Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Inilah 9 Tips Stress Yang Boleh Halang Anda Dari Cepat Tua!

Stress. Tekanan. Tak kenal usia, tua muda tak terlepas daripada penangan stress namun kita harus tahu tips menghadapi stress. Sebarang bentuk perubahan, cabaran atau ancaman yang terjadi dalam hidup boleh mendorong kepada tekanan perasaan. Tekanan yang positif iaitu “eustress” sangat bagus untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, kreatif dan fokus. Sebaliknya, tekanan negatif iaitu “distress” boleh membawa kepada kemurungan dan penyakit seperti sakit jantung, insomnia dan darah tinggi jika di luar kawalan.

Lazimnya, bagi kita stress adalah isu kecil tapi jika tak bijak mengawalnya boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk. Jom hadapi stress agar tak dibelenggu kemurungan dan perkara-perkara negatif bukan saja kepada diri sendiri malah orang sekeliling.

Berkomunikasi dan Luahkan Kepada Orang Yang Dipercayai

Realitinya, tak semua orang mampu jadi pendengar dan boleh jaga rahsia dengan baik. Jadi sebaiknya kita cari orang yang betul-betul dipercayai dan boleh jadi pendengar yang baik untuk meluahkan masalah atau tekanan kita. Mereka akan beri peluang kita meluahkan perasaan dan mendengar dengan teliti agar kita merasa lebih tenang. Secara tak langsung, beban yang kita rasa akan berkurangan selepas diluahkan.

Senaman

Senaman bukan saja dapat menyihatkan fizikal tapi juga dapat memberi kesan positif kepada kesihatan mental. Bersenam dapat menyihatkan tubuh dan memberi ketenangan. Semasa bersenam, kita lebih fokus kepada apa yang dilakukan untuk mengelakkan kecederaan dan pada masa sama mengalih tumpuan kita daripada tekanan yang dialami.\

Beri Ganjaran dan Raikan Kekuatan Diri

Sedar atau tidak, ramai orang sering menghukum dan menyalahkan diri sendiri dalam situasi yang tertekan. Biasanya tekanan perasaan membuatkan kita jadi semakin negatif. Bagi menyeimbangkan kelemahan yang ada, kita harus percaya kepada kekuatan diri sendiri. Sesekali, tak salah kita bercuti atau memberi hadiah untuk diri sebagai ganjaran sesuatu pencapaian. Jadi, hargai diri sendiri dulu sebelum menghargai orang lain.

Lihat Pemandangan Semulajadi

Sesekali, ambil masa untuk rehatkan diri dari kesibukan dan pergilah ke tempat-tempat yang menenangkan seperti pantai, air terjun dan kawasan pergunungan. Nikmati pemandangan sambil menghirup udara segar sedikit sebanyak menyegarkan dan memberi ketenangan. Dalam mencari ketenangan kita juga dapat merenung kejadian alam semulajadi ciptaan Allah SWT dengan lebih mendalam dan penuh keinsafan.

Solat, Al-Quran dan Zikir

Sebagai kewajipan kepada umat Islam, solat perlu lah dikerjakan dengan penuh tertib dan khusyuk. Salah satu kunci ketenangan terletak dalam solat yang khusyuk dan rutin membaca Al-Quran. Apabila tertekanan, keresahan atau kesedihan dan menemui jalan buntu bagi sesuatu masalah, semua perasaan ini akan terubat setelah solat dan mambaca Al-Quran. Sedikit sebanyak kita semakin tenang dan positif serta dapat berfikir dengan lebih rasional. Biasakan juga diri kita dengan zikir-zikir pada waktu terluang agar masa kita terisi dengan perkara dan aura positif.

Tidur

Tidur secukupnya sangat penting untuk tubuh badan dan meredakan tekanan. Sebagai contoh, tekanan melampau kadang kala membuatkan kita menangis semahunya dan apabila letih akhirnya tertidur. Selepas bangun, kita akan rasa lega kerana menangis dan tidur seolah-olah memberi peluang kita melepaskan perasaan negatif dan melupakan masalah sebentar.

Membaca Buku atau Novel

Bagi peminat buku, membaca buku atau novel adalah terapi minda dan memberi ketenangan kerana pelbagai jalan cerita memberi pelbagai emosi untuk dirasai. Jangan tak tahu, kadang kala sekadar berada di kedai-kedai buku sudah mampu menggembirakan mereka kerana dapat menjadi terapi yang mengasyikkan.

Melakukan Aktiviti Kegemaran (melukis, mewarna, menonton dll)

Bagi kurangkan tekanan, kita boleh menyibukkan diri melakukan aktiviti-aktiviti yang kita suka seperti melukis, mewarna, menonton rancangan dan sebagainya. Ini boleh mengalih tumpuan kita daripada memikirkan masalah sahaja. Sebagai contoh, rancangan yang lucu bukan saja menghiburkan tapi juga membuat kita ketawa dan lebih ceria.

Menerima Sebarang Perubahan Dengan Sifat Positif

Kadang kala, kita rasa seolah-olah tiada orang yang faham situasi tekanan yang kita hadapi dan keseorangan. Maka tak salah kalau kita menerima perubahan hidup dengan bacaan mutiara kata positif. Kata-kata yang mungkin berkaitan dengan situasi kita membuatkan seolah-olah ada insan lain yang masih memahami. Ini mampu membuat kita bangkit dari rasa lemah dan lebih positif.

Banyak perkara dan tindakan yang boleh dibuat dalam kita menghadapi tekanan. Apa yang penting elakkan stress yang tidak terkawal dan tindakan negatif. Andai terlalu lama dipendam sendirian, tidak mustahil boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal, umpama gunung berapi yang tunggu masa nak meletus. Jadi, jom tukarkan tekanan sebagai dorongan untuk melonjakkan diri kita ke arah ketenangan dan hidup yang lebih cemerlang.

 

Rujukan:

http://drdanial.faithweb.com/stress.htm

https://siraplimau.com/cara-menghilangkan-stress-berkesan/

http://akuislam.com/blog/renungan/cara-mengurangkan-stress-tekanan/

https://www.scribd.com/doc/5705057/APA-ITU-STRESS

https://www.majalahsains.com/tekanan-hidup/

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!