aku telah mencuba atau hanya memberikan alasan remeh?

Kemahiran memasak adalah satu kemahiran yang cukup bernilai dan berharga. Malah, memasak juga dapat membantu meningkatkan keyakinan dan rasa positif dalam diri. Namun, memasak haruslah dipraktiskan selalu dan bukan bergantung semata-mata pada teori. Praktikal juga perlu ya buat para gadis di luar sana. Jadi, jangan berasa takut untuk memasak dan belajarlah perlahan-lahan. Teruskan sahaja niat anda untuk mula memasak dan InyaAllah percubaan anda pastinya akan berhasil di kemudian hari.

p/s- Admin pun guna step ni untuk belajar memasak..

Leave a Reply

error: Content is protected !!