Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Benarkah Pesakit di Malaysia Malas Jaga Kesihatan?

diabetesDianggarkan lebih daripada 76 peratus kes pesakit diabetes di Malaysia tidak dapat dikawal kerana pesakit sendiri gagal mengikuti nasihat serta saranan kesihatan yang telah ditetapkan.

Kajian yang dilakukan oleh DiabCare Malaysia pada tahun 2013 mendapati bahawa hampir separuh daripada 1,668 pesakit yang menghidap penyakit kencing manis jenis kedua mengalami masalah yang serius di bahagian di mata yang boleh menyebabkan pengidapnya buta.

Pakar endokrinologi di  Hospital Universiti Sains Malaysia Datuk Prof Dr Mafauzy Mohamed berkata kes kerumitan mata meningkat ke 49 peratus pada tahun lepas dari hanya 35 peratus pada tahun 2008. Manakala kes komplikasi buah pinggang juga meningkat dari 36 peratus pada 2008 kepada 42 peratus.

Ini kerana lebih tiga per empat daripada pesakit ini gagal mengawal tahap glukosa darah mereka dan faktor utama terjadinya masalah ini adalah dengan mengamalkan gaya hidup serta cara pemakanan yang tidak sihat.

Jadi, sekiranya anda mempunyai ibu , bapa atau saudara-mara yang mengidap penyakit kencing manis ni, nasihatilah mereka supaya dapat menjaga pemakanan ye.

Leave a Reply

error: Content is protected !!