Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Kanser Usus – 3 Perkara Yang Perlu Di Elak!

kanser ususMakanan lazat seringkali menarik minat sesiapa saja. Apatah lagi Malaysia sememangnya sebuah negara yang sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Kaya dengan sumber makanan membuatkan rakyat Malaysia gemar makan tanpa mengira waktu. Daripada 28 juta rakyat malaysia berapa ramai yang prihatin terhadap penjagaan usus?

Setiap hari kita memasukkan pelbagai jenis makanan kedalam perut tanpa memikirkan khasiat yang terkandung. Selalunya kita jarang mengambil berat adakah makanan yang diambil mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita atau ia sekadar memenuhi selera. Ada pepatah mengatakan, kita adalah apa yang kita makan. Beberapa langkah pencegahan perlu diambil sebelum kita diserang kanser usus dalam diam.

Di Malaysia, sehingga 2002, sebanyak. 2,778 kes dicatatkan dan daripada jumlah terbabit 59.6 peratus membabitkan pesakit berketurunan Cina.

Antara punca utama yang dikenal pasti menjadi peyumbang kepada kanser usus adalah pemakanan, gaya hidup dan kurangnya senaman.

Pemakanan

Terlalu banyak makan daging merah. Daging merah dikatakan banyak mengandungi mioglobin lebih tinggi berbanding daging putih. Daging merah terdiri daripada lembu, kambing dan biri-biri.  Menurut laporan terkini saintis barat, Ferguson (2010), mendapati pengambilan daging merah sebanyak 100gram boleh meningkatkan 12 hingga 17 peratus barah kolorektral (Kanser Usus).

Bagaimanapun ia tidak bermakna daging merah langsung tidak boleh dimakan. Makan dalam kuantiti sedikit dan jika boleh elak daging merah yang dipanggang mahupun dibakar seperti satay, burger mahupun sosej.

Gaya hidup

Golongan yang merokok dan minum minuman beralkohol dikatakan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser usus. Alkohol umpamanya mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan usus.

Rokok pula mengandungi Nikotin dan Tar. Di dalam Tar terkandung lebih daripada 4000 bahan kimia. Antara bahan kimia itu digunakan juga untuk mengawet mayat, produk plastik dan racun perosak. Bahan inilah yang dimasukkan perokok ke dalam tubuh mereka setiap hari. Bayangkan rupa usus mereka?

hidup sihat

Kurang bersenam

Boleh dikatakan separuh daripada rakyat Malaysia tidak bersenam. Malas bersenam membuatkan ramai yang berisiko mendapat pelbagai jenis penyakit berbahaya dan kanser usus berada diantara kedudukan tertinggi dinegara ini.

Senaman sekurang-kurangnya membantu membakar lemak dan ia mengasilkan peluh yang keluar bersamanya adalah toksin yang merbahaya. Secara tidak langsung tubuh kita tidak menyimpan toksin yang boleh meragut nyawa tanpa kita sedari.

Pelbagai jenis senaman dapat kita lakukan dan menurut pakar senaman seharusnya dilakukan selama 30 minit sekurang-kurangnya tiga hingga lima kali seminggu. Berjalan adalah antara senaman mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

Jika anda terasa ada diantara tiga faktor diatas menjadi amalan dalam hidup, jangan risau masih belum terlambat untuk anda bertindak. Anda boleh mengubah corak kehidupan, pemakanan dan tabiat buruk seperti merokok atau minum minuman berakohol.

Antara tindakan yang boleh anda lakukan:-

makanan elak kanser usus

Makan makanan lebih serat

Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak serat. Anda boleh memilih pelbagai jenis sayuran hijau seperti sawi, bayam, petola, kobis dan banyak lagi jenis sayuran. Cara terbaik adalah dengan menjadikan sayuran ini dalam bentuk jus. Ia boleh dikisar hingga lumat dan diminum bersama hampasnya.

Mungkin tidak ramai yang berani untuk mencubanya. Cara lain adalah dengan mengisar sayur bersama dengan buah-buahan seperti oren, jambu, tembikai susu dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menguruangkan rasa pahit sayur. Insya Allah dengan cara ini ia dapat membantu penghadaman yang sempurna.

Senaman berkala

Senaman perlu dijadualkan mengikut kesesuaian masa anda. Dalam soal ini pengorbanan diperlukan. Berapa ramai dalam kalangan kita lebih sanggup menghabiskan waktu dengan tidur mahupun berhibur.

Langkah pertama adalah sesuatu yang sukar dilakukan tetapi percayalah jika kita sudah memulakannya ia akan bergerak lancar umpama kereta yang sudah panas enjinnya.

Waktu awal pagi adalah waktu yang amat sesuai digunakan untuk bersenam. Ini kerana cuaca pada ketika itu redup, dingin dan banyak oksigen dibebaskan ketika waktu pagi. Pilihlah kawasan yang banyak pokok seperti taman permainan mahupun kawasan reakreasi seperti Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Terpulanglah kepada kesesuaian masing-masing untuk melakukan senaman tetapi pastikan anda melakukan pemanasan badan terlebih dahulu sebelum berjalan atau berlari. Ini kerana tanpa pemanasan badan yang secukupnya otot kita boleh kejang ketika aktiviti senaman dilakuakan.

Ganti rokok/minuman alkohol dengan manisan kurang gula

Pasti kedengaran pelbagai alasan jika diajukan cadangan ini kepada perokok mahupun peminum alkohol. Ramai antara perokok tegar mahupun peminum dapat meninggalkan rokok dan arak dengan menggunakan kaedah ini tetapi apa yang penting ia hadir daripada dalam diri yang inginkan kehidupan yang sihat untuk diri dan keluarga.

Sekarang pelbagai jenis produk manisan terdapat dipasaran yang boleh dijadikan ganti kepada rokok dan arak. Antaranya coklat hitam (dark chocholate). Ia juga amat sesuai untuk jantung kita. Terdapat banyak pilihan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Maklumat juga semakin banyak. Hanya terserah pada diri kita untuk membuat pilihan.

Rujukan dan Sumber :

  • Kanser Usus Meningkat – Harian Metro 4 Mac 2013
  • Kanser Usus Kesan Dengan Awal – COED Services
  • Pusat Maklumat Kanser Hospital Putrajaya

Leave a Reply

error: Content is protected !!