Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Cara Menghilangkan Jerawat Dalam Masa 3 Hari? (Bahg. 2)

Petua untuk hilangkan jerawat untuk kali ni pula adalah sambungan dari post yang lepas iaitu Cara Menghilangkan Jerawat Dalam Masa 3 Hari? (Bahg. 1) kami akan mengetengahkan lagi 8 petua yang boleh anda gunakan untuk merawat jerawat.

Memperkenalkan Petua Untuk Merawat Jerawat.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa Dan Kunyit Hidup.

petua rawat jerawat kulit kunyit

Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Limau Nipis Dan Minyak Masak.

petua rawat jerawat kulit limau nipis

Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Campuran Bedak Sejuk, Garam Dan Air Asam Jawa.

asam jawa

Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat yang ditumbuhi jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Daun Teh.

petua-rawat-jerawat-daun teh

Didihkan daun teh tersebut. Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Air Kelapa.

petua-rawat-jerawat-kelapa

Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi.

petua-rawat-jerawat-kanji nasi

Sejukkan sedikit nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Larutan Tepung Kanji.

Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Campuran Putih Telur, Tepung Jagung Dan Minyak Zaitun.

petua rawat jerawat kulit putih telur

Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Leave a Reply

error: Content is protected !!