Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Cara Buat Baja Organik Agar Pokok Cepat Berbuah, Senang Je.

Rahsia nak buat baja organik ni admin ‘kutip’ dari pekebun Thailand, geram jugak tengok pokok-pokok yang diorang tanam, kecik-2 lagi dah berbuah, lebat pulak tu. Tak perlu beli baja kimia pun, semua bahan tu ada kat depan mata, yang penting 100% baja organik. Jadi untuk manfaat bersama, admin berbesar hati berkongsikan bahan serta ramuan ‘rahsia’ yang pekebun Thailand gunakan sebagai baja untuk kebun dorang.

Sebelum tu, nah tengok gambar-2 hiasan ni dulu…

Bahan-bahan menghasilkan baja organik:

2 kg          Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan

2 kg          Gula Perang

1 biji         Ragi tapai

1 botol     Yakult

2 kotak    Susu segar

2 biji         Air kelapa muda

 

Cara-cara membuat baja organik:

  1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering
  2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
  3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
  4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
  5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
  6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali

Selamat mencuba…

Sumber : Impiana

Kredit Gambar : Google Image

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!