Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Berfesyen Dari Hati Seorang Muslimah

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pembaca. Semoga kita sentiasa bersemangat dalam menjalani hari-hari baru dan semoga kita sentiasa dalam pemeliharaan-Nya. Buat pertama kalinya menulis di sini, saya memilih tajuk yang dekat dengan diri seorang muslimah, iaitu diri saya juga sebagai peringatan kita bersama…

Maksud Fesyen dan Muslimah

Muslimah : Seorang muslimah, bermakna kita perlu menjadi seorang wanita Islam yang sebenar-benarnya, iaitu dengan mengamalkan segala perintah Allah, seperti mana yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Fesyen: Maksud fesyen, menurut Colin McDowell, iaitu seorang penulis mengenai fesyen, islsh sesuatu yang berkembang pantas mengikut peredaran zaman. Fesyen tersebut mengikut keadaan sosial, politik dan kebudayaan sesuatu tempat.

Berfesyen dari Hati Seorang Muslimah

Fesyen sangat rapat dalam hidup seseorang. Semakin kita bergerak mengikut peredaran masa, fesyen juga bergerak selari dan berkembang. Fesyen, bukan sahaja dari segi pemakaian, fesyen ini luas termasuklah cara pergaulan kita, budaya, komunikasi, dan sebagainya. Namun begitu, fesyen yang dapat perkembangannya secara kasar ialah fesyen dari segi pakaian, dan fesyen pakaian amat dekat dengan diri seorang muslimah. Sehinggakan, ada fesyen yang kita dengar sekarang digabungkan dan dijenamakan dengan pelbagai nama seperti fesyen islamik, hijabsta, Arabic, pokadot dan sebagainya.

Walaupun fesyen tersebut disuaikan dengan nama yang menarik, sebagai seorang muslimah dan Islam yang sebenarnya, panduan yang digariskan dalam Islam perlu dititikberatkan. Seorang muslimah, dalam berfesyen, kecantikan luaran bukanlah yang diutamakan. Cantik yang diutamakan ialah kecantikan hati yang mempunyai iman, yang ikhlas dalam menunaikan hak dalam berfesyen.

Apakah fesyen yang terbaik?

Sebaik-baik fesyen ialah fesyen yang menutup aurat. Ya, inilah gaya fesyen yang digariskan di dalam Islam, yang diperintahkan oleh Allah. Berfesyenlah bagaimana sekali pun, cuma satu syarat yang ditetapkan…

Tetaplah menutup aurat

Fesyen menutup aurat telah lama dijelaskan di dalam Al-Quran…

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An Nur:31)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al Ahzab:59)

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.

Cuba tanya dari hati anda sebagai seorang muslimah…

Adakah fesyen yang aku gayakan ialah fesyen yang menutup aurat?

Fesyen yang aku gayakan hari ini.. adakah ianya diredai Allah atau tidak?

Jika ya, andalah ialah seorang muslimah yang telah pun menunaikan hak anda yang sebetulnya dalam berfesyen!

Saya: Muslimah, Gaya fesyen: Menutup Aurat

YA, itulah fesyen yang terbaik dari hati seorang muslimah. Islam telah pun memberi kita panduan berfesyen yang terbaik dan benar. Fesyen inilah yang kita perlu gayakan selama-lamanya.

Berfesyenlah dari hati seorang muslimah yang sebenarnya iaitu dengan menutup aurat.

Semoga Allah reda selamanya!

Leave a Reply

error: Content is protected !!