Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Cara Menghilangkan Jerawat Dalam Masa 3 Hari? (Bahg. 1)

Anda mengalami masalah jerawat? Dah menggunakan bermacam-macam produk tapi masih tak nampak kan hasil? Mungkin dah sampai masanya anda guna cara tradisional petua merawat jerawat.

Tips dan Cara Menghilangkan Jerawat.

(haha… da macam iklan TV pulak.. 🙂 )

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Tomato.petua rawat jerawat tomato

Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis.

petua rawat jerawat kulit kayu manisMula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya (Alovera).

????

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling pentig, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi.

petua rawat jerawat kulit ubat gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Putih Telur.

petua rawat jerawat kulit putih telur

Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu.

petua rawat jerawat kulit pucuk jambu batu

Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras.

petua rawat jerawat air basuhan beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

Selamat Mencuba!

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!