Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Cara Mengukur Saiz CUP Bra / Coli

KAJIAN dilakukan terhadap wanita di seluruh dunia mendapati 80 peratus daripada mereka tidak memahami kepentingan pakaian dalam, gaya dan saiz sesuai untuk payudara.

Lebih memeranjatkan, sembilan daripada sepuluh wanita mengenakan coli tidak sesuai saiz sendiri manakala 60 peratus tidak menepati kehendak dan keperluan badan serta payudara ketika memakai coli.

downloadUik.. tajuk entri macam ni pon ada ker? “Alahai…. Takkan cara mengukur saiz cup bra pon nak share… tak malu ker?” Ni perkara penting ok.. knowledge yang sangat berguna.. Haha… confirm, satu hari sok korang akan berterima kasih gak kat cun.my pasal share benda ni..

‘Barang’ berharga dik, takkan nak main sedap pakai je kan? Tu yang kadang-kadang kulit breast rase gatal-2, pastu merah-2 macam melecet. Mana tak nya… pakai saiz bra yang tak sesuai, breast tu pon nak bernafas gak dik oi…

Ok lah… khas untuk mereka yang masih tak tau (or pura-2 tau) nak cari saiz bra yang sesuai.

Cara Mengukur Saiz Cup Bra / Coli

Ada 2 perkara yang perlu anda tahu semasa mengukur
  1. Ukuran Lingkar Badan
  2. Ukuran Cup

Cara Ukur Lingkar Badan

Ambil pita pengukur dan lilit badan bawah payudara (dekat area tulang rusuk bawah payudara). Pakai pita yang inci.

  • Kalau ukuran nombor genap, tambahkan 4 inci.
  • Kalau ukuran nombor ganjil, tambahkan 5 inci.

Contoh:

Katakanlah ukuran lilitan badan yang anda dapat adalah 26, disebabkan 26 tu nombor genap, maka tambahkan dengan 4 (26+4=30). So, bila beli bra, pastikan anda cari saiz 30.

Katakanlah pula ukuran lilitan badan yang anda dapat adalah 25, disebabkan 25 tu nombor ganjil, maka tambahkan dengan 5 (25+5=30). So, bila beli bra, pastikan anda cari saiz 30.

Katakanlah pula ukuran lilitan badan yang anda dapat adalah 28, disebabkan 28 tu nombor genap, maka tambahkan dengan 4 (28+4=32). So, bila beli bra, pastikan anda cari saiz 32.

Ok… sampai sini paham kan? ni cara-cara nak ukur saiz, sekarang kita pergi pula ke topik seterusnya iaitu cara-cara mengukur cup.

Cara Ukur Cup

Cara mengukur lilitan payudara. Part ni penting… Korang kena pastikan yang saiz cup yang dipilih tepat, barulah payudara boleh bernafas dengan selesanya. Ambil pita pengukur tadi dan ukur lilit badan sehingga bahagian paling depan payudara (puting).

Erk.. paham tak ni? Ok, lepastu kira perbezaan antara ukuran lilit badan dan ukuran lilit payudara

Kalau…

  • Perbezaan 1 inci = Cup Size A
  • Perbezaan 2 inci = Cup Size B
  • Perbezaan 3 inci = Cup Size C
  • Perbezaan 4 inci = Cup Size D
  • Perbezaan 5 inci = Cup Size E (Erk… ada ker saiz cup ni?, parmela anderson kot…)

Contoh:

Jika ukuran lilit badan adalah 26 dan ukuran lilitan payudara 28. Jadi perbezaan ialah 2 inci (28-26=2). Maka, bra yang perlu dicari adalah Saiz 30 Cup B

Jika ukuran lilit badan adalah 25 dan ukuran lilitan payudara 28. Jadi perbezaan ialah 3 inci (28-25=3). Maka, bra yang perlu dicari adalah Saiz 30 Cup C

Jika ukuran lilit badan adalah 28 dan ukuran lilitan payudara 32. Jadi perbezaan ialah 4 inci (32-32=4). Maka, bra yang perlu dicari adalah Saiz 32 Cup D

Semoga perkongsian ni beri manfaat kat korang ye… Sekarang korang dan tahu cara mengukur saiz cup bra / coli dengan betul kan? Lepas ni boleh la minta tolong husband belikan, sebab dah tau saiz yang betul.. Yang bujang tu bleh je pergi beli sendiri.. haha

Nota tambahan

Adalah tidak digalakan memakai bra waktu tido ok.. Bukan ape.. kesian kat payudara tu, dah la seharian ‘terkurung’, bagi la chance payudara tu bernafas pulak…Penting tau, untuk mengelak berisiko dapat  Breast Cancer!

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!