Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Cegah Masalah Bau Mulut Sebelum Terlambat!!!

Cegah Masalah Bau Mulut Sebelum Terlambat!!!

 

Mungkin tak semua, tapi ramai yang berhadapan masalah bau mulut. Siapa tak segan jika imej dirosakkan oleh masalah ini. Penampilan yang kemas, menarik serta lenggok ternyata memukau mata orang lain. Namun sebaik sahaja membuka mulut, perlahan-lahan orang di hadapan menutup hidung mereka. Segan, kan…

Mari ketahui punca masalah ini dan cara mencegah masalah bau mulut sebelum terlambat.

Punca Masalah Bau Mulut

Halitosis, juga dikenali sebagai nafas berbau adalah masalah dialami hampir 30% orang di seluruh dunia. Akademi Pergigian Am menyatakan bahawa bau berasal dari mulut, tekak atau tonsil berdasarkan lebih daripada 90% kes yang berlaku. Empat penyebab utama yang menjadi punca bau mulut ialah mulut kering, jenis makanan, penjagaan mulut kurang sempurna dan penyakit tertentu.

1. Mulut kering

Keadaan mulut kering menjadi persekitaran ideal untuk pembiakan anaerobic bacteria (bakteria yang menghasilkan sulfur). Antara penyebab keadaan ini ialah bercakap dengan lama, merokok, minum alkohol serta tidur berdengkur.

2. Jenis makanan

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh memburukkan keadaan masalah bau mulut. Makanan dengan bau kuat seperti bawang merah dan bawang putih mengandungi sebatian sulfur manakala produk tenusu, daging dan ikan yang kaya protein menjadi sumber makanan anaerobic bacteria.

3. Penjagaan mulut kurang sempurna

Penjagaan mulut yang kurang sempurna akan menyebabkan pengumpulan bakteria pada gigi dan gusi. Jika tidak dibersihkan, bakteria mudah melekat pada gigi dan lama-kelamaan membentuk plak gigi. Plak gigi yang mengeras akan merosakkan gigi dan tisu gusi seterusnya menyebabkan penyakit gusi seperti periodontitis.

4. Penyakit tertentu

Ada kajian yang menunjukkan 10% kes halitosis disebabkan oleh penyakit tertentu. Masalah bau mulut yang kronik selalu dialami oleh pesakit dengan masalah diabetes, jantung, buah pinggang, hati dan kanser. Sesetengah ubat seperti ubat antidepresan, ubat darah tinggi dan antihistamin mengurangkan penghasilan air liur dan membuatkan mulut menjadi kering.

Cegah Sebelum Terlambat

Sememangnya ada ubatan dan rawatan tertentu bagi masalah bau mulut. Namun mencegah lebih baik daripada mengubati. Terdapat tips yang berguna dalam mencegah masalah ini daripada terus melarat dan menjadi kronik.

  • Makan makanan yang kaya dengan serat: makanan kaya serat menghalang halitosis
  • Menggunakan ubat kumur: berkesan dalam menghilangkan bau mulut, namun elakkan jenis alkohol kerana akan mengeringkan mulut
  • Amalkan minum teh hijau atau teh hitam:mengadungi polifenol yang boleh menyingkirkan sebatian sulfur
  • Elakkan ubat yang mengeringkan mulut: elakkan ubat antidepresan, tahan sakit atau antihistamin kecuali terpaksa kerana ubatan ini menghalang penghasilan air liur
  • Hentikan merokok: mengelakkan mulut kering dan nafas berbau
  • Sentiasa bersihkan mulut terutama selepas makan produk tenusu, daging dan ikan: mengelakkan pengumpulan bakteria
  • Minum air secukupnya: mengelakkan mulut menjadi kering

Sumber: Thera Breath

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!