Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Berjalan kuatkan fizikal, mental dan emosi.

berjalan kakiSebelum terciptanya pelbagai kenderaan manusia banyak berjalan. Sehinggalah perkembangan tamadun manusia memberi ilham kepada penggunaan haiwan sebagai kenderaan tunggangan. Hingga terciptanya kenderaan seperti basikal, motosikal, kereta, kereta  api dan sebagainya.

Kehidupan moden telah menjadikan manusia malas. Sikap negatif ini secara tidak langsung menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit. Tahukah anda hanya dengan berjalan manusia mampu menguatkan fizikal, mental serta emosi.

Fizikal

Berjalan membolehkan seorang individu melakukan pergerakan bukan hanya kaki tetapi seluruh tubuh kita turut bergerak seiring dengan hayunan. Jadi secara tidak langsung seluruh pergerakan ini membantu membakar lebihan kalori dan kolestrol yang terperangkap bersama otot kita.

Paras kolestrol yang rendah sudah pasti menyihatkan jantung, mengawal tekanan darah dan ia menjadi pencegah kepada penyakit darah tinggi serta strok. Antara pembunuh senyap yang kadarnya kian meningkat di Malaysia.

Jika ia mampu mengurangkan penyakit diatas ia juga mampu mengurangkan risiko penyakit kencing manis atau Diabetes. Ketika berjalan keupayaan badan memproses gula adalah lebih baik sekaligus melancar aliran darah.

Apabila tubuh badan terpelihara amat mudah untuk kita mengawal saiz tubuh yang ideal dengan ketinggian dan rangka fizikal kita. Keadaan ini sudah pastinya menjadikan kita nampak muda.

Mengamalkan aktiviti berjalan membolehkan kita mengekalkan kekuatan otot. Otot juga perlu sentiasa digerakan, membiarkan bermakna kita melemahkan otot dan keadaan ini boleh menyebabkan otot kita mudah kejang.

Selain otot, berjalan juga membantu menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis (pereputan tulang). Ia juga membantu golongan warga emas mengekalkan keseimbangan serta mengrurangkan risiko jatuh.

Mental

Mungkin ada yang tertanya bagaimana berjalan mampu menguatkan mental. Sebelum memulakan perjalanan sudah pasti akal turut memainkan peranan menentukan hala tuju seperti destinasi perjalanan, tempoh berjalan, keadaan persekitaran dan sebagainya.

Persekitaran amat penting untuk berjalan kerana sepanjang perjalanan kita memerlukan pemandangan yang menarik. Mental kita akan lebih tenang dan ia membantu mengurangkan tekanan atau stres. Terutama untuk mereka yang bekerja. Berjalan sebenarnya dapat merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan cerdas.

Oksigen yang disedut sepanjang berjalan juga memberi bekalan yang mencukupi untuk otak. Ia membantu mengurangkan masalah sakit kepala. Kekurangan oksigen dalam otak merupakan antara punca sakit kepala.

Emosi

Berjalan sambil mendengar muzik mahupun bersama keluarga tersayang mampu membentuk emosi positif. Setiap langkah juga membentuk keyakinan diri. Darjah emosi sudah pasti berada pada tahap terbaik apabila aktiviti yang kita lakukan dipenuhi dengan kegembiraan dan ia pastinya menceriakan emosi.

Berjalan juga merupakan satu bentuk latihan mengawal emosi. Kita akan mampu mengawal keadaan emosi bersesuaian dengan kelajuan dan persekitaran lokasi perjalanan kita. Ia adalah salah satu cara untuk kita melatih diri agar menjadi individu yang penyabar dan sentiasa kelihatan cool.

Bagaimana bermula?

  1. Mulakan dengan perlahan-lahan dan jarak yang pendek.
  2. Lokasi sesuai dan selamat untuk berjalan. Pastikan permukaan jalan rata.
  3. Tetapkan masa berjalan pastikan tempohnya mengikut kemampuan tubuh kita.
  4. Tetapkan sasaran kelajuan dan tahap sukar. Mulakan dengan kelajuan rendah dan sedikit demi sedikit menambah kelajuan dan jika terasa semput kurangkan kelajuan dan jika keadaan tidak mengizinkan berhenti jangan diteruskan.

Teknik-teknik berjalan dengan betul

  1. Pastikan tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah pendek memadai.
  2. Hayunkan tangan. Menghayun tangan memberi lebih banyak impak. Ia membakar banyak kalori dan menguatkan otot-otot bahagian atas badan kita.
  3. Luruskan bahagian belakang badan pastikan postur badan berada dalam keadan tegak dan kepala memandang kehadapan.
  4. Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas semakin tercungap-cungap, kurangkan kelajuan dan jangan teruskan jika terasa menyakitkan.
  5. Tetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan atau menurunkan kelajuan.
  6. Jika mampu disarankan untuk menggunakan pedometer, sejenis alat untuk mengukur langkah kaki. Ia diletakkan di bahagian pinggang dan fungsinya adalah untuk mengira langkah yang kita lakukan pada setiap hari. Berjalanlah sekurang-kurangnya tiga hingga lima kali seminggu demi memastikan kemantapan fizikal, mental dan emosi kita.

Rujukan : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!