Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Cara Mengatasi Suami Curang

suami-curangOrang tak curang kalau kita cukup memuaskan dirinya. Suami tak cari lain kalau kita berada diranking paling atas dalam hatinya. Malangnya, untuk mendapat tempat dihatinya yang paling atas disetiap masa tidaklah mudah.

Tapi saya dah buat yang terbaik untuk dirinya….dia masih nak main kayu tiga.

Dia memang dah tak cintakan saya lagi.

Perempuan barunya lebih cantik, langsing dan menggoda.

Tupppp !!

Para isteri sering mengalami masalah suami curang terhadap pasangannya. Tak semua lelaki suka curang. Terkadang curang hanya menjadi hobi mereka (Hobi ?). Terkadang mereka curang kerana mereka tidak puas dengan isterinya. Nah, jangan terus melemparkan kata ‘kurang ajar’ pada lelaki yang curang. Anda sebagai isteri kena periksa diri sendiri, kena rajin-rajin tengok cermin. Renungi diri anda sendiri, kenapa ada orang yang mahu mengkhianti cintamu.

Berikut merupakan cara mengatasi suami curang . Anda harus bertindak cerdik supaya suami kesayangan anda tidak terpikat pada perempuan lain.

Jaga Penampilan Diri

Sudah berkahwin tidak bermaksud mengabaikan penampilan diri. Anda berstatus ibu tidak bermakna saiz anda harus membesar bagai ibu gajah. Anda harus tahu fakta bahawa seorang lelaki suka melihat pasangannya kekal menawan dan tidak comot. Pada zaman ini tidak semua lelaki berminat dengan saiz dugong namun, jangan pula kerana ingin memikat hati suami anda sanggup tidak makan sehingga menjadi seperti bangau. 🙂

Anda harus bijak menjaga penampilan diri demi memikat hati sang suami. Biarlah ketika suami pulang dari bekerja seorang isteri yang manis menyambutnya dengan lemah-lembut penuh kasih sayang ditambah lagi dengan gerakan tubuh yang menggoda hatinya. Hilang segala rasa penat  bekerja seharian.

 Anda Adalah Pendamping Bukan Pengongkong

Hai isteri-isteri, ingatlah anda adalah sebagai pendamping suamimu dan bukan pengongkong hidupnya. Segala aktiviti suami mahu dikongkong sehingga sedikit waktu untuk dirinya bertemu rakan-rakan pun tidak dibenarkan.

Anda berhak mengetahui dengan siapa dia keluar tetapi, anda tidak berhak untuk mengawal jadual kehidupannya. Dia perlukan teman selain diri anda. Mungkin dia perlu bermain bola, memancing ikan dan melakukan hobinya bersama teman-teman lelakinya. Bukankah memancing ikan dan bermain bola lebih baik daripada memancing hati perempuan lain dan meninggalkan anda ?

Setiap manusia memerlukan privacy untuk melakukan hobi sendiri. Harus diingat bahawa seorang manusia sangat menghormati seseorang yang mampu menghormati hobinya. Jika hobi anda sama, ia adalah keuntungan bagi anda berdua.

Bagi Kejutan Istimewa Pada Pasangan

Perempuan sukakan kejutan istimewa pada hari-hari tertentu seperti harijadi, anniversary dan macam-macam lagi. Lelaki pun sama ! Ingat lelaki macho itu tak sukakan kejutan ? lelaki suka cuma mereka tidak menyatakannya.

Oleh itu, sesekali anda boleh membuat kejutan pada suami kesayangan anda seperti surprise birthday celebration atau hari ulang tahun pertemuan anda dan sebagainya. Hati suami pasti tersentuh dan ikatan kasih sayang akan semakin erat.

Jangan Asyik Nak Makan Luar

Ohhhh, isteri yang tak tahu memasak harus belajar memasak demi perut suami tercinta. Suami mahu dibelai tidak hanya pada luaran tetapi hingga ke dalam ususnya. Jika suami mampu mengisi perut isteri dengan nyawa baru, isteri pula wajib mengisi perut suami dengan kasih sayang berupa makanan yang sihat dan sedap hasil usahanya tangannya.

Ajaran Agama Itu Penting

Paling penting cinta bukan kerana paras rupa dan bentuk tubuh semata-mata. Keihklasan perkahwinan harus terbit dari hati yang paling dalam untuk saling mencintai. Apa pun saiz tubuh pasangan anda jika pasangan saling mengutamakan agama, cinta pasti tetap kukuh dan kekal.

Jangan kahwini seseroang yang tiada pegangan agamanya atau seseorang yang tidak sanggup berubah . Jika diawal percintaan dia tidak mahu menerima persetujuan untuk saling terbuka dan setia dalam agama yang dianuti, bermakna dia juga tidak akan setia kepada pasangannya kelak.

Jika Tuhan yang menciptakan tidak sanggup diikutinya selama nafas masih ada dalam tubuh apatah lagi, anda yang hanya sebagai manusia biasa. Bila-bila masa akan dicurangi dan disakiti. Jalan terbaik, cintai dan nikahilah orang yang menyembah Tuhanmu dengan setia dan taat.

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!