Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Kebaikan dan Keburukan Vitamin K

Pelbagai jenis vitamin yang kita dengar. Apa yang pasti Vitamin C lebih diketahui umum berbanding vitamin lain apatah lagi kini ia dipromosi secara besar-besaran untuk tujuan kecantikan.

Vitamin K umpamanya. Ia adalah antara vitamin yang mempunyai peranan tersendiri terutama ketika membantu memberhentikan pendarahan yang berlaku akibat luka sama ada luka dalaman mahupun luaran. Ia juga dikenali sebagai vitamin pembeku kerana tanpa vitamin ini darah pasti tidak boleh membeku. Beberapa kajian pakar juga mendapati vitamin ini membantu mengekalkan kekutan tulang terutamanya kepada warga tua.

Vitamin K merupakan salah satu vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh manusia. Ia larut dalam lemak dan ia terbahagi kepada tiga jenis :

  1. Vitamin K1 (phylloquinone) – ia terdapat dalam tumbuhan. Membantu pembentukan clot darah
  2. Vitamin K2 (menaquinone) – ia terhasil daripada bakteria yang terdapat dalam organ pencernaan
    • Berperanan penting dalam pembentukan tulang dan mencegah hakisan tulang. Ia mengubah protein osteocalcin dan memberi keupayaan untuk mengikat kalsium yang akhirnya membantu kalsium membentuk matriks tulang.
    •  Penemuan terbaru juga mendapati vitamin K digabungkan dengan vitamin D membantu memudahkan fungsi membangun sel-sel tulang dan menghalang kerosakan sel tersebut.
  3.  Vitamin K3 (menadione) – ia adalah vitamin buatan untuk membantu individu yang mempunyai masalah dengan organ pencernaan untuk menyerap makanan.

Vitamin K dan Pertumbuhan sel

Gas6 adalah protein penting untuk mengawal selia pertumbuhan sel, perkembangan dan mencegah kematian sel. Ia sangat bergantung dengan vitamin K. Ia turut membantu sel-sel untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Vitamin K Mencegah Penyakit Kardiovascular

Apabila kekurangan vitamin K dalam badan. Osteocalcin tidak mengikat kalsium. Ini bermakna kalsium tidak mampu untuk mengikat matriks tulang . Kekurangan kalsium menyebabkan wujud liang pada tulang sekaligus membolehkan ia bebas bergerak dalam darah dan akhirnya tersimpan dalam arteri. Keadaan ini menyebabkan pengerasan arteri yang juga dikenali sebagai aterosklerosis.

Sekalipun peranan vitamin K lebih kepada pembekuan darah namun ia tetap menunjukkan kebolehan lain dalam sistem badan kita terutamanya dalam pembentukan tulang dan menghalang penyakit kardiovaskular.

Sumber Vitamin K

Vitamin jenis ini sangat mudah diperolehi, ia terdapat dalam sistem pencernaan kita yang sememangnya mengandungi bakteria yang dapat membentuk sintesis vitamin K yang diserap dan disimpan dalam hati. Namun jumlah itu belum tentu mencukupi. Oleh itu kita  perlu mendapatkan daripada sumber seperti :

  1. Sayuran hijau yang banyak daun, kobis, brokoli, lobak hijau, sawi, bayam, salad daun hijau, pucuk Brussels dan kobis bunga.
  2. Ikan, hati, susu keldai dan lembu. (kandungan vitamin agak sedikit)
  3. Daging lembu, telur dan bijirin (kandungan vitamin agak sedikit)

Apa jadi jika kekurangan Vitamin K

Kekurangan vitamin k sangat jarang berlaku. Ia hanya akan terjadi sekiranya usus gagal menyerap vitamin daripada saluran. Rawatan jangka panjang antibiotik juga boleh mengurangkan jumlah vitamin k dalam tubuh pesakit. Kekurangan vitamin k boleh mengakibatkan seseorang itu mudah lebam dan jika kulit terguris mudah mengalami pendarahan.

Jika anda sedang menjalani rawatan dengan mengambil ubat untuk mencairkan darah, anda dinasihatkan agar mengurangkan kadar makanan yang mengandungi banyak vitamin k. Perlu anda ketahui vitamin k boleh mengurangkan keberkesanan ubat tersebut dan ia sekali gus menggagalkan proses rawatan.

Selain itu vitamin k juga boleh menyebabkan seseorang individu keracunan. Ia boleh berlaku jika seseorang menerima gantian vitamin k larut air. Antara gejala yang boleh berlaku jika keracunan makanan terjadi seperti penyakit kuning, sel darah merah hancur dan kerosakan pada otak.

Rujukan : Nutrition and Diagnosis – Related Care – six edition (Sylvia Escott-Stump) || Fitday.com

Leave a Reply

error: Content is protected !!