Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Jadikan Ini Tabiat Anda Setiap Malam Untuk Kekal Cantik

Setiap hari kulit sentiasa terdedah kepada pancaran UV, habuk, kotoran, pencemaran udara, bahan kimia yang kuat dan pelbagai keadaan alam sekitar yang mungkin menyebabkan kerosakan pada kulit. Jika dibiarkan, kulit akan mudah berkedut, menjadi kusam dengan tona tidak sekata dan membawa kepada penuaan pra-matang. Hmm tapi jangan risau. Sebab anda boleh menghalangnya dengan penjagaan rapi dan rutin kecantikan yang lagi baik jika anda jadikannya tabiat.

Semasa tidur, kulit akan memulih dengan sendirinya. Dengan bantuan kecil dari anda, kulit akan menjadi lebih sihat. Rutin penjagaan kulit yang betul pada setiap malam akan memperbaiki tona kulit, menjadikan kulit bercahaya, mengurangkan noda, melembab dan memberi nafas baru pada kulit. Luangkanlah beberapa minit untuk kulit anda setiap malam dan anda akan melihat sendiri perubahan kecantikannya hanya dalam beberapa hari.

Jadikan rutin ini tabiat anda setiap malam sebelum tidur. Jangan tertinggal 1 malam pun okay

๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

 

Tanggalkan Solekan

Siapa yang tak letih setiap hari dengan jadual yang padat dan pelbagai aktiviti. But no! Macam mana penat sekalipun, anda wajib ambil masa untuk tanggalkan solekan sebelum tidur setiap malam. Ini sangat penting jika anda mahu kulit kelihatan muda dan cantik. Semasa tidur, liang pori akan terbuka untuk memulih dengan sendirinya. Jika anda biarkan lapisan solekan seperti gincu, maskara, bedak asas, pembayang mata dan sebagainya pada wajah, liang pori akan tersumbat. Ini akan menyebabkan munculnya tompokan hitam, tona kulit menjadi tidak sekata dan jerawat mula tumbuh. Anda boleh gunakan penanggal solekan, pembersih wajah atau krim sejuk untuk membersihkan kulit dan jadikannya bebas dari segala kotoran sebelum tidur.

Gunakan Penyegar

Pastikan anda segarkan wajah dengan penyegar setiap malam sebelum tidur. Penyegar atau toner membantu memperbaiki tahap pH semula jadi kulit. Ia seterusnya membuatkan kulit anda lebih berdaya tahan untuk berlindung dari bakteria dan organisma mikro. Ia juga membantu membersihkan kulit dari habuk, pencemaran dan kotoran terutama bagi kulit berminyak dan berjerawat. Terdapat banyak jenis penyegar untuk pelbagai jenis kulit di pasaran. Jika anda mahukan penyegar yang natural, tiada yang lebih baik dari air mawar asli yang mampu melembab, melicin dan memberi tenaga. Sapukan penyegar pada seluruh bahagian muka dan leher dengan bebola kapas dan biarkan kering. Penyegar dengan formula bebas alkohol adalah pilihan yang terbaik.

Pakai Krim Tangan

Untuk menjadikan tangan anda lembut dan licin sepanjang hari, anda perlu menjaganya dengan rapi pada malamnya. Basuh tangan dengan air hangat dan sabun, kemudian keringkan dengan tuala dan pakailah krim tangan. Gunakan krim biasa yang pekat dan sedikit berminyak agar tangan melembab dengan baik sepanjang malam. Kutikel juga akan kekal seperti bentuk asal dengan penggunaan krim tangan lalu mengelakkan tangan anda dari menunjukkan tanda awal penuaan seperti kulit kendur dan berkedut.

Sapu Krim Mata

โ€œDari mata turun ke hatiโ€, ewaahh! Mata adalah antara aset terpenting kerana ia yang pertama dipandang ketika berbicara. Jadi anda perlu menjaganya sebaik mungkin kerana ia jugalah yang pertama menunjukkan tanda-tanda awal penuaan. Sebelum tidur, pastikan dulu tiada sebarang eye makeup di sekitar mata. Bersihkan maskara, celak, eyeshadow dan sebagainya tanpa meninggalkan sebarang sisa. Lepas tu, sapukan krim mata, urut secara lembut. Krim mata membantu mata kekal terhidrat, melembap, mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam, meminimumkan pembentukan kedutan dan menegangkan bahagian bawah mata untuk sementara. Gunakan krim mata yang ringan dengan bahan-bahan seperti kafein, peptida, antioksidan dan pencerah. Mulakan sapuan dari sudut dalam ke luar dengan lembut.

Gosok Gigi

Selepas menghabiskan makan malam anda, pastikan anda berus dan floss gigi sebelum tidur. Ini sangat perlu untuk memastikan mulut anda bersih dari kuman, kaviti dan jangkitan. Jangan malas jika anda tak mahu bangun dengan nafas berbau keesokan hari. Gunakan berus gigi yang berbulu lembut dan ubat gigi yang mengandungi florida. Pastikan anda gosok bahagian luar dan dalam gigi sekurang-kurangnya 2 minit. Kemudian flos gigi anda dan bilaskan dengan air suam. Lakukannya setiap hari sebelum tidur dan anda akan menikmati senyuman yang menawan sepanjang hari. Untuk pengetahuan, anda digalakkan memberus gigi 30 minit selepas makan, lebih-lebih lagi jika makanan anda berasid. Terus menggosok gigi sebaik selesai makan boleh menyebabkan asid meresap masuk lebih dalam ke bahagian tisu gigi.

Sapu Jeli Petroum Pada Tapak Kaki

Seluruh bahagian tapak kaki adalah refleksi buat kecantikan dan personaliti anda. Mestilah anda tidak boleh terlepas pandang padanya semasa menjalankan rutin kecantikan setiap malam anda. Basuh tapak kaki dengan air hangat dan tekapkan dengan tuala. Sapukan jeli petroleum atau apa-apa jenis krim kaki di sekitar tapak dan jari-jemari kaki anda. Beri perhatian pada bahagian yang kering dan kasar untuk elak tumit merekah serta melembutkannya. Pakai stoking dan tidurlah. Bila ada masa, anda boleh urut tapak kaki setiap malam dengan urutan membulat selama 5 minit. Percayalah ia akan buat anda tenang dan membantu anda untuk tidur dengan lebih nyenyak.

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!