Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Jerawat PMS! Cegah Kemunculannya Sebelum Kitaran Haid!

Asal time nak period je, jerawat mesti keluar! Asal jerawat keluar, mesti time nak period! Eh! Apa kaitannya? Kenapa jerawat mesti muncul tanpa diundang menjelang bermulanya kitaran haid?… Dengan mood swing yang dialami semasa PMS, kemunculan jerawat pasti menambahkan stress! Cer bayangkan time jerawat muncul tulah, crush ajak keluar… Aduh..

Mana nak sorok jerawat tu?!

Well, jerawat ketika pre-menstrual syndrome (PMS) adalah perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita tulen di seluruh dunia… Diulangi.. Wanita tulen sahaja ya!… Salah satu sebab ianya berlaku adalah kerana ketidakseimbangan hormon yang dialami sebelum kitaran haid bemula. Saat menjelangnya kitaran haid atau semasa kitaran haid bermula, hormon estrogen dan progesteron dalam tubuh wanita akan mengalami penurunan manakala hormon testosteron tetap konstan. (uols ingat kaum lelaki je ke ada hormon ni?) Haa.. Sesiapa yang belajar sains dulu, mesti tahu yang salah satu fungsi hormon testosteron ini adalah untuk menggerakkan aktiviti kelenjar minyak yang merangsang timbulnya jerawat. Hah, faham? Akibat adanya perubahan dan ketidakseimbangan hormon ini jugalah, uols akan menjadi lebih sensitif dan lebih mudah marah, sampai benda kecil macam jerawat pun boleh buat mengamuk!…

Rileks…Ini ada beberapa tips mudah untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko kehadiran jerawat notty sewaktu PMS!

1) Pastikan kulit wajah bersih dari kotoran.

Salah satu cara simple untuk mencegah kemunculan jerawat sebelum haid adalah dengan mencuci wajah anda secara rutin setiap hari, lebih-lebih lagi sebelum tidur dan selepas anda memakai mekap atau melakukan aktiviti di luar rumah. Jangan biarkan debu dan kotoran menempel di kulit wajah uols yang mulus dan gebus tu kerana ia akan menyebabkan pori-pori kulit tersumbat yang mengakibatkan jerawat meronta-ronta nak keluar. Saat mengalami haid, kulit akan jadi lebih berminyak, jadi inilah masanya uols berikan perhatian lebih kepada kulit wajah anda. Nak cantik, jangan malas! Ye tak?

2) Banyakkan minum air putih.

Satu lagi cara mudah dan murah ialah dengan memperbanyakkan minum air putih. Semua tahu kan yang air putih sememangnya banyak beri manfaat kepada tubuh. Bukan saja untuk membuang toksin dalam badan tetapi dengan meminum air putih yang cukup, kotoran dalam darah juga mampu dinyahkan. Lebih-lebih sewaktu anda mengalami haid, tubuh akan kehilangan lebih banyak cairan dalam badan, jadi adalah penting untuk kita mengambil air putih yang lebih banyak. Penampakan kulit muka yang kusam dan kering akan muncul jika tubuh kekurangan air. Haa… Seram tak? Kulit wajah yang kering inilah tempat kesukaan jerawat! Bak kata pepatah dari badan turun ke muka. Eh, ada ke pepatah tu? Apa-apa pun, minum air putih memang sangat penting untuk menjaga kesihatan badan dan kulit wajah. Jadi, amalkan!

3) Elakkan makanan yang boleh membuatkan kulit lebih berminyak.

Cara pemakanan juga boleh menjadi faktor yang menggalakkan kehadiran jerawat ketika haid. Makanan yang mengandungi minyak berlebihan membuatkan jerawat mudah keluar. Oleh itu, jauhi makanan berminyak serta junk food yang boleh mendatangkan jerawat. Cara terbaik untuk mengatasi jerawat adalah dengan mengamalkan diet yang sihat. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk detoksifikasi tubuh atau bahasa lainnya, pembuangan toksin dalam badan. Selain itu, pengambilan supplement juga dapat membantu. Vitamin C misalnya, memberikan banyak manfaat untuk membuatkan kulit jadi lebih sihat secara semulajadi dan sangat baik untuk detox kan kulit. Beruntungnya kita sebab di bumi Allah ni, ada macam-macam makanan semulajadi yang mampu membersihkan kulit dalam dan luaran dan seterusya mencegah jerawat daripada muncul.

Ini adalah contohnya:

1) Avocado

Selain rasanya yang lazat, buah ini sememangnya kaya dengan nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh. Ianya kaya dengan vitamin E, yang bukan saja membuatkan kulit wajah lembab malah juga boleh jadi agen anti penuaan. Wow, jerawat hilang, wajah jadi awet muda! Siapa taknak, kan?

2) Brokoli

Brokoli sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat, khasnya vitamin C. Jadi, tak hairanlah ia boleh bertindak sebagai bahan antioksidan yang boleh membantu mencegah kerosakan kulit dan membuatkan kulit jadi lebih glowing!

3) Ikan

Ramai daripada kita lebih suka makan ayam berbanding ikan. Tapi, tahukah uols yang ikan mempunyai nutrisi yang lebih tinggi berbanding ayam? Baik ikan laut atau ikan air tawar, kedua- duanya mempunyai khasiat untuk kesihatan tubuh. Kandungan omega-3 dan omega-6 yang terkandung di dalam ikan dapat membantu mengurangkan risiko sel pori tersumbat yang boleh menyebabkan jerawat…

Hah, boleh cuba dari sekarang untuk amalkan makanan yang sihat untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Sebenarnya, banyak lagi faktor yang boleh mengundang kehadiran jerawat terutama sewaktu PMS. Stress dan gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok juga dapat menggalakkan keluar jerawat notty ni. Jadi, amalkan lah kehidupan yang sihat. Kendalikan stress dengan baik, banyakkan melakukan riadah. Jerawat takut nak dekat,
badan pun sihat!

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!