Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Kepentingan Kolagen Yang Perlu Anda Tahu!

Pernahkah anda terfikir ketika kulit terluka, ada orang yang cepat sembuh tak berbekas, ada yang lambat sembuh dan berbekas. Tertanya-tanya ada orang usianya sudah meningkat tetapi kulitnya kekal menawan dan cantik? Kolagenlah yang berperanan penting dalam menentukan hal tersebut.

Ya, Kolagen merupakan salah satu protein yang amat diperlukan oleh  manusia. Kolagen adalah sejenis protein yang terdiri dari asid amino yang terbentuk dari karbon, oksigen dan hidrogen. Kolagen mengandungi  asid  amino tertentu seperti Glycine, Proline, hydroxyproline dan Arginine. Kolagen menghubungkan atau jaringan tubuh manusia seperti kulit, tulang, otot, rambut dan kuku.  Sekitar 33% protein dalam tubuh manusia terdiri dari kolagen dan lebih kurang 75% kulit terbentuk dari kolagen.

Kepentingan Kolagen Dalam Tubuh

kolagen

Peranan kolagen pada tubuh manusia tidak hanya satu bahagian organ tetapi keseluruhan system tubuh manusia. Antaranya adalah seperti berikut :-

Mengekalkan Kelembapan Dan Mencegah Kedutan

Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit manusia. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

Memulihkan Masalah Kulit

Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus. Mungkin anda takut menjadi tua kerana risau akan garis-garis diwajah ? dengan kolagen, anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

Mencantik Dan Menyuburkan Rambut

Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

Menegangkan Payudara

Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

Menguatkan Tulang

Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu, kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

Mencerahkan Kulit Dan Mengurangkan Pigmentasi

Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Melambatkan Proses Penuaan Kulit

Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

SUMBER KOLAGEN SEMULAJADI

Ketika usia 25 tahun, tubuh mulai kehilangan kolagen dan pada waktu  itulah garis-garis halus mulai muncul di wajah. Oh, itu merupakan tanda-tanda penuaan yang tidak ingin anda pamerkan pada dunia. Manusia agak sukar untuk menggantikan kolagen kolagen semulajadi yang hilang daripada tubuh anda  tetapi anda  boleh memastikan tubuh anda  menghasilkan kolagen dengan mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, produk tenusu seperti keju, yogurt berperisa  dan aiskrim, minuman seperti susu segar, soya, asid amino, ikan dan telur serta makanan  sepertii sup, krimer kopi , biskut , pasta dan roti mampu memberi kolagen semulajadi pada tubuh.

KOLAGEN ITU PENTING !

Semasa kecil kandungan kolagen dalam badan kita adalah tinggi, itulah sebabnya kanak-kanak mempunyai rambut yang cantik bersinar dan kulit yang halus dan gebu. Semakin berusia, kandungan kolagen dalam badan berkurangan, maka mulalah muncul kedutan pada kulit, garisan di sekeliling mata dan mulut, leher juga mengendur.

Mungkin selama ini anda kurang tahu apa itu kolagen tetapi setelah membaca tulisan diatas, anda mungkin terbuka minda untuk menjaga dan mengawal kolagen dalam sistem tubuh badan anda. Anda tidak mahu kelihatan tua dan tampil tak menawan dikalangan teman-teman anda kan ? Bukan menghindari usia tua tetapi menjaga apa yang kita miliki agar kekal indah, mulus dan menawan. Kolagen adalah jawapannya.

Eh, apa rahsia kulit kekal anjal, cantik dan muda ni ? *:) senyum-senyum, anda tahu apa jawapannya :)*

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!