Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Jangan Pandang Remeh Alahan Makanan Kerana Mungkin Membawa Maut!

Mengalami sakit perut setelah makan sepinggan keju, adakah anda alahan atau sekadar intoleran laktosa? Alahan makanan bukan perkara remeh kerana mungkin boleh membawa maut. Sebaliknya, intoleran makanan biasanya hanya bersifat sementara dan tidak mengancam nyawa. Walaupun mempunyai gejala yang hampir sama, kedua-dua keadaan ini sangat berbeza.

Menurut Carla McGuire Davis, MD, Profesor Pediatrik dalam Imunologi, Alergi dan Reumatologi di Baylor College of Medicine, alergi atau alahan boleh membawa maut manakala intoleran biasanya tidak.

Perbezaan alahan makanan dan intoleran

Perbezaan Alahan Intoleran
Risiko Boleh mengancam nyawa Biasanya kesan sementara,

tidak mengancam nyawa

Jumlah makanan (untuk tindak balas) Hanya beberapa gigitan mungkin membawa maut Boleh makan sedikit sebelum ada tindak balas
Contoh tindak balas Biasanya seluruh badan dan lebih serius seperti bengkak, gatal, sukar bernafas, pengsan, muntah, pening, pengsan, penurunan tekanan darah Intoleran laktosa, ketiadaan enzim untuk cernakan susu menyebabkan cirit-birit atau sakit perut (biasanya anda boleh menahan tanpa rawatan)
Masa untuk tindak balas Beberapa minit atau jam Setengah jam ke dua jam
Contoh makanan Kacang, makanan laut Produk tenusu (intoleran laktosa)
Sistem imun Mengaktifkan sistem imun Tidak aktifkan sistem imun

Adalah penting bagi mereka yang ada alahan makanan untuk menyimpan EpiPen atau epinephrine suntikan jenis lain sebagai persediaan. Dr. Davis turut menyatakan penting untuk diagnosis walaupun alahan bukan maut kerana ianya boleh menjadi teruk. Walaupun hanya tindak balas atau gejala ringan, ia adalah lebih baik dirawat dengan antihistamin seperti Benadryl.

Jika alergen tak dapat mengesahkan alahan melalui ujian kulit atau darah, dia mungkin mencadangkan “oral food challenge“. Anda diminta makan makanan tertentu dalam jumlah yang lebih banyak sementara doktor anda memerhatikan gejala alahan. Sebarang pencetus alahan menjadi peringatan untuk anda mula elakkan pengambilan jenis makanan itu.

Jadi, jika anda tak pasti adakah anda ada alahan makanan atau sekadar intoleran, rujuklah kepada doktor atau pakar kesihatan bertauliah. Jangan ambil remeh perkara ini kerana, kita tak tahu alahan dan alergi terhadap makanan mana yang boleh mengancam nyawa. Lebih baik beringat sebelum kena, kerana nyawa tiada gantinya.

Sumber: Business Insider

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!