Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Kenapa Bau Kentut Berbeza?

Powered by WP Review

Kentut berasal dari gas yang terkumpul di dalam usus manusia. Gas tersebut pula berasal dari udara yang anda sedut lalu masuk ke usus melalui saluran darah, gas dari reaksi kimia dan juga bakteria dalam perut. Pada hakikatnya,  komponen utama dalam kentut adalah 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hydrogen.

Kenapa Kentut  ada bau dan ada yang tidak bau ?

Terkadang kentut itu tidak bau terutama ketika anda sedang mendaki gunung. Tidak percaya? cuba daki gunung Kinabalu dan pastinya anda akan asyik-asyik nak kentut. Kentut berbunyi pula tu. hahaha. Tapi jangan bimbang kerana kentut itu tidak akan bau. Ia hanya angin gunung yang disedut oleh anda dan akan keluar kembali secara natural dan tidak menghasil apa-apa haruman.

Walau bagaimanapun, kebanyakan kentut adalah berbau malah, sangat busuk bagai bangkai. Kenapa? Ia sebenarnya disebabkan oleh kandungan hidrogen sulfida (H2S) dan merkaptan. Ia mempunyai kandungan sulphur atau pun lebih dikenali sebagai belerang. Pernah menghidu belerang?

Semakin banyak sulfur yang terkandung di dalam makanan maka tindak balas H2S dan merkaptan yang dilakukan oleh bakteria dalam perut akan meningkat. Oleh itu gas yang dihasilkan dan keluar sebagai kentut juga akan berbau. Beberapa jenis makanan yang berpotensi untuk menghasil kentut yang bau adalah telur dan daging.

Kenapa ada kentut yang berbunyi dan tidak berbunyi ?

Ketika kentut dihasilkan ia akan memberi getaran pada bahagian tertentu (pasti anda tahu bahagian itu bahagian mana kan?). Ia berbunyi atau tidak sangat ditentukan oleh kecepatan gas dikeluarkan. Gas mengalir perlahan bermakna bunyi kentut semakin perlahan juga. Semakin laju semakin kuat bunyi kentut.

Berapa masa yang diperlukan oleh kentut untuk sampai ke hidung orang lain?

Waktu yang diperlukan suatu gas kentut agar terhidu  oleh orang, atau paling kurang oleh diri sendiri, itu berbeza-beza. Hal ini bergantung pada keadaan udara seperti kelembapan, suhu, kecepatan dan arah angin, berat molekul gas kentut, luas ruangan, serta jarak antara ‘transmitter’ (pemberi “pesan”) dan ‘receiver’ (penerima “pesan”).

Suatu amaran ringkas dan penting diingat oleh semua, jangan sekali-kali melepaskan kentut ketika berada dikawasan tertutup terutama ketika berada didalam lift. Silap sikit, pasti ada orang yang pengsan.

Kentut lelaki lebih kuat bunyi berbanding kentut perempuan ?

Sebenarnya ia tiada kaitan dengan jenis kelamin. Biasanya ia lebih kepada sikap seseorang yang kurang rasa malu dan dikebanyakan hari lelaki lebih berani daripada perempuan. Tak kisah mengeluarkan gas dimana-mana. (para lelaki, apakah ini benar?) . Realitinya perempuan lebih bersopan santun dan agak memendam ketika ingin mengeluarkan gas.

Adakah berbahaya jika kentut ditahan ?

Kalau kita menahan kentut, terasa seperti ada aliran gas yang terdorong ke arah perut. Hakikatnya, kalau kentut ditahan maka ia akan berpindah ke bahagian atas menuju usus tetapi, pada akhirnya akan dikeluarkan juga. Ia hanya  ‘delay’ dan tidak akan kekal selamanya didalam usus, ia pasti akan keluar dan aromanya pasti jauh lebih teruk!.

Makanan apa yang sering membuat anda asyik ingin kentut saja ?

Makanan seperti kacang-kacang yang mengandungi zat gula yang sukar  dicerna oleh  tubuh. Zat gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika mencapai usus, bakteria di usus pasti  berpesta dan menghasilkan gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab anda berpotensi untuk kentut banyak kali (bukan baunya).

Tetapi, jangan bimbang sebau apa pun kentut anda ia pasti tidak akan membunuh orang di  sekelilingmu. Mungkin mereka hanya memandang anda sambil berbisik-bisik dan menutup hidung. 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!