Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Kalau Buah/Sayur Warna ‘Purple’ Apa Khasiatnya Ya? Jom Baca.

Sayuran dan buah-buahan merupakan “superfood” yang mempunyai pelbagai khasiat bagi kesihatan tubuh manusia mengikut kelompok warna tertentu. Warna yang berbeza turut menyumbang kepada jenis vitamin yang berbeza.

Terdapat bukti saintifik yang mencadangkan agar pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat mencegah daripada serangan penyakit jantung koronari dan stroke. Selain itu, khasiatnya juga dapat mencegah daripada pembentukan katarak, penyakit paru-paru obstruktif kronik, diverticulosis, dan mungkin hipertensi.

Sayuran dan buah-buahan mempunyai kelompok jenis warnanya yang tersendiri, kerana itu juga ia mempunyai khasiat yang pelbagai. Antara kelompok jenis warna yang biasa kita temui ialah warna putih, biru, ungu, hijau, kuning, jingga (oren) dan merah.

Putih

Buah dan sayur berwarna putih (tidak berpigmen) ini mengandung alicin yang mampu mengawal paras kolesterol dan tekanan darah serta dapat mencegah pertumbuhan sel kanser.

Selain itu, buah dan sayur berwarna putih mengandungi serat yang tinggi, vitamin C dan kalsium yang mampu meningkatkan imunisasi tubuh. Antara sayuran warna ini ialah bawang putih, bawang bombay, bunga kubis, cendawan, sawi putih dan lobak putih, manakala buahan yang mempunyai isi yang putih ialah pisang, duku, laici, longan, nona dan durian belanda.

Biru dan Ungu

Buah atau sayuran yang berwarna ungu dapat membuatkan otak anak anda berfungsi secara optima. Ia mengandungi anthocsyanin, flavonoin dan proanthocyanin yang merupakan antioksidan yang mampu menjaga kesihatan jantung. Selain kedua zat itu, sayur dan buah yang berwarna ungu juga mengandung anthycianin yang membantu menurunkan risiko tekanan darah tinggi dan kolesterol.

Buah dan sayur yang memiliki warna ungu adalah seperti beri hitam (blackberry), beri biru (blueberry), terung, ubi ungu, plum, kranberi, anggur dan rasberi. Semakin gelap warna ungu buah dan sayur, menandakan semakin tinggi jumlah antioksidannya.

Antioksidan pada bahan makanan yang berwarna ungu juga kaya dengan zat besi. Ia dapat mencegah kerosakan sel pada tubuh, meningkatkan sistem imunisasi badan, melindungi mata dan otak dari kerosakan, meningkatkan produksi sel darah merah dan putih serta bertindak sebagai anti-radang.

Hijau

Buah-buahan dan sayuran yang berwarna hijau baik untuk menghalang pertumbuhan sel kanser serta memelihara kesihatan mata kerana ia mengandungi zat phytochemical yang berupa lutein dan zeaxantin. Berlainan pula dengan sayur yang berwarna hijau tua seperti brokoli, ia mempunyai indoles isothiocyanates yang dapat meningkatkan pengeluaran enzim yang berfungsi menghilangkan racun dalam tubuh.

Apa yang anda perlu tahu, semakin gelap warna hijau pada sayuran yang dimakan, semakin banyak klorofil dan antioksidan di dalamnya. Antara sayuran hijau yang berkhasiat itu adalah salad, kale, bayam, kacang peas, kangkung, sawi, buncis, epal hijau, kiwi dan banyak lagi.

Kuning dan Jingga

Buah dan sayuran yang berwarna kuning dan jingga atau oren mengandungi kandungan beta karoten dan alpha karoten. Di dalam tubuh, kedua-dua zat ini akan diubah menjadi bentuk aktif, iaitu vitamin A yang membantu menjaga kesihatan mata dan juga kulit. Beta karoten dan antioksidan pula membantu dalam menguatkan sistem ketahanan badan.

Buah dan sayur yang berwarna kuning dan jingga juga kaya dengan kandungan vitamin C dan potassium yang berfungsi dalam menstabilkan tekanan darah. Ini termasuklah keledek, pir, pisang, nanas, buah oren, lemon, lobak merah, capsicum, labu, mangga, markisa, aprikot dan betik.

Merah

Sayur dan buah berwarna merah mengandungi likopen, iaitu zat yang berfungsi dalam melawan penyakit jantung, menjaga kesihatan sel serta mampu melindungi tubuh daripada kanser seperti kanser prostat dan kanser payudara. Warna merah pada makanan juga mengandungi antosianin yang dapat mencegah seseorang daripada terkena penyakit berjangkit. Antara buah-buahan dan sayuran yang berwarna merah adalah tomato, strawberi, delima, epal, tembikai, anggur merah, bayam merah, ubi bit, cili, kubis merah dan kacang merah.

Antara buah-buahan dan sayuran yang berwarna merah adalah tomato, strawberi, delima, epal, tembikai, anggur merah, bayam merah, ubi bit, cili, kubis merah dan kacang merah.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Makanan dan Pertanian laporan PBB mengesyorkan agar setiap orang dewasa mengambil sekurang-kurangnya lima porsi atau jenis bagi buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari kecuali sayur-sayuran berkanji.

Apa yang pasti, penggunaan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian adalah cara yang praktikal dan penting untuk mengoptimumkan corak pemakanan seimbang di samping mengurangkan risiko penyakit dan memaksimumkan kesihatan yang baik.

 

Rujukan : tribunnews || pama

Mary Ann Svan Duyn, Elizabeth Pivonka. “Overview of the Health Benefits of Fruit and Vegetable Consumption for the Dietetics Professional”. Journal Of The American Dietetic AssociationVolume 100, Issue 12, December 2000, Pages 1511-1521

Dhandevi Pem and Rajesh Jeewon.  Fruit and Vegetable Intake: Benefits and Progress of Nutrition Education Interventions. The Department of Health Sciences, Faculty of Science, University of Mauritius. 2015 Oct; 44(10): 1309–1321.

Gambar : Sumber Google

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!