Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Jerawat Di Kalangan Remaja Lelaki

Ahmad sudah bersiap hendak keluar dengan rakan-rakannya. Dia  berdiri di depan cermin untuk memastikan penampilannya tip top. Tapi, tiba-tiba ada sesuatu yang tak kena. Jerawat!!!! Terus Ahmad hantar ke whatsapp group untuk beritahu yang dia tak jadi keluar hari tu! Malu dengan jerawat yang ada di muka!.

Adakah anda remaja lelaki seperti Ahmad? Jika ya, jangan panik. Menjaga penampilan diri dan wajah bagi remaja lelaki adalah sesuatu yang normal, bukan ‘sesuatu’ ok!. Jangan ingat perempuan je yang perlu ambil berat tentang aspek kecantikan diri ni.  Di alam fana yang banyak cabaran ni, kaum lelaki pun sama perlu ambil tahu soal penampilan. Sebab itulah, terdapat pelbagai produk penjagaan wajah di pasaran bukan hanya untuk golongan perempuan, tetapi juga untuk lelaki.

Berbanding dengan remaja perempuan, remaja lelaki lebih berisiko untuk mendapat masalah jerawat kerana mereka lebih terdedah kepada aktiviti lasak yang membuatkan mereka lebih banyak mengeluarkan peluh. Di kalangan remaja lelaki, faktor-faktor yang menyebabkan jerawat adalah lebih kurang sama dengan remaja perempuan. Salah satunya, adalah kerana perubahan hormon yang dialami ketika mereka mencapai akli baligh. Pada peringkat usia ini, pengeluaran hormon seks iaitu androgen yang berlebihan akan merangsang kelenjar sebum untuk mengeluarkan minyak berlebihan yang menyebabkan kulit jadi lebih berminyak. Kelenjar sebum ini banyak tertumpu di bahagian muka iaitu di dahi, hidung dan dagu. Sebab itulah, jerawat selalu di bahagian-bahagian tersebut.

Gunakan produk penjagaan kulit yang sesuai

Selain itu, ramai remaja lelaki yang kurang mengambil tahu tentang cara penjagaan wajah yang sesuai untuk kulit mereka. Sememangnya banyak produk penjagaan wajah untuk lelaki di pasaran, tapi tak semua sesuai untuk kulit anda. Haa, jangan kau main belasah je dik! Menjaga kulit muka bukan setakat mencuci dua atau tiga kali sehari, tetapi apa yang lebih penting ialah penggunaan produk penjagaan muka yang tepat dan sesuai. Ada tu yang guna sabun mandi je untuk cuci muka! Jangan begitu… Sebagaimana perempuan, kaum lelaki juga perlu ambil tahu jenis kulit mereka. Lepas tu, baru mudah untuk kita tentukan produk yang mana boleh di pakai bagi mengatasi dan merawat jerawat tu.

1) Jauhi pencuci muka yang bersabun/berbuih

Pencuci muka yang sabun dan berbuih biasanya mempunyai kandungan PH yang tinggi yang boleh mengikis pelindung kulit semula jadi. Ia juga akan membuatkan kuit kering dan jerawat semakin banyak.

2) Gunakan produk yang tidak mengandungi alkohol dan wangi.

Produk beralkohol dan berbau wangi semestinya mempunyai banyak bahan-bahan yang mungkin memberikan alahan kepada kulit. Jadi elakkan dari menggunakan pencuci muka begini. Bertukarlah kepada pencuci muka yang lebih lembut.

Bolehkah remaja lelaki guna produk penjagaan wajah untuk perempuan?

Ini persoalan yang sering timbul. Penggunaan produk penjagaan wajah sebenarnya bergantung juga kepada bagaimana reaksi kulit anda terhadap produk yang digunakan. Ada lelaki yang gunakan produk untuk perempuan, dan tidak dapat apa-apa masalah. Ada juga yang tidak sesuai. Tekstur kulit lelaki berbeza dengan perempuan. Ini kerana kulit lelaki lebih kasar dan biasanya ditumbuhi bulu-bulu halus yang lebih banyak daripada perempuan. Ketebalan lapisan kulit juga berbeza diantara lelaki dan perempuan. Sebab itu, penting untuk anda tentukan keberkesanan sesuatu produk terhadap kulit anda. Jangan kau main rembat je pencuci mak atau kakak kau ye dik!. Segalanya berbalik kepada perkara penting iaitu gunakan produk yang penjagaan kulit wajah yang sesuai

Usia remaja sememang usia yang penuh cabaran dan fasa diri aktif dengan bermacam aktiviti. Kegiatan kokurikulum, bersukan dan juga aktiviti dengan rakan-rakan sebaya mungkin membuatkan anda sering terdedah kepada cahaya matahari yang membuatkan kulit berpeluh dan berminyak. Jadi, jangan malas-malas untuk menjaga kebersihan muka dan badan setiap hari. Ini ada dua jenama penjagaan kulit yang sering mendapat review yang baik, yang mungkin boleh dicuba oleh remaja lelaki seperti anda.

1) Cosmoderm Tea Tree Oil

Bukan saja disahkan halal dan harganya yang berpatutan, yang penting set penjagaan kulit jenama ini tidak mengandungi bahan berbahaya seperti paraben yang boleh merosakkan kulit. Ia hanya menggunakan bahan aktif tulen dan berkualiti seperti vitamin e dari Eropah, minyak tea tree dari Australia, Co-enzyme q-10 dan manjakani dari Malaysia. Paling penting, ia adalah produk tempatan yang  melalui penyelidikan dari pasukan R&Dnya sendiri. Sokonglah produk dari Malaysia!

2) Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Pembersih muka Cetaphil Gentle Skin Celanser sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit jenis sensitif dan ia disyorkan sendiri oleh pakar dermatologi dan ahli pedriatik. Selain mempunyai PH seimbang, ia juga tidak mengandungi sabun dan wangian yang merengsa kulit malah sangat sesuai untuk kulit bayi.

Jerawat sememangnya boleh menghilangkan keyakinan diri tetapi jangan jadikan ia alasan untuk anda tidak melalui fasa remaja secara berkualiti dan optimum. Amalkan gaya hidup yang sihat seperti menjauhi rokok dan kendalikan stress yang dengan baik. Semoga info yang diberikan ini bermanfaat untuk anda!

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!