Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

7 Khasiat Halia Yang Mesti Anda Cuba

Halia merupakan sejenis tanaman berbentuk jemari dan sangat terkenal sebagai penyedap makanan. Selain itu, ia turut dikenali sebagai tumbuhan herba oleh masyarakat Nusantara kerana ia memiliki banyak keisitmewaan dan khasiat semulajadi seperti  karbohidrat, kalsium, air, serat, tenaga, niasin, asid amino, gingerols, fosforus, pati minyak, lemak, asid organik, Vitamin A, B dan C serta oleorosin.

Selain sebagai penyedap makanan, halia turut berfungsi sebagai agen untuk memperbaiki sistem kesihatan manusia. Khasiat-khasiat yang ada pada halia berfungsi sebagai :

Khasiat Halia Untuk Mengubati Sakit Gigi

Tahukah anda bahawa halia bersifat anti bakteria ? Minum air halia yang telah dimasak atau hiris halia kepada hirisan-hirisan nipis dan tambahkan dengan air panas. Sakit gigi akan segera berlalu kerana ia menyahkan kuman-kuman atau bakteria didalam mulut.

Khasiat Halia Untuk Mencegah Perut Buncit

Tiada siapa suka perut buncit kecuali Doraemon. Perut buncit cukup membuat seseorang kelihatan tak menarik dan kurang bermaya kerana pergerakan agak terbatas dan kurang aktif. Walau bagaimanapun, perut buncit dapat diatasi dengan meminum air halia kerana halia

bermanfaat untuk melancarkan metabolisme dan pencernaan. Peningkatan metabolisme berdampak mempercepatkan pembakaran kalori dan mengembalikan perut ‘rata’ idaman semua.

jus haliaKhasiat Halia Untuk Menurunkan Tekanan Darah

Tahukah anda bahawa halia sangat besar manfaatnya pada organ dalaman manusia ? Ia kecil namun impaknya besar pada kesihatan manusia. Halia mengandungi kandungan magnesium, zink dan kromium dan ia bertindak untuk merangsang pelepasan hormon adrenalin dan juga mampu memperlebarkan pembuluh darah . Hasilnya, pengaliran darah akan semakin lancar, cepat dan membantu meringkankan kerja jantung mengepam darah.

Khasiat Halia Untuk Merawat Masalah Migrain

Migrain merupakan denyutan sakit kepala yang melampau dan sering dialami oleh masyarakat moden pada masa ini. Halia merupakan ubat mujarab bagi penyakit Migrain. Halia dapat menghentikan prostaglandin, iaitu salah satu faktor penyebab sakit kepala. Apabila prostaglandin dihentikan, kepala akan bebas dari rasa sakit  atau pun migrain.

Khasiat Halia Untuk Menghilangkan Rasa Mual

Pernahkah anda mempunyai pengalaman mual dalam perjalanan yang jauh ? Apa yang anda lakukan ?  Mungkin ada diantara kita yang menggunakan makanan masam seperti asam boi untuk menahan dari muntah dan loya. Nak kemana-mana mesti bawa plastik kosong, manalah tahu tiba-tiba termuntah. Ishh, tak senang betul …Namun, jangan risau !

Halia turut diketahui peranannya untuk membantu masalah mual-mual atau loya ketika menempuh perjalanan yang panjang. Ia telah diekstrak dan diberi wajah baru dan antaranya ia dijadikan sebagai chewing gum – ginger plus. Ianya membantu melegakan otot perut dan berupaya sebagai penenang yang efektif. Hanya kunyah sepanjang perjalanan atau sekarang ia boleh didapati dalam ucang teh juga.

Khasiat Halia Untuk Mengatasi Masalah Radang

Halia kaya dengan pelbagai khasiat dan turut mengandungi gingerol didalamnya. Gingerol berfungsi sebagai anti-inflamasi dan juga mengeluarkan aroma pedas yang harum. Jika anda seorang yang peka, sila perhatikan atau periksa kandungan ubat anti radang dan pasti akan melihat gingerol ada dalam kandungan ubat tersebut. Kini anda tahu khasiat gingerol yang terdapat didalam halia mampu membantu anda mengatasi masalah sakit radang atau kejang otot.

Khasiat Halia Sebagai Menjadi Alat Terapi Mengatasi Tekanan

Mengikut Chinese Medicine, teh halia merupakan minuman yang baik untuk kesihatan dan menenangkan fikiran. Aromanya sangat menenangkan dan ia mampu menjadi terapi bagi masalah fikiran yang sedang dialami. Tidak hairanlah halia turut dijadikan aroma terapi dikebanyakan spa dan menjadi minyak urut yang mujarab.

Kenyataannya, dunia moden hari ini tahu bahawa halia tidak sekadar penting untuk masakan dan penyedap makanan tetapi, turut bermanfaat kepada bidang kesihatan. Justeru, halia kini tidak sekadar ditanam oleh orang kampung semata tetapi, telah meluas sebagai penanaman komersial dan diproses menjadi pelbagai kegunaan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!