Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Anda Pasti Rambut Anda Sihat? Jom Semak..

Sama ada bertudung atau tidak, rambut tetap perlu di jaga rapi. Tak dinafikan, majoriti lelaki pun ambil berat soal rambut. Kalau tak di jaga dengan baik, anda mungkin botak sebelum tua kerana keguguran rambut yang keterlaluan. Hahaha, mana tidaknya, anda sendiri yang tak mahu jaga rambut, rambut pun berat hati nak stay kat kepala. Bagi anda yang suka gayakan rambut dengan pemanas seperti straightener, curler dan sebagainya, anda perlu lebihkan perhatian terhadap penjagaan rambut berbanding wanita lain. Kalau boleh kurangkan guna pemanas kerana ia boleh merosakkan rambut.

Kenalpasti Kesihatan Rambut

Cubalah gunakan jari jemari anda dan sisirkan dari kulit kepala ke hujung rambut. Adakah jari anda tersekat berkali-kali sebelum sampai ke hujung?  Itu terjadi kerana penggunaan bahan kimia and proses penggayaan yang keterlaluan. Bahan berkimia yang anda letak pada rambut seperti gel, mousse, dye dan bermacam-macam lagi produk rambut yang mengandungi bahan kimia sebenarnya sangat bahaya untuk kesihatan rambut. Penggunaan bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan rambut kering dan kasar. Jika anda nak tahu keadaan rambut anda, cuba kenalpasti tahap kesihatan rambut melalui ujian kesihatan rambut ini;

Ujian Kesihatan Rambut

  • Periksa tekstur rambut – Ambil 1 helai rambut, lurutkan jari anda dari hujung sampai ke akar. Jika terasa kasar, itu bermakna kutikel terbuka. Rambut yang sihat sepatutnya terasa licin semasa jari diseret sepanjang helaian tersebut.
  • Periksa rambut bercabang – Rambut yang sihat sepatutnya berhujung cantik dan bulat. Kalau rambut rosak, bahagian hujung akan bercabang dan kasar, lepas tu ada dots (simpulan) berdekatan dengan bahagian yang bercabang tu. Kalau disikat atau ditarik bahagian yang simpul tu, dengan mudah ia akan putus. Dalam erti kata lain ‘rapuh’.
  • Periksa liang rambut – Jangan pula anda tenung rambut tu lama-lama semata-mata nak cari liang. Anda cuma boleh nampak dengan  menggunakan microscope. Cara mudah yang  boleh anda gunakan ialah, basahkan rambut dan tengok keadaan rambut tu. Jika rambut anda bertindak seperti sponge, dimana ia basah dengan serta merta dan rambut terasa sedikit berat, itu menunjukkan rambut anda mempunyai banyak liang. Rambut yang banyak liang cenderung untuk serap air bagai sponge tapi pada masa yang sama boleh hilang kelembapan dengan sangat cepat. Rambut sihat tak banyak serap air dan nampak shiny bila basah.

Jadi bagaimana dengan rambut rambut anda? Sihat? Kalau sihat,pandai anda jaga rambut. Tapi jika tidak, anda perlu melakukan sesuatu. Jangan risau, anda boleh cuba cara ini untuk perbaiki rambut yang rosak;

  • Deep-condition rambut – Kalau kulit kepala anda berminyak tapi hujung rambut kering, anda perlukan intensive hair treatment. Pilih yang ada keratin. Urut kepala anda dengan treatment cream dari tengah sampai hujung. Urutan bagus untuk perjalanan darah. Ia membantu rambut untuk tumbuh lebih banyak dan sihat. Selepas mengurut, clip rambut anda, pakai shower cap, dan biarkan selama 20 minit sebelum bilas.
  • Pakai leave-in product – Rambut bercabang terjadi disebabkan hujung rambut terlalu kering. Cari produk yang boleh menyelesaikan masalah rambut bercabang ni. Produk tersebut mestilah berkebolehan merapatkan semula hujung rambut yang terdedah disebabkan pecah. Cara yang paling baik untuk apply produk ini adalah pada rambut yang lembab,iaitu sebelum kelembapan rambut hilang. Berikan tumpuan pada 2 inci terakhir di hujung rambut.
  • Potong je – Jika usaha anda untuk menyelamatkan rambut berakhir dengan kegagalan, anda boleh pertimbangkan untuk singkirkan bahagian yang rosak itu tadi. Inilah masa terbaik untuk anda cuba cute pixie crop. Rambut pendek itu comel tau. Kalau anda memilih untuk potong sendiri, jangan guna razor or gunting sembarangan. Pastikan anda gunakan gunting yang professional untuk potong rambut sahaja. Tapi rasanya, lebih selamat jika anda berkunjung ke saloon. Selamat mencuba!

Leave a Reply

error: Content is protected !!