Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Apa Sebab Jerawat Muncul Di Tempat Tertentu Dan Berulang?

Jerawat? Arrghh… stressnyaaa

Pernah terfikir tak, apa sebenarnya sebab jerawat muncul di tempat tertentu dan berulang-ulang? Hakikatnya, jerawat bukanlah suatu penyakit atau masalah besar. Namun ia boleh menyebabkan rasa tak selesa dan sakit. Ianya adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati.

Ada sebab kenapa jerawat muncul di muka atau anggota badan. Kedudukan jerawat juga berkemungkinan menunjukkan masalah kesihatan yang lain.

Tempat Yang Biasa Ditumbuhi Jerawat

1. Hidung atau dahi

Jerawat yang muncul di kawasan hidung atau dahi (juga disebut T-zone) menunjukkan anda dalam tekanan.

2. Kawasan anak rambut

Masalah di kawasan anak rambut selalunya berkaitan dengan produk penjagaan rambut.

3. Dagu atau leher

Munculnya jerawat di dagu atau leher menandakan kitaran haid yang bermasalah.

4. Sekitar bibir

Masalah berkaitan penghadaman menyebabkan jerawat muncul di bibir atau sekitarnya.

5. Pipi

Antara tempat paling mudah mengalami jerawat disebabkan sentuhan.

6. Bahagian depan atau belakang badan

Biasanya jerawat timbul di depan atau belakang badan kerana pakaian dalam yang digunakan. Contohnya, individu yang selalu memakai sport bra ketika bersukan lebih kerap mempunyai jerawat.

Sebab Jerawat Berulang Di Tempat Tertentu

Kosmetik yang salah atau berlebihan

  • Contohnya kosmetik komedogenik (pencetus bintik hitam) boleh menyebabkan liang pori tersumbat.
  • Alat solekan berlebihan (jerawat dicetuskan oleh haba, tekanan atau geseran pada kulit).

Produk penjagaan rambut

  • Kandungan produk rambut seperti semburan atau minyak rambut.
  • Contohnya minyak rambut yang berlebihan dan melekat di kawasan anak rambut menyebabkan minyak terkumpul. Ini membuatkan jerawat lebih cepat naik.

Menyentuh atau memicit jerawat di muka

  • Tabiat menyentuh muka boleh memindahkan bakteria atau kotoran yang menyebabkan jerawat.
  • Memicit jerawat sebenarnya membuatkan liang pori lebih terdedah kepada bakteria.

Faktor hormon

  • Hormon merangsang pengeluaran minyak berlebihan dan menyebabkan liang pori tersumbat.
  • Contohnya tekanan membuatkan hormon adrenalin meningkatkan pengeluaran minyak lalu menyebabkan kemunculan jerawat.

Ternyata, penyebab jerawat berkaitan dengan faktor dalaman atau luaran. Faktor dalaman adalah seperti tindakan hormon manakala faktor luaran seperti kandungan produk penjagaan diri. Jika jerawat berlarutan, sebaiknya rujuklah kepada doktor kerana kemungkinan terdapat masalah kesihatan yang lain.

Sumber: Aliff Channel, Portal MyHealth, KakiSini.com

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!