Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

D.I.Y – 4 Ramuan Berkesan Untuk Rawatan Di Rumah

Tanpa kita sedar, terdapat banyak bahan di rumah anda yang anda boleh jadikan ubat untuk mengubat penyakit yang anda ada. Langkah menggunakan bahan sedia ada boleh memberi rawatan segera kepada penyakit anda di samping menjimatkan wang anda daripada terpaksa membeli ubat di farmasi.

Jom kita lihat bahan berkesan untuk rawatan di rumah.

Bibir Terluka.

jelly petroleum

Bahan yang anda perlukan : Jeli Petroleum dan madu.

Bagaimana bahan tersebut boleh merawat :  Berdasarkan kenyataan Adam Friedman, MD, dermatologist and professor madya di dermatology at Montefiore Medical Center and Albert Einstein College of Medicine, ‘ Madu mempunyai sifat anti – bakteria dan mempunyai zat memulihkan luka. Apabila ia di gabungkan dengan jeli petroleum, ia membantu luka tersebut untuk sembuh dengan cepat dan melegakan sakit.

Cara merawat : Basahkan bibir dengan air suam. Kemudian sapukan madu di bibir anda. Biarkan madu itu kering. Akhir sekali, sapukan jeli petroleum di atasnya. Biarkan keadaan tersebut berlangsung selama 10 hingga 15 minit. Selepas 15 minit, anda bersihkan bibir anda dengan menggunakan batang kapas yang di rendam dalam air suam. Amalkan cara ini sekali sehari sehingga luka anda sembuh.

Jeli Petroleum ni boleh di dapati di pasaraya Tesco seluruh negara.

Rasa Seperti Hendak Demam, Selsema dan Batuk.

Bahan yang anda perlukan : Garam.

Bagaimana bahan tersebut boleh merawat? : ‘Air larutan garam boleh membersihkan radang pada saluran pernafasan dan membuang mukus atau cecair yang menyebabkan alergik dan jangkitan bakteria’, Moshe Lewis, MD, pakar perubatan di San Francisco. Selain itu, ada kajian menunjukkan minum air larutan garam tiga kali sehari  boleh mengurangkan jangkitan kuman pada salur pernafasan sebanyak 40%.

Cara merawat : Ambil segelas air dan masukkan setengah sudu kecil garam. Minum sebanyak tiga kali sehari.

Kekejangan Perut.

chamomile

Bahan yang anda perlukan : Teh chamomile

Bagaimana bahan tersebut boleh merawat? : Jessica Shepherd, MD, Professor Madya OB-GYN and women’s health di University of Illinois di Chicago berkata, ‘Chamomile mengandungi glycine, bahan kimia yang mengurangkan kontraksi pada usus dan melegakan otot yang sedang alami kekejangan’.

Cara merawat : Minum secawan teh chamomile sehari sekali terutama apabila anda rasa kekejangan pada bahagian perut.

Teh Chamomile ni pon boleh anda beli di pasaraya Tesco.

Masalah Mulut Berbau.

daun pasliBahan yang anda perlukan : Daun parsli.

Bagaimana bahan tersebut boleh merawat? : Menurut says Jennifer Wider, MD, Pakar kesihatan Wanita, ‘ Daun parsli mengandungi klorofil di mana ia menghapuskan punca kepada bau mulut’.

Cara merawat : Kunyah daun parsli selama seminit sehingga dua minit apabila mulut anda berbau.

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!