Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Kenapa Air Penting Untuk Cantik?

Menurunkan berat badan dan mengekalkan kelangsingan.

Pernakah anda terdengar atau terbaca air dapat membantu menurunkan berat badan? Mengambil lebih banyak makanan mengandungi air membantu mengurangkan pengambilan makanan berat seperti nasi. Strategi ini dapat membantu kita sentiasa berasa kenyang.

Kajian di Universiti Tokyo mendapati wanita g makan makanan mengandungi air seperti buah dan sayur memiliki BMI (Body Mass Indexes) yang rendah. Mereka juga memiliki bentuk badan yang menarik. Pakar beranggapan kandungan air dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mampu membuatkan kita rasa kenyang. Kedua-dua makanan itu mengandungi sekurang-kurangnya 90 peratus air.

Selain itu, air juga dikatakan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Minum banyak air mampu membantu pembakaran kalori dalam tubuh kita. Ini kerana ketika proses itu berlaku air perlu dihangatkan (bersenam) untuk membakar kalori dan kolestrol yang terhasil daripada makanan yang kita makan.

Melancarkan sistem pencernaan

Air yang mencukupi di dalam badan juga membantu melancarkan sistem penghadaman. Kekurangan air sudah pasti menyukarkan pencernaan dilakukan dan keadaan ini boleh membawa kepada masalah sembelit. Kekurangan cecair juga boleh mendatangkan masalah kepada usus besar dan usur kecil terutamanya ketika proses membuang air besar.

Menambah tenaga

Rasa penat dan kekurangan tenaga adalah berpunca daripada kurangnya cecair di dalam badan. Ia juga boleh menyebabkan berlakunya Dehidrasi. Dalam keadaan ini minum air akan membantu menyegarkan tubuh. Air berperanan sebagai pengangkutan yang membawa oksigen dan nutrisi penting ke seluruh sel tubuh kita.

Tubuh yang mengandungi air yang mencukupi juga akan membantu meringankan tugas jantung. Air berperanan melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh dan jantung tidak perlu bekerja keras untuk mengepam darah. Jadi pastikan kita memenuhi keperluan air untuk tubuh iaitu 8 gelas sehari atau bersamaan dengan 2.5 liter sehari seperti yang disarankan pakar pemakanan.

Mengurangkankan kadar tekanan

85% jaringan otak manusia adalah terdiri daripada air. Jika tubuh kita  mengalami dehidrasi ia bukan sahaja akan memberi tekanan kepada tubuh itu sendiri tetapi kepada pemikiran. Bayangkan ketika kita haus ia bukan hanya menyebabkan kita tidak selesa tetapi kita tidak dapat fokus di dalam melakukan apa juga bentuk pekerjaan.

Cara terbaik untuk mengawal keadaan ini adalah dengan memastikan kemana saja kita pergi sebotol air sentiasa dibawa bersama. Sentiasa minum dengan kadar sedikit boleh memastikan tubuh sentiasa segar dan kita tidak keputusan bekalan air dalam badan.

Mengekalkan kecantikan kulit dan awet muda

Agak mudah untuk kita mengenal pasti wajah dan kulit yang kekurangan bekalan air. Ia bersifat kering, menggerutu, kusam dan tidak berseri. Air adalah krim kecantikan semulajadi. Minum air yang mencukupi akan menyegarkan sel-sel kulit dan menyuburkannya. Ia membuat wajah anda nampak lebih muda. Ia juga membantu mengeluarkan kotoran dan meningkatkan kitaran dan aliran darah, membuat wajah bersih, cerah dan bercahaya.

Kelembapan kulit juga terjaga. Kadar kelembapan kulit yang terpelihara mampu menjaga keanjalannya dan ini membantu mengelak penuaan kulit sebelum waktu. Air sangat berperanan besar dalam memastikan kesihatan kulit manusia.

Mencegah kekejangan otot

Air dapat mencegah berlakunya kekejangan otot. Ia seringkali berlaku kepada mereka yang kekurangan cecair untuk melicinkan persekiran otot dan sendi. Tanpa bekalan air yang mencukupi seorang ahli sukan tidak akan dapat beraksi lama ketika beraksi dalam apa juga bentuk sukan dan sekaligus melemahkan badan ketika sesi latihan.

Rujukan: Health.com

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!