Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Kanapa Kita Tak Bahagia?

Betul ke orang cakap, kalau kita banyak duit kita akan bahagia?

Betul ke orang yang banyakduit ni, hidup diorang bahagia?

Tapi ada je orang yang banyak duit, tapi hidup mereka tak bahagia kan?

Hrmmmm…. So, apa sebenarnya bahagia? dan macamana nak bahagia ek?

Pada saya, bahagia tu subjektif, satu perasaan yang semua orang berhak rasa. Sebab bahagia bukan milik orang yang bayak duit!

Apa kata lepas ni kita tukar stigma minda kita.

dari..

Nak Bahagia Kita Mesti Kaya

kepada

Nak Kaya Kita Mesti Bahagia

 

Betul la kan, kita kena happy dulu, baru duit akan datang?

Sebab bahagia tu berkait rapat dengan emosi, so kalau emosi kita bahagia dan gembira, setiap tindakan yangkita lakukan akan jadi positif. Apa yang kita lakukan waktu kita happy dengan apa yang kita lakukan waktu kita stress tak sama kan?

So, nak hasil kerja cemerlang, kita kena happy.. Setiap masa fikir positif.

Tapi, macamana nak happy?

Jawapan adalah dengan bersyukur.Seperti yang diterangkan dalam kitab suci Al-Quran. Antara ayat Al-Quranyang jelas menceritakan tentang kelebihan orang bersyukur adalah :

Surah Ibrahim ayat 7

surah ibrahim ayat 7

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Surah Ibrahim

Surah An-Nisaa ayat 147

surah an nisaa ayat 147

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

Surah An Nisaa

Bila kita bersyukur, bermaksud kita berterima kasih dan menikmati dengan hati yang redha dengan apa yang kita ada sekarang.

Kita bersyukur sebab kita masih mempunyai tangan sedangkan ada dikalangan masyarakat kita yang tidak memilikinya.

Kita bersyukur sebab kita masih boleh melihat sedangkan ada dikalangan masyarakat kita yang buta.

Kita bersyukur sebab kita masih ada kerja sedangkan ada dikalangan rakan atau saudara-mara kita yang menganggur.

Kita bersyukur sebab kita masih ada pendapatan untuk menyara keluarga sedangkan ada diantara kita yang hilang punca rezeki.

Pokok pangkalnya SYUKUR.

Jangan Disbabkan Allah Tidak Menunaikan Hajat Kita,

Kita Lupa Pada Segala Nikmat Yang Telah Allah Beri

Bila kita hargai apa yang kita ada, kita akan redha pada apa yang kita tiada.

Jangan fikir pada yang tiada, tetapi bersyukur dan nikmati lah apa yang kita ada.

InsyaAllah bila hati senang, otak tak berserabut, rezeki tu akan datang mencurah-curah, kita hanya perlu sabar dan yakin pada ketentuan Allah…

“Don’t Worry, Be Happy, InsyaAllah Everything will be OK!”

🙂

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!