Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

D.I.Y Penyegar Semulajadi Untuk Wajah Anda!

Mudah Je Rupanya!

Membersih kulit wajah pastinya menjadi rutin harian yang wajib bagi anda. Kemudian anda pasti akan keringkannya dengan tuala lembut lalu menyapu pelembab jika kulit anda kering bukan? Eh, nanti dulu! Sebelum sapu pelembab, ambil lah langkah extra ini, iaitu sapukan penyegar pada kulit. Anda akan dapati kulit wajah lebih sihat dan glowing jika anda komited melakukannya secara berterusan.

Setiap orang mempunyai pelbagai jenis kulit wajah iaitu kering, berminyak dan normal. Setiap jenis kulit ini juga mempunyai masalahnya tersendiri. Anda mungkin mempunyai terlalu banyak jerawat, fed up dengan pori-pori terbuka, atau kulit anda menjadi gatal atau melekit tak kira bagaimanapun cuaca pada ketika itu. Pemakaian alat solek pula mungkin menyebabkan ruam pada kulit. Oleh itu, anda perlukan penyegar yang bersesuaian dengan kulit dalam usaha untuk menghalang masalah kulit dan mengekalkan kesihatan serta kecantikan kulit agar sentiasa kelihatan muda. Tapi, nak tambah langkah extra, fulus pun kena lah extra kan? Malangnya dalam kegawatan ekonomi sekarang ini, nak beli penyegar pun fikir dua tiga kali. Jadi apa yang anda boleh lakukan? Ha, ini yang kami ingin kongsi kali ini. Jom lihat cara menghasilkan penyegar untuk 3 jenis kulit menggunakan bahan semulajadi yang anda boleh buat sendiri dengan mudah dirumah.

Penyegar untuk Kulit Berminyak

Jika anda mempunyai kulit berminyak yang mudah ditumbuhi jerawat, cubalah penyegar ini untuk kurangkan minyak, mengecilkan pori pori , dan kurangkan masalah jerawat yang sememangnya biasa dihadapi oleh orang yang kulitnya berminyak.

Bahan yang anda perlukan: 3/4 cawan teh hijau, 1/4 cuka epal mentah yang tidak di tapis, beberapa titis minyak tee tree atau minyak lavender (jika ada).

Caranya: Rendamkan uncang teh hijau ke dalam 3/4 cawan air mendidih dan tuangkannya kedalam bekas. Tambah cuka epal kedalam air teh tadi dan goncangkan agar ia sebati. Kemudian, tambahkan beberapa titsan minyak tadi (jika ada) dan kacau sebati . Siap! Gunakan kapas untuk menyapunya pada kulit wajah. Anda juga boleh menyimpannya didam botol spray. Semburkan pada wajah 2 kali sehari untuk hasil yang berkesan. Jangan bilas tetapi biarkannya kering.

Penyegar untuk Kulit Kering

Kulit kering boleh menyebabkan wajah anda kelihatan berkedut dan tidak menarik. ia juga menyebabkan kemerahan dan kegatalan pada kulit. Jangan risau, penyegar ini akan membantu anda melawan kekeringan dan menjadikannya sihat dan lembab.

Bahan yang anda perlukan: 2 sudu air mawar dan 1 sudu teh gliserin.

Caranya: Tuangkan dua sudu air mawar kedalam botol spray. Tambahkan gliserin dan adun sebati. Penyegar anda boleh mula digunakan. Sapu dengan kapas atau semburkan saja pada wajah. Penyegar ini boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 10 hari.

Penyegar untuk Kulit Normal

Jika kulit anda tidak boleh diklasifikasikan sebagai kulit berminyak atau kering, anda mungkin mempunyanyi jenis kulit yang normal. Penyegar ini khas digunakan untuk melindungi kulit normal dari menjadi terlalu kering atau berminyak dan melembapkannya pada masa yang sama.

Bahan yang anda perlukan: 1 biji timun yang bersaiz sederhana, gel daripada sepotong aloevera dan 5 titis minyak bunga mawar atau minyak pudina.

Caranya: Kisarkan timun dan ambil airnya, masukkan kedalam bekas. Tambah gel aloevera kedalam jus itu tadi. Tambahkan titisan minyak bunga mawar atau minyak pudina dan kacau hingga sebati. Tuangkan kedalam botol spray. Penyegar untuk kulit normal anda telah sedia untuk digunakan. Litupi wajah anda dengan semburan penyegar ini dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas dengan air. Anda boleh menyimpannya didalam peti sejuk selama 5 hingga 7 hari.

Selamat Mencuba! 🙂

Sumber : http://www.top10homeremedies.com

Leave a Reply

error: Content is protected !!