Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Kenali Sayuran Yang Mengandungi Sumber Protein

Lazimnya bagi budaya masyarakat Asia Tenggara, kita sudah biasa memperoleh sumber protein dari pemakanan atau diet yang berasaskan daging; sama ada daging merah seperti lembu atau kambing, daging putih iaitu ayam dan telur,  juga hasil tangkapan marin seperti ikan, ketam dan udang. Menu seumpama ini juga dikenali di negara Barat sebagai ‘Gourmet Meal’. Pada kurun ke-16 di Eropah, menu masakan berat ini hanya dihidangkan kepada para bangsawan dan kelas atasan  pada waktu tertentu sahaja, ketika majlis keramaian dan upacara makan malam. Manakala di Amerika Syarikat, ia dihidangkan di restoran-restoran mewah khususnya di kotaraya.

Berlainan pula di Malaysia, kita mempraktikkan gaya pemakanan ‘Gourmet’ hampir setiap hati tanpa mengira masa. Ayam panggang, telur rebus, daging masak merah, ikan bakar, ketam goreng kunyit, dan kari udang adalah masakan yang biasa didapati di restoran mahupun di dapur rumah. Realitinya, masih ramai yang tidak tahu bahawa sayur-sayuran juga mempunyai khasiat protein semulajadi, malah kandungan protein yang terdapat dalam tumbuhan  organik ini lebih tinggi dari daging!

Sumber protein organik? Ya. Ada berita baik untuk individu yang gemar makan sayur-sayuran. Bagi golongan vegetarian dan vegan yang hanya makan salad, buah, kekacang, pulut dan kacang soya, pastinya anda tertanya-tanya bagaimanakah mereka mendapat khasiat protein yang lengkap jika mereka tidak pernah makan daging atau ikan? Jawapannya adalah kerana keunikan kandungan protein yang terdapat dalam setiap jenis sayuran dan buah-buahan tersebut diserap oleh molekul enzim, hormon dan kolagen dalam tubuh manusia. Sayur juga tinggi kandungan vitamin dan mineral, malah kurang kalori.  Sayur boleh dimakan setiap hari tanpa ada kesan sampingan.

Terdapat 10 jenis sayuran rendah kalori yang berprotein tinggi iaitu:

Bayam, 49% protein

Kisah animasi si pelayar Popeye yang gemar makan bayam dan bertubuh muskular bukanlah satu rekaan, ini kerana sayur bayam mengandungi vitamin K, C, B6 dan riboflavin yang bertindak sebagai antioksida selain dari asid omega-3 dan mineral untuk tenaga.

Brokoli, 45% protein

Mengandungi vitamin A untuk kecantikan dan kesihatan mata, vitamin C untuk mencerahkan kulit, vitamin B3 , B5 dan folate yang berguna untuk ibu-ibu sebelum dan selepas bersalin.

Kobis Bunga, 40% protein

Kandungan Di-indolyl-methane yang dijumpai dalam sayuran ini berfungsi sebagai agen imunisasi, anti bakteria dan melindungi tubuh dari virus, manakala vitmin B1 berfungsi untuk sistem metabolisma dalam memproses karbohidrat.

Cendawan, 38% protein

Vitamin D, selenium, potassium, niacin dan riboflavin bertindak melindungi sel darah merah dan kecantikan kulit manakala asid panthotenic untuk produksi hormon dan melindungi sistem saraf.

Parsli, 34% protein

Herba ajaib ini mengandungi sejenis minyak esensial Eugenol yang bertindak sebagai aromaterapi tubuh. Oleh kerana kandungan Vitamin K yang tinggi, ia dapat merawat penyakit Alzehmeir dan mengurangkan kerosakan saraf neuron (otak).

Timun, 24% protein

Kaya dengan b-carotene dan a-carotene serta fiber (serat) yang mampu mengatasi penyakit sembelit, melawan kanser kolon melalui proses anti-oksida dengan menyah toksik dari usus.

Lada Benggala (hijau), 22% protein

Kandungan flavonoid, phytochemical dan vitaminB9 berfungsi untuk kesihatan jantung dan sistem peredaran darah. Lada ini tidak pedas seperti cili biasa kerana ia tidak mengandungi capsaicin.

Kobis Ungu, 22%

Pigmentasi ungu gelap dalam sayuran ini adalah terhasil dari kandungan anthocyanins yang berfungsi mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan degenerasi-makular yang menyerang saraf mata.

Tomato, 18% protein

Kandungan lycopene dan carotenoids yang terdapat dalam buah berwarna merah ini berfungsi sebagai pelindung sel-sel dalam badan daripada radikal bebas oksigen. Ia juga melindungi kulit dari radiasi sinaran ultra-ungu yang menyebabkan kanser kulit.

Phytonutrient + Protein:

Selain dari protein, sayur juga mengandungi molekul Phytonutrient seperti sulphoraphane, indol-3-carbinol, dipanggil cytotoxic iaitu agen-agen pemusnah sel kanser khususnya bagi kaum wanita. Kandungan anti-estrogen ini bertindak melindungi organ badan- kelenjar prostat, kolon, pundi kencing, pankreas, ovari dan mencegah kanser payudara.

Mengapa sumber protein organik lebih baik? Kerana sumber protein dari daging boleh menyebabkan  risiko kenaikan kolesterol dan zat besi berlebihan , menurut seorang pakar nutrisi dari Amerika Syarikat,Professor Colin T. Campbell menerangkan,

….. Hanya 5-6 peratus diet protein diperlukan untuk menggantikan lebihan protein terbuang dari tubuh badan seperti asid amino. Lebih kurang  9-10 peratus jumlah kandungan protein adalah rekomendasi terbaik untuk pemakanan seimbang sejak dari lima puluh tahun yang lalu. Secara rawaknya, mereka yang mengambil lebih dari 21 peratus jumlah protein, menyebabkan tubuhnya bekerja keras dengan peningkatan kandungan zat besi, ini didapati oleh mereka yang mengamalkan diet tinggi protein.

Fakta di atas menunjukkan anda tidak memerlukan lebih daripada 10 peratus protein dalam tubuh kerana  sistem badan anda akan menggantikan protein kepada asid amino manakala selebihnya akan dibuang.

Jadi, mitos mengenai protein hanya terdapat dalam daging, ikan dan telur adalah tidak tepat. Anda boleh mencuba diet terbaru ini dengan pelbagai jenis resipi. Lebihkan sayuran dalam masakan anda dan nikmatilah kebaikan protein organik anda mulai hari ini!

kandungan-protein-dalam-sayuran

Leave a Reply

error: Content is protected !!