Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Aduh Sakitnya Jerawat!! Jom Cegahnya Dengan Tips Ini

Aduh Sakitnya Jerawat!! Jom Cegahnya Dengan Tips Ini

Jerawat bukan sahaja menyakitkan malah menjejaskan penampilan. Jerawat adalah perubahan pada kulit atau keradangan apabila kelenjar minyak pada kulit dijangkiti bakteria dan membengkak.

Jerawat bukan sahaja benjolan merah yang muncul pada kulit tapi jerawat terbahagi kepada beberapa jenis. Ada juga yang mengandungi nanah yang menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk hilang.

  1. Whitehead – bintik putih yang biasa muncul pada kulit berminyak
  2. Blackhead – bintik hitam terbentuk kerana kotoran dalam liang pori ditolak ke permukaan kulit
  3. Papules – apabila tisu berhampiran pori yang tersumbat dijangkiti bakteria dan menyebabkan keradangan
  4. Cyst – jerawat yang mengandungi nanah

Tips Mencegah Jerawat

Bagaimana nak mencegah kemunculan jerawat? Jom cegahnya dengan tips dari Stylecraze ini.

  • Cuci muka 2 kali sehari dengan air sejuk yang membantu menutup pori muka
  • Jika masalah jerawat berlanjutan, guna krim berubat yang mengandungi benzoyl peroxide dan salicylic acid.
  • Gunakan masker muka sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membersihkan pori
  • Wap muka membantu membuka pori dan membantu menghilangkan jerawat dan bintik hitam dengan lebih berkesan.
  • Cuci span dan berus solekan yang selalu digunakan bagi membuang kotoran, minyak dan bakteria padanya.
  • Minum air 10-12 gelas setiap hari bagi menyingkirkan kotoran dari badan.
  • Elakkan dari memegang muka dengan kerap. Jika bercakap dengan telefon, jarakkan telefon dari muka. Ini bagi mengurangkan risiko bakteria dan kotoran dipindahkan dari tangan dan telefon ke muka dan menyebabkan jerawat terbentuk.
  • Amalkan diet makanan yang kaya dengan sumber vitamin A, vitamin E, niacin dan zat besi.
  • Minum segelas air suam yang ditambah satu sudu teh madu dan jus limau nipis bagi menyingkirkan toksin dalam badan.
  • Pengambilan garam beriodin berlebihan menyebabkan letusan pembentukan jerawat dan bintik hitam. Garam berlebihan juga membuatkan berat badan bertambah jadi kurangkan kuantiti garam dalam pemakanan.
  • Jangan sekali-kali picit jerawat atau bintik hitam. Ini meningkatkan pembentukan sebum, menyebabkan bakteria lebih mudah tersebar dan jerawat makin bertambah.

Sumber: Stylecraze

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!