Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Daun Rerama Altenatif Merawat Kanser?

Kenali Daun Rerama

Nama saintifik bagi daun rerama ini ialah Mariposa Christia Vespertillonis. Daun rerama ini berasal dar Rantau Asia dan ia mampu mencapai ketinggian diantara 1.5 hingga 2 kaki, hanya dalam masa 4 bulan sahaja. Jika daun ini dibiarkan dan tidak dipotong, maka daun ini mampu memcapai ketinggian setinggi 5 hingga 6 kaki. Daun ini terdapat dalam pelbagai jenis warna. Setakat ini, hanya daun yang berwarna hijau sahaja yang digunakan di dalam perubatan. Tetapi bagi daun yang ingin dijadikan ubat, hanya daun yang sudah matang sahaja yang akan dipilih untuk diproses.

daun rerama

Kajian

Pada tahun 2010, ujian daripada makmal Institut Bioteknologi Melaka menyatakan bahawa terdapat 13 sebatian kimia pada daun tersebut yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan. Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat kajian terhadap daun rerama itu dan telah menjumpai ciri-ciri anti-kanser dan anti-keradangan di dalam daun tersebut.

Daun rerama ini telah digunakan secara tradisional di kawasan pedalaman Thailand untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Manakala di Malaysia pula, daun rerama ini pernah menjadi fenomena di kalangan pesakit, terutamanya bagi pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kanser.

Khasiat

Daun rerama ini mampu merawat pelbagai jenis penyakit kanser termasuk kanser payudara, kanser usus, kanser paru-paru dan lain-lain kanser. Selain itu juga, ianya dapat membantu untuk menyembuhkan penyakit gout, masalah urat saraf, penyakit kencing manis dengan mengawal paras gula dalam darah dan mengawal tekanan darah bagi penyakit darah tinggi.

Daun rerama dapat membantu menyembuhkan penyakit berkaitan darah seperti denggi, demam campak, malaria, anemia dan pneumonia. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah perut seperti gastrik, sembelit, cirit-birit dan masalah usus, boleh menggunakan daun rerama ini untuk menyembuhkan masalah-masalah tersebut. Ianya juga dapat dijadikan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit berkaitan darah ataupun penyakit kronik yang masih belum lagi ada ubatnya seperti Leukemia, Sistem Lupus Erithematosus (SLE), HIV dan AIDS. Daun rerama ini boleh dijadikan sebagai supplemen untuk merencatkan pertumbuhan sel-sel yang tidak normal di dalam tubuh.

Kredit gambar : Akhbar Harian Metro

Leave a Reply

error: Content is protected !!