Hantar ArtikelJom Sertai Kami Sebagai Penulis ||Daftar||

Baca Glycemic Index (GI) Pada Roti Untuk Elak Jadi Gemuk!

Biasa dengar Glycemic Index (GI)? Korang tahu tak cara nak baca Glycemic Index (GI) ni?

Orang yang tengah diet ni selalunya akan makan roti sebagai makan harian diorang. Berkhasiat katanya. Tapi tahukah korang bahawa pengambilan roti dengan kandungan Glycemic Index (GI) yang tinggi boleh menyebabkan masalah kegemukan dan diabetes?

Ye betul. Admin tak tipu!

Apa itu Glycemic Index (GI)b ?

Glycemic Index (GI) atau Indeks Glisemik ini adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat itu memberi kesan kepada tahap gula dalam darah.

Formulanya mudah.

Lebih tinggi nilai GI bermakna lebih lebih pantas makanan tersebut diproses dalam badan dan mengakibatkan tahap gula mencanak naik dengan cepat.

Secara umumnya, makanan manis yang terproses biasanya mempunyai GI yang tinggi dan perlu dielakkan, lebih-lebih lagi jika anda sedang berusaha nak turunkan berat badan ataupun ingin menurunkan kadar gula dalam darah.

Simple je, kalau korang nak beli roti atau apa-apa makanan sekalipun, sila pastikan kadar kandungan GI nya dulu.

Glycemic Indeks ni diberi dari skala 1 hingga 100 dan di kategorikan kepada 3 kumpulan:

  • GI Tinggi : 70-100
  • GI Sederhana : 56 – 69
  • GI Rendah : 0 – 55

So, bila nak beli makanan belek-belek lah sikit label yang tertera kat bungkusan makanan tu. Cuba prihatin sikit dan lihat berapa kadar kandungan GI nya. Pastikan korang pilih kandungan GI yang rendah.

Kesimpulannya mudah je, kalau nak sihat pastikan pengambilan gula terkawal. Bukan tak perlu ambil gula langsung tau, sebab pengambilan gula pon sangat penting untuk membekalkan tenaga. Cuma berpada-pada lah ya. Rajin-rajin lah bersenam untuk bakar kalori tu..

Ni ha.. contoh roti yang rendah GI.

Sumber Imej : google.com.my

Kongsikan pendapat anda.

error: Content is protected !!