Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Daun Sireh Atasi Masalah Miss V Berbau?

Miss V berbau? Ada penyelesaiannya

Wanita… biasalah, perkara yang sering menjadi keutamaan adalah KECANTIKAN. Sanggup berhabis wang ringgit demi KECANTIKAN, tak salah pun nak cantik, kalau cantik semua orang suka, En. Suami lagi-lagi lah bertambah sayang.. ūüôā

Tapi kita sering terlupa untuk mengambil berat pada kesihatan mahkota terpenting seorang wanita. Miss ‘V’.¬†Semua orang tahu bahawa Miss ‘V’ ni memainkan peranan¬†penting dalam membina sebuah hubungan suami isteri yang intim dan sekaligus membawa kepada kebahagiaan berumah tangga.

Namun.. dalam kenikmatan melayari kehidupan suami isteri, pasti ada sahaja masalah yang menjadi penghalang kepada hubungan tersebut kan?

Vagina Berbau..

Usah risau, kerana masalah ini adalah perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita, keadaan dimana Miss ‘V’ akan¬†terasa gatal-gatal dan berbiji. Namun dek kerana perasaan malu, masing-masing hanya mendiamkan diri dan mengelak dari berjumpa dengan pakar bagi mengatasi masalah ini.

Ok, untuk entri kali ini, Team Cun.My akan memberikan tips dan petua menagatasi masalah vagina berbau, petua ni sering di amalkan oleh nenek moyang kita iaitu dengan menggunakan daun sireh. (ye la.. zaman dulu-2 mana ada klinik, ye tak?).

khasiat daun sirehKhasiat daun sireh

Sireh (Piper betle) merupakan tumbuhan tradisional yang di gunakan secara meluas dalam kalangan masyrakat melayu untuk masjlis istidat perkahwinan. Namun sireh sebenarnya mempunyai banyak khasiat lain antaranya menegangkan kulit muka, menhilangkan batuk dan memgelak keputihan.

Daun sireh mengandungi ASTRIGEN yang bertindak sebagai ANTISEPTIK membunuh kuman, kulat mahupun bakteria seterusnya mengatsi masalah keputihan. Hebatkan? Malah jika di guna dengan betul ianya boleh menegangkan otot-otot tisu dalaman Miss V dan membuatkan ia kembali remaja.

Penggunaan daun sireh

Jika Miss V anda berbau dan terasa longgar, carilah daun sireh. Rebus beberapa helai daun sireh bersama tangkai (Seelok-eloknya daun sireh hijau) dan gunakan sebagai agen pencuci untuk Miss V anda dua kali seminggu. Gunakan air rebusan yang suam, untuk memberi impak maksima. Pasti anda akan merasai perbezaannya.

Buat para isteri yang telah melahirkan anak, ini rahsia mengetatkan Miss V anda. Minum air rebusan daun sireh setiap malam, Miss V pasti tidak berbau dan akan kembali anjal. Khasiat yang ada dalam sireh akan membantu membaiki tekstur dinding Miss V yang terbuka semasa melahirkan.

Kesimpulan

Petua yang sangat simple, tapi anda haru amalkannya lah, kalau nak nampak hasilnya. Miss V ni, sesuatu yang harus di jaga sentiasa. Jangan biarkan Miss V di mengeluarkan bau yang tak menyenangkan, ini akan memburukan lagi keadaan apabila bersama suami. Sebagai seorang isteri adalah menjadi tanggungjawap kita untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga berkekalan kan..

Para ibu yang telah melahirkan anak juga wajib mencari ikhtiar untuk mengembalikan keanjalan Miss V demi memikat kembali suami tercinta. Ingat, Miss V adalah aset paling penting sebagai seorang wanita. Ini adalah rahsia nenek moyang kita. Jika mereka mampu menjaga Miss V mereka dengan hanya menggunakan daun sireh, mengapa kita tidak?

Tak percaya? Cubalah. Pasti anda akan rasa perubahan pada Miss V anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!