Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Jerawat Tinggalkan Parut? Cara Elak Dan Petua Mengatasinya.

Siapa yang tak mengidamkan kulit yang cantik, bersih dan semestinya bebas daripada jerawat, kan? Tetapi, bagi mereka yang berkulit sensitif dan mudah berjerawat, sudah tentu sukar bagi mereka untuk melalui hari-hari penuh berliku dengan jerawat yang tak hilang-hilang dari muka… Oh, sadis!

Chill and relax… Kecantikan tidak menentukan seratus peratus kegembiraan hidup anda. Namun, jika anda punya pilihan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, kenapa tidak berusaha untuk melakukannya, ye tak? Selain rutin penjagaan muka yang teratur dan produk yang bersesuaian dengan kulit wajah, perlu juga di elakkan perkara yang boleh membuatkan jerawat anda semakin teruk dan berparut.

Elakkan dari memicit jerawat

Geram memang geram tengok jerawat kat muka ni. Tapi, awas…! Perbuatan memicit jerawat ini akan menyebabkan jangkitan bakteria dan keradangan yang berulang-ulang di tempat yang sama, malah juga boleh merebak ke bahagian lain, sehingga menyebabkan terjadinya parut kekal.

Elakkan menggunakan scrub muka

Penggunaan scrub muka sememangnya elok untuk membuang sel kulit mati di wajah. Namun, bagi kulit wajah yang sensitif dan berjerawat, ia akan memburukkan lagi keadaan kulit anda. Tekstur kulit yang berjerawat sememangnya berbeza dengan kulit biasa kerana ia lebih sensitif dan cepat meradang. Jadi, elakkan!

Parut jerawat terjadi akibat proses penyembuhan dan pertumbuhan semula tisu kulit. Menghilangjkan jerawat dan parut akibat jerawat khasnya bagi anda yang berkulit sensitif, sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi. Masalah kulit tidak boleh diatasi dengan tempoh singkat atau sekelip mata, jadi jangan cepat berputus asa. Sebenarnya banyak produk menghilangkan parut yang terdapat dipasaran yang anda boleh cuba.Apa yang penting, pastikan ianya sesuai untuk keadaan kulit anda ya!

Selain daripada produk yang dijual di pasaran, anda juga boleh cuba petua untuk hilangkan parut ni. Selain menjimatkan kos, ianya mudah dicuba dan kebanyakannya menggunakan bahan semulajadi yang senang didapati. Jadi, why not?

1) Daun Lidah Buaya/ Aloe Vera

Ramai yang dah tahu kan daun lidah buaya ni sememangnya kaya dengan vitamin semulajadi yang mampu memulihkan kulit dan menghilangkan parut. Caranya mudah je. Patahkan daun lidah buaya dan keluarkan lendirnya dan sapu je dimuka. Pejam mata pun boleh buat!

2) Baking Soda

Bahan ini bukan saja digunakan untuk buat kek dan biskut, tetapi juga boleh jadi salah satu bahan penjagaan kulit anda, khasnya untuk menghilangkan parut jerawat. baking soda mampu menyerap masuk ke pori pori kulit dan membersihkannya. Caranya mudah, hanya campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air. Pastikan tidak terlalu cair. Hah, apa lagi, tenyeh je kat muka. Tapi, pastikan ianya baking soda ye, JANGAN gunakan baking powder. Memang ternaik muka tu nanti!

3) Asam Jawa

Ha… Bahan ni tak susah pun nak cari sebab memang ada di kebanyakan rumah, kan? Selain digunakan untuk memasak lauk pauk, boleh juga digunakan sebagai masker untuk hilangkan parut. Simple je caranya. Campurkan dengan sedikit air masak, jangan terlalu cair. Lepas tu, sapukan ke muka dan biarkan mengering selama 20 ke 30 minit. Selepas tu, bolehlah bilas bersih-bersih muka tu. Jangan lupa cuci pulak, nanti bersemut pulak muka tu, siapa nak tanggung???

Terdapat banyak lagi cara dan petua untuk hilangkan jerawat ni. Apapun, kita cuma mampu berusaha tetapi Allah juga yang mengizinkan, kan? Semoga info ini memberikan manfaat kepada anda dan sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan wajah yang diidamkan. Namun, perlu diingatkan – Hentikan amalkan petua ini jika terdapat reaksi negatif terhadap kulit ya! Selamat mencuba!

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!