Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Inilah 12 Khasiat Kentang Yang Mungkin Kita Tak Tahu.

Kentang merupakan salah satu sumber karbohidrat yang mana kandungan karbohidratnya lebih tinggi tetapi jumlah kalorinya lebih rendah berbanding nasi dan gandum. Oleh itu, kentang sesuai dijadikan sebagai salah satu sumber untuk mengatur pola pemakanan bagi program diet.

Kentang atau nama saintifiknya Solanum tuberosum merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga herba yang berasal dari Mexico dan juga Amerika Latin. Kentang sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi dan beriklim sejuk.

Kentang mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Antaranya kalium yang sangat berguna untuk meningkatkan tahap pH di dalam tubuh manusia. Selain itu, kentang juga mengandungi vitamin C yang tinggi selepas oren. Kentang turut mengandungi karbohidrat, fiber, vitamin B1, B2, B3, protein dan zat besi.

Oleh kerana kandungan gizinya tinggi, maka kentang biasanya banyak digunakan dalam perawatan kecantikan dan kesihatan tubuh. Jom kita tengok apa khasiat kentang yang boleh kita praktikkan di rumah.

KHASIAT KENTANG UNTUK CANTIK DAN SIHAT

Kentang sangat berguna dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Selain membantu diet, ia juga mempunyai khasiat lain bagi kesihatan tubuh dan kecantikan kulit. Antara khasiatnya adalah seperti:

Masalah Pelbagai Penyakit 

Ubi kentang sangat baik da selamat untuk mengubatai masalah kulit melecur, keradangan seperti mata bengkak dan merah, masalah kulit, masalah pembuangan air kecil, rawatan bronchitis, reumatisme, buasir serta mengatasi masalah kekejangan.

Mengubati Luka Kecil dan Terbakar

Ambil beberapa hirisan ubi kentang dan tempelkan pada bahagian yang mengalami luka atau melecur. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Ulangi langkah tersebut beberapa kali.

Lingkaran Hitam Pada Kelopak Dan Bawah Mata 

Parutkan ubi kentang kemudian tempelkan pada kawasan hitam pada kelopak dan bawah mata. Campuran parutan ubi kentang dan  sedikit krim boleh melambatkan proses penuaan atau kedutan pada wajah.

Mencerahkan Kulit

Kentang mempunyai vitamin C yang selain bertidak sebagai antioksidan, ia juga dapat membantu mencerahkan kulit, lebih anjal dan awet muda. Caranya dengan memarut kentang dan jadikan masker muka. Semakin kerap buat, wajah akan lebih sihat dan berseri, malahan bebas jerawat.

Kulit Berjerawat

Hiris kentang nipis-nipis dan tempelkan pada bahagian muka yang berjerawat. Biarkan hirisan kentang itu mengering dan bertukar warna kelabu. Kemudian, bersihkan muka dengan air sejuk.

Merawat Kulit Beminyak

Ambil dua biji kentang dan kupas kulitnya, kemudian diparut. Ubi kentang yang telah diparut tadi disapukan pada muka sehingga rata dan biarkan selama 30 minit. Bersihkan muka dengan air bersih yang sejuk.

Hidung Selalu Berhingus

Kentang merah baik digunakan untuk mengubati penyakit yang menyebabkan hidung selalu berhingus kerana kandungan perencat enzim protease yang tinggi mampu membunuh virus tertentu.

Kutil

Ambil beberapa hirisan kentang segar. Sapu dan gosok lembut pada kutil tersebut. Ulangi beberapa hari sehingga kutil tersebut hilang.

Mata Bengkak

Parut kentang dan balut dengan kain nipis yang bersih. Tekapkan pada kelopak mata yang sakit.

Meredakan Tekanan

Kandungan vitamin B6 pada ubi kentang membuatkan hormon adrenalin bertindak balas terhadap tekanan seseorang. Pengambilannya secara konsisten dapat membuatkan tubuh lebih relaks dan tenang.

Meningkatkan Kecerdasan Otak

Kandungan zat besi dan tembaga yang tinggi bagus untuk nutrisi otak.  Selain itu, ubi kentang juga mempunyai kandungan penting iaitu B6 dan asid folat yang merupakan salah satu zat penting untuk meningkatkan fungsi otak.

Tekanan Darah Tinggi

Dikatakan ubi kentang juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan vitamin C dan B yang tinggi membantu menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kolesterol dan membantu meningkatkan fungsi insulin yang ada di dalam tubuh.

Namun, elakkan memakan ubi kentang secara berlebihan, terutama bagi anda yang menderita diabetis. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

TIPS MEMILIH UBI KENTANG

  1. Pilih kentang yang masih segar, licin kulitnya, keras dan mampat isinya.
  2. Elakkan membeli kentang yang sudah ditumbuhi ‘mata’ atau berwarna hijau lebam atau yang sudah ditumbuhi ‘mata’ (tunas).
  3. Simpan kentang di tempat yang sejuk, gelap dan kering. Ini akan melambatkan tunas tumbuh.
  4. Jangan simpan dalam plastik kerana akan membuatkan kentang lebih cepat membusuk. Sebaik-baiknya simpan di dalam beg kertas dan asingkan dari tempat simpanan bawang.
  5. Jangan biarkan terdedah kepada cahaya matahari atau di dalam peti sejuk kerana cahaya mentari mampu membuatnya bertukar kehijauan dan keracunan, manakala suhu di dalam peti sejuk akan menukarkan kanji kentang kepada gula.

Rujukan : mrtengkuasmadi  |  hariangadis  |  Dr. Faszly Rahim, Dr. Wan Nayarudin Wan Abdullah, Prof. Dr. Aminah Abdullah, ed., 2015. Ubi Kentang dlm. “Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam : Keajaiban Penyembuhan Dengan Farmakologi Alam”. Kuala Lumpur Telaga Biru Sdn. Bhd. Hlm. 269 -270

Gambar : Sumber Google

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!