Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Jus Pucuk Betik Rawat Demam Denggi

Bernarkah pucuk betik boleh digunakan sebagai cara altenatif merawat demam denggi?

pucuk-betik-untuk-rawatan-denggi

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Malaysia telah mendapati bahawa ekstrak daun betik terbukti berkesan untuk meningkatkan kandungan platlet dalam darah dan sekaligus membantu merawat pesakit demam denggi.

Kepada sesiapa yang nak tahu cara penyediaan Jus Daun Betik ni, kat bawah ni saya berkongsi kaedah penyediaannya. Tak susah pon..

Daun Betik

Cara Menyediakan Jus Betik:

  • Pertama sekali mestilah ada daun betik kan? Ok ambl dalam 2 helai daun betik segar yang baru dipetik. Ambil daun yang sedang-sedang je, tak perlu ambil pucuk atau daun yang terlalu tua.
  • Memandangkan kita hanya perlukan daunnya sahaja, jadi bahagian batang daun betik tu boleh lah diasingkan atau dibuang je.
  • Cuci daun betik tu dan siat-siat daun betik tersebut sebab kita nak tumbuk daun tu supaya lumat dan berair. Kalau takde batu lesung boleh je guna blender ­čÖé
  • Ok, sekarang letakkan daun betik yang dah dilumatkan tu dalam kain bersih, tujuannya adalah untuk memudahkan proses memerah jus tersebut. Kalau perah dengan tangan je pon boleh…
  • Siap.. sekarang campurkan pati/ekstrak daun betik tersebut dengan segelas air. Kalau rasa pahit, tambahkan lagi kuantiti air supaya rasa pahit hilang. Tapi seelok-eloknya telan je terus jus betik tu tanpa perlu larutkan dengan air.

Amalkan lah meminum jus daun betik ni 2 kali sehari iaitu pagi dan petang. Pastikan setiap kali nak minum baru buat jus tu, ini penting bagi memastikan khasiat jus daun betik tidak berkurang.

InsyaAllah berkesan sebagai penawar demam denggi, cubalah.. ­čÖé

Leave a Reply

error: Content is protected !!