Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Kenali Ginseng Jawa dan Khasiatnya Yang Sangat Mengagumkan.

Selain ginseng Cina dan Korea, terdapat juga ginseng Jawa yang tidak kurang juga khasiatnya.  Pokok Som Jawa atau nama saintifiknya Talinum paniculatum Gaertn adalah merupakan ginseng Indonesia, malahan ia biasanya dijumpai dan digunakan dalam dunia perubatan.

Tumbuhan ajaib ini kini mudah ditanam di kawasan lanskap dan juga di dalam pasu sebagai tumbuhan hiasan kerana ia mempunyai khasiat yang sangat banyak dalam megubati pelbagai jenis penyakit dalaman mahupun luaran, bermula dari daunnya hingga ke akar.

Sekiranya mempunyai penyakit dalaman, keringkan sahaja daun ginseng Jawa, lalu dikisar halus dan direneh sehingga menjadi teh. Selain dijadikan air rebusan minum, daun ini juga boleh diolah ke dalam masakan seperti daun tumis dan sayuran berkuah.

Manakala bagi merawat penyakit luaran seperti keradangan, luka, bengkak mahupun jerawat, bersihkan daun dan tumbuk lumat, lalu ditepekkan pada bahagian kulit yang bermasalah. Bagaimana pula dengan khasiat akar dan bahagian lainnya? Berikut merupakan antara kelebihan atau khasiat ginseng Jawa.

Melancarkan Aliran Darah

Dalam ginseng Jawa terkandung sterol yang dapat memperbaiki serta melancarkan sistem peredaran darah. Apabila aliran darah dalam tubuh berjalan dengan baik, maka secara tidak langsungnya ia dapat membekalkan oksigen yang mencukupi hingga ke otak. Otak yang sihat mempunyai daya berfikir yang kuat, daya tumpuan yang tinggi serta dapat menganalisa keputusan dengan lebih baik dan tepat.

Mengekalkan Awet Muda

Percaya atau tidak tumbuhan ini berupaya dalam merawat serta memulihkan sel-sel kulit yang rosak. Hal ini kerana ginseng Jawa juga mengandungi vitamin C yang cukup tinggi. Jadi, tidak hairanlah jika orang-orang dulu nampak awet muda dan masih kuat dek pengambilan ulam-ulaman dan pemakanan sihat yang mereka amalkan.

Menyembuhkan Bisul dan  Jerawat

Kandungan minyak atsiri yang terdapat dalam ginseng Jawa adalah bersifat steroid sehingga mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh di samping bertindak sebagai anti-bakteria yang baik. Untuk merawatnya, tumbuk atau kisar halus daun muda ginseng Jawa lalu dicampurkan dengan gula merah dan sedikit air. Tampal atau tepekkan ramuan ini pada bisul atau jerawat. Lakukannya secara rutin sehingga kawasan bermasalah tersebut pulih sepenuhnya.

Luka Cepat Sembuh

Tumbuhan herba ini mengandungi antioksidan yang tinggi, flavonoid, anti-bakteria dan juga anti-virus yang sangat baik untuk mengatasi pembengkakan. Dengan ini luka juga dapat sembuh dengan lebih cepat.

Memperbaiki Mood

Kandungan genosida dalam ginseng Jawa juga berguna dalam membantu pembentukan hormon endorfin. Hormon ini penting dalam memperbaiki mood seseorang selain meningkatkan daya fokus. Keseimbangan mood dan daya fokus yang baik membuatkan kita lebih ceria dan bersemangat dalam melakukan pelbagai aktiviti seharian.

Menguatkan Otot dan Pulih Tenaga

Kandungan vitamin B sangat baik dalam membekalkan tenaga yang lebih efisyen. Vitamin yang terkandung dalam ginseng Jawa ini bukan sahaja membantu menguatkan otot malah mengembalikan tenaga seseorang yang keletihan.

Menambah Produksi Susu Ibu

Kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak berasa tertekan kerana kekurangan produksi susu badan. Dikatakan khasiat ginseng Jawa jika diambil sebagai alternatif dapat membantu melancarkan penghasilan kilang susu ibu di samping melancarkan peredaran darah. Walau bagaimanapun, dapatkan dahulu nasihat dari pakar perubatan sebelum mengambilnya.

Menambah Nafsu Makan

Bagi anda yang mengalami masalah kurang nafsu makan, cubalah merawatnya dengan ginseng Jawa. Ginseng Jawa dikatakan dapat digunakan untuk meningkatkan nafsu makan sekaligus menambah berat badan. Bagaimana caranya? Rebus 7 helai daun ginseng Jawa dan minum bila suam. Amalkannya setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Mengurangkan Berat Badan

Adakah anda dalam diet untuk kurus? Ginseng Jawa mengandungi antioksidan serta serat yang tinggi yang dapat membantu menjayakan program diet yang sedang anda jalani. Kedua-dua nutrisi ini akan memecahkan lemak serta kolesterol, lalu dibuang melalui sistem pencernaan dan perkumuhan anda. Ini akan membuatkan badan lebih ringan dan kekal cergas.

Perbaiki Sistem Pencernaan dan Buasir

Serat yang terdapat pada daun ginseng Jawa bertindak sebagai anti-radang yang membantu dalam mengatasi masalah kembung perut. Amalkan pengambilan daun ginseng Jawa dalam masakan, ia dapat membantu melancarkan sistem pencernaan serta membantu dalam merawat buasir.

Menjaga Kesihatan Hati

Terdapat kandungan saponin yang baik dalam menjaga kesihatan hati. Saponin dalam ginseng Jawa ini akan menyahtoksin yang tidak diperlukan oleh hati. Ini akan menjadikan kesihatan hati lebih baik dan terjaga. Selain itu, sifat anti-inflamasi yang terdapat pada ginseng Jawa juga bertindak dalam mencegah berlakunya kerosakan hati akibat jangkitan seperti kanser hati.

Merawat Diabetes

Terdapat kajian yang membuktikan sekiranya akar dan daun ginseng Jawa digunakan bersama, ia dapat memberikan kesan yang sangat baik dan efektif dalam mencegah dan merawat penyakit diabetes.

Bertindak Sebagai Anti-Kanser

Kandungan polisakarida dan siklofosfamid dalam ginseng Jawa bertindak dalam meningkatkan sistem ketahanan tubuh melawan penyakit sekaligus bertindak sebagai anti-kanser.

Mengatasi Masalah Ereksi

Seperti ginseng merah, ginseng Jawa juga mempunyai khasiat yang sama dalam merawat masalah ereksi. Kandungan panaksinol yang terkandung dalam ginseng Jawa sangat baik dalam melancarkan peredaran darah dan memperbaiki sistem saraf, sekaligus ia membantu merawat serta merangsang kembali organ seksual lelaki agar dapat berfungsi dengan lebih baik.

Rujukan :  manfaat || Andrew Dalby, ed., 2004. “Ginseng: Taming the Wild” dalam Wild Food: Proceedings of the Oxford Symposium on Food and Cookery. Richard Hosking (Totnes: Buku-buku Prospect, 2006. m.s. 93-104).

Gambar: Sumber Google

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!