Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

9 TIPS KETIKA MEMBELI BUAH-BUAHAN AGAR ANDA TIDAK KECEWA

Bukan sahaja pengalaman penulis sendiri, tetapi tentu ramai dalam kalangan kita yang pernah ‘terkena’, bukan. Bak kata orang, ‘indah khabar dari rupa’. Memang kecewa kalau buah-buahan yang dibeli isinya lebam, tidak rangup, tidak manis, masam dan pelbagai rasa yang menghampakan walaupun larannya nampak cantik berkilat.

Sedar atau tidak, sebenarnya kebanyakan daripada kita hanya memandang luaran buah yang cantik molek sahaja tanpa sedar rupa-rupanya ada tips atau kaedah tertentu untuk menentukan sama ada buah yang dibeli benar-benar berkualiti dan memuaskan hati.

Agar anda tidak rasa tertipu dengan pembeli, jom semak beberapa tips tersebut. Semoga ianya bermanfaat.

Beli Ketika Musim

Pastikan anda membeli buah-buahan mengikut musim kerana ketika musim, buah-buahan tersebut berada dalam keadaan yang segar, ranum dan cukup elok.

Pilih Warna Yang Masak

Misalnya buah strawberi. Elakkan dari mengambil strawberi yang berona hijau kerana yang pasti ia memang agak masam dan tidak cukup matang. Pilihlah buah yang mempunyai warna yang betul-betul terang pada keseluruhan buah itu kerana ia menandakan buah tersebut telah cukup masak.

Pegang Dan Rasa

Buah-buahan yang padat seperti epal dan pear sepatutnya hadir cukup padat dan rangup, tetapi tidak pada pic, plum, dan buah-buahan lembut yang lain kerana ia sememangnya agak sedikit lembut. Lakukannya dengan cara yang hemah dan teliti kerana takut boleh merosakkan keadaan buah.

Periksa Tangkai (Jika Masih Ada)

Tangkai buah-buahan akan secara semulajadinya membengkok setelah buah dipetik. Tangkai yang berona hijau dengan buah yang sudah cukup matang adalah yang terbaik untuk dipilih, manakala tangkai yang berona hijau tetapi dengan buah yang agak keras menunjukkan keadaan buah belum cukup masak namun ia boleh disimpan sehingga ia betul-betul masak. Elakkan dari memilih buah-buahan yang bertangkai kering kerana kemungkinan ia sudah dipetik agak lama dari pohonnya dan teksturnya juga jelas berubah tanda buah tersebut telah kehilangan kesegarannya.

Hati-Hati Dengan Buah-Buahan Yang Berlubang

Jika anda menjumpai buah-buahan yang sudah berlubang walaupun sedikit, elakkan dari membelinya kerana rasa dan tekstur dalamannya pasti turut terkesan akibat lubang yang mungkin dimakan ulat buah.

Tanda Coklat Kehitaman Atau Lebam Buah

Buah-buahan yang sudah bertukar rona dengan tompokan coklat kehitaman atau lebam sememangnya sudah agak lama dipetik dan lebih lama terbiar. Ini akan menjejaskan rasa semula jadinya.

Elak Ambil Buah Yang Disimpan Di Dalam Kotak/ Bekas Bertutup

Sebaik-baiknya elakkan dari memilih buah-buahan yang telah sedia dibungkus sama ada di dalam kotak, plastik, mahupun beg guni kerana keadaan pembungkusan yang kedap udara akan mengakibatkan keseluruhan buah berwap. Mitos yang mengatakan sebiji epal rosak mampu merosakkan yang lain adalah benar.

Guna Deria Ketika Memilih Buah

Hidu, sentuh dan teliti akan keadaan buah-buahan tersebut sebelum memilihnya. Ini penting demi menjamin yang anda memilih buah-buahan sama ada sudah masak dan segar atau masam, belum cukup matang atau sudah kehilangan kesegarannya.

Hidu

Gunakan deria hidu untuk mengenal pasti buah yang benar-benar masak. Tips ini penting kerana terdapat sesetengah buah yang masak memang mengeluarkan bau yang agak kuat seperti buah durian dan tembikai susu. Namun, untuk mengenal buah itu telah rosak di bahagian dalam, hadirnya bau masam dari buah tersebut.

 

Rujukan: EH! || albaraqah || anizyn

Gambar : Sumber Google

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!