Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Kelebihan Menangis Yang Anda Tak Pernah Tahu!

Apa Sebenarnya Kebaikan Menangis Ni?

Setabah mana pun seseorang itu, pasti pernah menitiskan air mata. Mungkin kerana perpisahan dengan orang tersayang, putus cinta, babak sedih dalam filem kegemaran, tekanan kerja atau sebab-sebab lain. Eh? Sebenarnya bukan kerana kesedihan, kesakitan, derita dan sengsara sahaja yang buat orang menangis kan? Saat-saat indah dan gembira pun boleh buat air mata menitis ke pipi juga. Melihat bayi yang anda lahirkan untuk kali pertama atau bertemu dengan kawan lama yang bertahun tak jumpa pun mampu melahirkan perasaan gembira yang keterlaluan sehingga anda menangis! Jadi ada sesiapa yang belum pernah menangis di sini? Okay, jangan tipu 😉

Semua orang pun tahu, wanita lebih kerap menangis berbanding lelaki. Menurut Pertubuhan Psikologi Amerika, wanita menangis kira-kira 5.3 kali sebulan manakala lelaki hanya menangis 1.3 kali sebulan secara purata. Menangis bukan lah satu perkara yang memalukan. Ia baik untuk anda, tak kira apa pun jantina anda. Kalau anda nak tahu, kelenjar air mata menghasilkan 10 aun air mata setiap hari dan boleh mencapai 30 gelen setahun. Jom lihat kebaikan menangis yang mungkin anda tak pernah tahu!

Mengeluarkan Toksin

Ya! Menangis juga adalah salah satu cara tubuh anda mengeluarkan toksin dan bahan kimia berbahaya yang boleh meningkatkan hormon kortisol, iaitu salah satu dari hormon stress. Sama seperti pengeluaran eksokrin yang lain seperti kencing, peluh dan hembusan nafas, tangisan turut membantu membersihkan tubuh dari lebihan bahan kimia dan toksin yang terhasil dari tekanan emosi. Jika dibiarkan, hal ini boleh menjejaskan kesihatan anda. Air mata juga membebaskan hormon adrenokortikortropik (ACTH) dan prolaktin protein. Ia mendorong leucine-enkefalin, sejenis endorfin yang bertindak sebagai ubat penahan sakit semula jadi dalam tubuh. Untuk pengetahuan anda, pengeluaran toksin dengan menangis adalah sama seperti anda menghadiri sesi urut dan terapi semulajadi. Bezanya hanyalah, anda tak perlukan duit untuk menangis! Tapi, perlu diingat bahawa, hanya tangisan kerana emosi dalaman dan stress sahaja yang mampu bertindak sedemikian. Bukan tangisan kerana sakit atau kecederaan fizikal ya 😀

Mengawal Stress

Mestilah! Anda perasan tak lepas menangis, hati dan minda akan rasa lebih tenang dan lega. Terutama ketika anda menangis berseorangan dan anda tahu tuhan sedang mendengar rintihan anda. Menangislah sepuasnya kerana ia cara paling selamat dan berkesan untuk mengawal emosi dan stress. Ketika air mata sedang bercucuran, lebihan hormon kortisol dilepaskan lalu melegakan stress dan ketegangan. Bukan itu sahaja, air mata mengandungi mangan, sejenis mineral pengubah emosi sebanyak 30 kali lebih tinggi berbanding darah. Apabila ia dikeluarkan dari tubuh, anda akan terasa lega dan bebas dari tekanan. Anda juga digalakkan untuk menangis ketika menghadapi tekanan untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan kerosakan otak. Anda pun tahu kan stress adalah punca pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti. Anda akan rasa jauh lebih baik dengan hanya menangis dan yang paling penting, ia bantu anda kawal perasaan negatif dan kekecewaan dengan lebih baik 🙂

Memulihkan Emosi

Sebuah kajian yang disiarkan dalam ‘Jurnal Pendidikan Melalui Personaliti’ telah membuktikan bahawa kenyataan menangis mampu membawa kepada emosi yang lebih baik adalah sememangnya benar. Kajian pada 2014 yang tersiar dalam ‘Sempadan Dalam Psikologi’ turut mendedahkan bahawa menangis boleh jadi penenang dan pemulih emosi seseorang lebih baik dari penggunaan mana-mana ubat anti-kemurungan atau pil penenang. Kebenaran fakta ini juga disokong oleh sebuah lagi kajian pada 2015 dan disiarkan dalam ‘Motivasi dan Emosi’. Pengkaji cuba menghubungkan tangisan dan pemulihan emosi lalu mendapati bahawa walaupun anda menghadapi perasaan yang sangat ‘down’ selepas menangis, namun setelah beberapa ketika, emosi anda akan pulih dan rasa negatif akan berkurang. Endorfin yang terhasil ketika air mata mengalir membuat anda mula selesa dan mampu tidur dengan nyenyak selepas menangis. Anda akan lebih tenang berbanding sebelumnya. Pun begitu, jika anda mengalami kebimbangan atau gangguan emosi, ini mungkin menyukarkan anda untuk mendapat kebaikan menangis.

Memperbaiki Penglihatan

Dengan menangis, genangan air mata membantu mencuci dan melindungi mata dari habuk, kuman dan bakteria sekaligus memperbaiki penglihatan. Jika mata anda dimasuki habuk atau kuman, kelenjar air mata akan meransang lebih banyak cecair untuk membersih dan mengalirkan keluar dari mata. Cecair ini juga dikenali sebagai air mata spontan. Ia mengandungi glukosa dan lysozyme, enzim antibakteria dan antiviral yang melindung dan menyuburkan sel pada permukaan dan bahagian dalam mata. Ia juga berupaya melarut dan memecahkan lapisan pelindung bakteria lalu membunuhnya untuk mengelak sebarang kerosakan pada mata. Tak cukup dengan itu, Institut Mata Nasional menyatakan yang menangis dapat melembab dan melicinkan lapisan mukus dalam mata. Dengan bebola dan kelopak mata yang lembab dan licin, penglihatan anda lebih jelas. Cubalah bandingkan penglihatan anda seblum dan selepas menangis 😀

So, kalau anda rasa macam nak menangis sebab stress atau masalah emosi, teruskan okay, jangan tahan sebak anda. Setiap kali anda mengelap air mata kesedihan dan kekecewaan, anda juga sedang menghapuskan toksin dan hormon berbahaya dari tubuh. Dan, air mata turut menenangkan fikiran dan melegakan emosi anda. Segala semangat negatif akan terbebas, membolehkan semangat positif berkembang dalam diri. Menangis itu normal, tak perlu berasa malu. Ambil sekotak tisu dan menangislah sepuasnya, lepaskan segala pilu di hati. Tapi jangan lupa, kesat air mata dan cuci muka dulu sebelum tidur. Takut nanti anda bangun dengan mata yang bengkak pula keesokan hari 🙂

Sumber : http://www.top10homeremedies.com

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!